aku isteri tablig

6.1K 96 9
                                    

Mujurlah masih ada kebun getah, walaupun tidak seberapa, dapatlah juga sedikit sebanyak untuk menampung kehidupan, serta rumah pusaka peninggalan dari orang tuanya. Walaupun sudah uzur, namun masih boleh untuk dia dan anak anaknya berteduh. Jika di harap pada suaminya, Aman, tidak tahulah apa yang akan jadi. Sentiasa sibuk dengan kumpulan tablig nya sahaja. Bukan kira minggu, bukan kira bulan, tetapi tahun. Dalam setahun, boleh di bilang berapa hari sahaja dia berada di rumah. Dia langsung tidak pernah ambil tahu, samada isteri dan anak anaknya makan atau tidak di rumah. Dia juga tidak pernah ambil tahu tentang pakaian dan tempat tinggal mereka. Pakaian yang lusuh tidak pernah berganti. Rumah yang reput dan bocor tidak pernah untuk di perbaiki.

Sedang semua jiran tetangga senang dengan kemudahan air paip dan lampu letrik, keluarga mereka masih lagi menggunakan telaga dan lampu pelita. Sedang semua jirannya sudah memasak menggunakan dapur gas, dia masih lagi masak menggunakan dapur kayu. Namun itu semua tidak penting buat Sapiah, yang penting dia dan anak anak boleh lagi makan untuk menyambung hidup. Kerana ada kalanya hingga mereka tidak makan walaupun hanya sehari. Bagi Sapiah biarlah dia yang tidak makan, asalkan anak anaknya  tidak kelaparan. Mujur juga jiran jirannya baik hati yang telah sering memberi mereka bantuan. Walaupun sekadar ubi dan jagong. Kerana kehidupan mereka pun hanya biasa sahaja. Kebanyakannya kais pagi, untuk makan petang, kais petang pula untuk makan malam.

Namun tidak sangka pula bila satu hari itu seorang Hajah dari bandar telah datang ke rumah nya. Hajah Syamsiah namanya. Bersama dengannya pula ada seorang lelaki muda yang di panggil sebagai Borhan. Tetapi tidak tahu pula apa hubungan di antara mereka. Mereka telah memberi bantuan dua kampit beras, empat peket tepung gandum, dua peket gula, satu botol minyak masak, empat tin sardin, empat tin krimer pekat manis, satu botol kicap, sebungkus bee hun dan sepapan telur. Setelah menyerahkan barang barang tersebut, Hajah Syamsiah telah meminta izin untuk dia melihat lihat di dalam  dan di sekeliling  rumah. Ketika melihat lihat itu sambil dia bercakap cakap dengan lelaki yang bernama Borhan, dia telah menggeleng gelengkan kepala.

Sebelum dia pergi, Hajah Syamsiah telah bersembang dan bersoal jawab dengan Sapiah. Kemudian dia telah memaklum kan bahawa dia akan datang lagi, kerana barang yang telah di berikan masih belum lengkap katanya. Sambil dia memghulur kan wang kepada Sapiah yang bernilai lima ratus ringgit. Sampai menggeletar Sapiah ketika menerimanya, kerana sepanjang hayatnya, dia tidak pernah memegang wang yang sebanyak itu. Hingga kedengaran suaranya yang bergetar ketika dia mengucapkan terima kasih. Setelah Hajah itu pergi, Sapiah telah termenung. Bagai tidak percaya dia, dan seperti satu mimpi baginya dengan apa yang telah terjadi. Ianya telah membuat dia termangu, keliru, bercelaru dan terharu ketika memikirkan apa yang sudah berlaku itu.

Pada minggu berikutnya Hajah Syamsiah benar datang lagi. Kali ini selain dari dia membawa lebih banyak lagi barang barang bantuan, bersama dengannya ada dua orang lain lagi tidak termasuk Borhan pembantunya.
" Saya nak bantu buatkan rumah, tapi dengan cara beransur ansur lah."
Kata Hajah Syamsiah.
" Ini kontraktor yang akan buat, nanti kalau saya tidak datang,  pembantu saya Borhan yang akan datang tengok."
Beritahu Hajah Syamsiah lagi. Sapiah tidak berkata apa apa, dia hanya mengangguk angguk kepala sahaja. Selang dua minggu berikutnya, barulah kontraktor itu datang semula dan kerja kerja pembinaan pun bermula. Seperti yang di maklum kan oleh Hajah Syamsiah, ianya di buat secara beransur ansur. Dengan bermula dari bahagian dapur dahulu.

Lebih kurang sepuluh hari juga mereka membuat bahagian dapur siap dengan sebuah bilik stor, sebuah bilik air dan sebuah tandas. Selepas itu dua minggu pembinaan telah di berhentikan, hingga Sapiah tertanya tanya juga dengan kedudukan yang sebenarnya . Hanya setelah beberapa hari selepas itu, baru lah Hajah Syamsiah pun datang bersama Borhan dan kontraktor tersebut. Mereka pun telah berbincang bincang  dengan sesama mereka mengenai apa perancangan yang berikutnya. Sapiah langsung tidak terlibat dan tidak tahu apa apa langsung pun mengenai perancangan mereka. Segala galanya Hajah Syamsiah yang telah memberi cadangan dan mengaturnya. Rancangan yang berikutnya adalah pembinaan bahagian tengah rumah, yang meliputi tiga buah bilik tidur dan sebuah ruang keluarga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

aku isteri tabligWhere stories live. Discover now