OPEN PRE ORDER

39 3 0
                                    

Bismillahirrahmanirrahim

Saya open pre order kombo ebook terbaharu saya yang dinamakan kombo love hurt.

10- 15/5/2023

Edaran file bermula 16/5 dalam masa 48 jam

Rm 16

200+- pages setiap ebook

Blurb Hannah Azalea, bukan isteri pilihanmu.

Setelah hampir 3 tahun berkawan dengan Hannah Azalea, Ammar Rizqin memberikan cincin tanda kepada si gadis yang menandakan gadis itu miliknya sebelum berangkat ke luar negara. Dia turut menyuruh Azalea menunggunya dan berjanji untuk melamar gadis itu sebagai isteri yang sah.

Gadis itu setia menunggu si jejaka pulang. Selepas 5 tahun, barulah lelaki itu muncul kembali. Ammar yang dahulu berkulit gelap dan berbadan besar kini berubah menjadi seorang lelaki yang kacak.

Azalea yang mengetahui tentang berita itu datang menemui Ammar dan berharap si jejaka mengotakan janjinya. Sayangnya hanya penghinaan yang dia terima. Lelaki itu benar-benar telah melupakan janji-janjinya yang dahulu.

Ibu Ammar, Puan Nasuha yang  mengetahui tentang hal tersebut dari awal segera memaksa Ammar untuk berkahwin dengan Azalea.

Ammar tiada pilihan. Dia terpaksa juga mengahwini Azalea di atas permintaan si ibu walaupun dia sudah punya kekasih.

Sangka Azalea dia akan bahagia. Ternyata dia salah. Gadis itu terpaksa menelan segala penghinaan dan perbuatan kasar encik suami.

"Perempuan yang bodoh dan miskin macam kau ni tak layak jadi isteri aku!" - Ammar

Ammar yang dia kahwini sekarang bukan seperti lelaki yang dia kenal dahulu. Lelaki itu sudah jauh berubah. Nampak yang lelaki itu bencikan dia.

"Saya sayangkan abang. Perasaan saya tak pernah berubah." - Azalea

Demi cintanya terhadap Ammar, Azalea tetap bertahan sehinggalah seorang gadis bernama Zahra muncul dan menghancurkan segalanya.

"Hannah Azalea, aku ceraikan kau dengan talak satu."- Ammar

Nak atau tidak Azalea terpaksa mengundurkan diri. Tiada gunanya dia merayu. Dia membawa diri bersama si anak yang berada di dalam rahimya. Masihkah ada bahagia untuk dirinya?

-------

Ammar Rizqi, Suami gila talak

Di atas belas ihsan Puan Nasuha, Azalea tinggal bersama wanita itu dan menghitung hari untuk melahirkan.

Seringkali Ammar datang mengganggu. Kemarahan si ibu terhadap dia langsung tidak diendahkan.

"Bila kau nak bersalin? Aku dah tak sabar nak kahwin lain."- Ammar

"Kamu terlalu bongkak, Ammar! Jangan sampai suatu hari nanti perempuan yang kamu buang ni jugalah yang kamu datang melutut dan merayu!"- Puan Nasuha

Ammar tidak kisah dengan kata-kata si ibu. Yang penting, Zahra menjadi milik dia.

Dia lupa yang kifarah itu ada. Selepas beberapa bulan berkahwin, satu-persatu masalahya yang muncul sehingga dia kehilangan segalanya. Apatah lagi dia terpaksa menanggung hutang berpuluh ribu kerana majlis perkahwinan dia dengan Zahra diadakan secara mewah di hotel.

"Ceraikan I, Ammar! I dah tak boleh hidup dengan you lagi! Asyik makan nasi dengan telur je!"- Zahra

Ammar buntu. Disebabkan cik isteri tidak habis-habis meminta perpisahan, dia terpaksa menceraikan wanita itu.

Sedar akan kekhilafannya, dia kembali mencari Azalea semula.

"Sayang, abang minta maaf. Kita nikah semula. Abang sayangkan Lea. Abang janji abang akan jaga Lea dan Airil." Ammar

Azalea berasa kasihan melihat keadaan bekas suaminya namun luka yang berbekas di dalam hati masih ada. Perlukah dia memberikan lelaki itu peluang yang kedua sedangkan dia kini sudah bahagia?

 Perlukah dia memberikan lelaki itu peluang yang kedua sedangkan dia kini sudah bahagia?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hannah Azalea, bukan isteri pilihanmuWhere stories live. Discover now