Bidadari 34

1.3K 42 52
                                    

Sebelum pulang ke rumah mereka sendiri,Adam membawa Hanan pulang ke rumah kakak dan abang iparnya dahulu.Mana tahu bila jumpa Tengku Rafique mood isterinya bertambah baik ke?

"Jom sayang,turun...."Adam membuka pintu kereta isterinya,Hanan diam statik menunjukkan tanda yang dia tidak mahu turun.

"Mommy..."suara Tengku Rafique daripada jauh boleh didengari oleh Hanan.Hanan yang terus menunjukkan minat untuk keluar daripada kereta.

"Sayang jangan lari..."

"Sayang tak sihat lagi tu..."Hanan berlari anak ke arah Tengku Rafique,dipeluk kanak-kanak lelaki itu dengan erat.

"Mommy,mommy.."

"Jom pergi taman,Que nak tunjuk playground baru dekat mommy.."

Ditarik tangan Hanan ke arah kolam dan taman permainan yang berada di halaman belakang rumah.Amelda dan Tengku Rayden berjalan seiring dengan Adam masuk ke dalam rumah.

"Sunyi je rumah.."

"Mana diorang?.."soal Adam apabila tidak mendengar suara-suara milik Ezrieq,Davian,Uqael dan Hazim.

"Ada tu kat atas tengah tengok movie.."

"Tak tahulah diorang tengok movie ke movie tengok diorang.."balas Tengku Rayden,nasiblah labu labi hidup single memang macam tu.

"Hanan macam mana masih tak okay ke?.."kini giliran Amelda pula yang bertanya.Pingan ditolak rapat ke arah adiknya.

"Nampak gayanya macam tulah.."Adam mengeluh perlahan,ujian yang berlaku di dalam rumah tangganya dikenang semula.

"Penat?.."

Adam mengangguk,tanda memberi jawapan.Tipulah kalau dia kata tak penat dengan semua yang berlaku sedangkan dia hanya manusia biasa yang sering memerlukan kekuatan dan sokongan daripada orang lain.

Sekarang sumber kekuatan dan sokongannya mula menjauhkan diri daripadanya.Takut kakinya tidak mampu berdiri teguh apabila sampai pada waktunya.

"Kalau penat maksudnya adik dah buat yang terbaik.."

"Sikit sahaja lagi,nanti confirm Hanan akan kembali sihat.."

"Percaya cakap akak,adik sayang Hanan kan?.."

"Sayang..."mungkin perkataan itu terbunyi lemah yang keluar daripada mulutnya tapi di dalam hatinya perkataan itu bergema kuat memenuhi segenap ruang.

"Sukalah Que tu dapat jumpa mommy dia.."

"Dari haritu tanya bila mommy dengan daddy dia nak datang.."

"Tadi nampak je terus kereta daddy dia terus berlari keluar.."Tengku Rayden menggelengkan kepalanya apabila teringat telatah anak sulungnya.

"Apalah yang diorang tengah buat dekat luar tu?.."

"Apa lagi mestilah Que ajak mommy main buaian dengan dia.."instinct mak-mak selalu betul. HAHAHAHAHAHA

Sedang mereka berbual di dapur,suara tangisan Tengku Rafique didengari di telinga masing-masing.

"Daddy!!...."jerit Tengku Rafique daripada arah halaman luar.Adam,Amelda dan Tengku Rayden berlari ke arah Hanan dan Tengku Rafique berada.

"Kenapa?!!.."soal Adam cemas,wajah Tengku Rafique yang sedang menangis dipandang dengan cuak.

"Mommy..."

"Mommy jatuh dalam kolam!!!.."

Sepasang mata Adam melilau mencari susuk tubuh Hanan,makin bertambah degupan jantungnya seolah-olah tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan apabila susuk tubuh isterinya tidak kelihatan di sekeliling halaman luar rumah.

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now