‧₊˚🖇️✩ : 21

525 67 1
                                    

ELYANA meletakkan bungkusan plastik di atas meja kaunter. Matanya dari tadi asyik memandang ke arah sahabat baiknya yang sibuk mengira stok baju. Hari ini dia mahu meluangkan masa rehatnya di butik Falia sahaja. Jadi, sebab itulah dia sudah membungkuskan makanan untuk dirinya dan rakannya.

"Fal, dah masuk waktu tengah hari dah ni. Kau tak nak makan ke? Aku dah belikan sekali makanan untuk kau ni," tegur Elyana apabila Falia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti melakukan kerjanya.

"Awal kau datang? Bos kau tak marah ke keluar lunch awal ni?" soal Falia sedikit hairan.

"Bos aku tak ada hari ni. Itu yang aku keluar awal sikit. Boleh lepak butik kau lama-lama." Elyana tersengih. Lagipun, bukan dia saja-saja mahu meluangkan masa di butik Falia tanpa sebab. Ada sesuatu perkara yang hendak ditanyakan kepada rakannya.

Falia pula hanya diam memasang telinga mendengar jawapan rakannya. Mulutnya dikunci tanpa memberi sebarang respon kepada jawapan Elyana.

"Fal, apa cerita ni? Aku dengar kau kena tampar semalam. Betul ke?"

Falia terus memandang wajah rakannya.

"Sebenarnya itu tujuan kau datang sini kan? Siapa bagitahu kau ni?" Falia sudah dapat mengagak niat rakannya itu. Dia kenal sangat dengan perangai Elyana. Tak sah kalau tak kepochi.

"Siapa lagi kalau bukan Aidan? Aidan pula dapat tahu daripada Gibran. Apa jadi sebenarnya ni, Fal?"

"Wah, rancak eh korang gosip pasal aku? Gibran tu pun satu, tak reti tutup mulut langsung." Falia sangkakan Gibran itu boleh dipercayai namun sangkaannya meleset. Benarlah, dia memang tidak boleh percaya pada mana-mana lelaki.

"Bukan gosip pasal kaulah, Fal. Gibran tu risaukan kau, kau tahu tak? Dia suruh aku check keadaan kau. Itu yang aku datang ni." Elyana menerangkan hal yang sebenar. Dia tidak mahu Falia salah faham dengan niat Gibran.

"Apa-apa jelah, Ly. Memandangkan kau dah jadi orang tengah ni, kau bagitahu Gibran yang aku okey je. Tak payahlah over sangat risau pasal aku. Aku bukannya bini dia pun, yang dia nak risau sangat kenapa?" Falia melenting. Dia tidak mahukan simpati daripada sesiapa.

"Kau ni, tak baik tau layan Gibran macam tu. Orang tu nak ambil berat pasal kau pun salah. Ini kalau Gibran tak ada waktu kejadian, mesti sampai ke sudah aku tak tahu pun pasal hal ni.

"By the way, macam mana kau boleh sampai kena tampar ni?" Apabila mendengar soalan itu daripada Elyana, Falia terus meletakkan pen serta buku yang dipegang olehnya di atas meja kaunter.

Tumpuannya kini beralih kepada sahabatnya.

"Semalam Gibran ajak aku teman pergi beli barang untuk staf dia. Lepas dah habis beli barang tu, kitaorang masuk pula satu kedai baju ni. Tiba-tiba terserempak dengan couple yang paling aku meluat sekali. Kau tahu tak siapa?"

Elyana menggeleng. Mestilah dia tak tahu. Apa punya soalanlah Falia tanya?

"Couple favourite kaulah, Ihsan dengan Aira," Falia menjawab semula soalannya, sengaja mahu mengusik Elyana.

Elyana mengerutkan wajahnya. Sejak bila pula dia jadi peminat Ihsan dan Aira?

"Jangan nak mengada eh. Sejak bila entah diaorang jadi favourite aku? Dahlah, sambunglah cepat," gesa Elyana. Dia sudah tidak sabar mahu mendengar detik Falia ditampar.

Falia tergelak kecil sebelum menyambung kembali ceritanya.

"Lepas tu Ihsan pun tegurlah Gibran. Aira pula pergi tegur aku sambil perli-perli aku. Bila dia perli, aku balaslah balik. Kau ingat tak, aku pernah cerita yang Ihsan ada pulangkan gelang aku yang hilang tu?

𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘Where stories live. Discover now