Bidadari 35

1.3K 36 47
                                    

Kaki bergerak perlahan memasuki perkarangan bahagian dalam rumah,badan terasa dingin, tangan mula menggeletad dan kaki seolah-olah terhenti tidak mampu mengerak apabila memori dan kisah hitam memainkan pita ulangan di dalam ruang fikirannya.

Hanan meninggalkan suaminya di belakang,lift di tekan naik ke tingkat atas yang menempatkan bilik tidur mereka.Suasana di rumah mereka tidak seperti dahulu lagi jika dulu rumah ini yang sangat dia inginkan untuk pulang selepas tamat sesi bekerja tetapi kini tidak lagi.

Pintu bilik tidur dibuka perlahan,ruang yang gelap ditutupi langsir menambahkan sesak yang telah mencengkam dada.Frame gambar-gambar perkahwinan mereka yang diletakkan di atas meja dipandang kosong olehnya.Tiada lagi rasa apa-apa hanya berharap memori dan perasaan itu masih kekal walaupun pudar.

Frame gambar yang diisi dengan ultrasound mencuri perhatiannya,

Out first miracle..

Hanan pasti tulisan tangan itu ialah milik suaminya, air mata bertakung di tubir mata menunggu sahaja masa untuk menitis di wajahnya.Tangan digumpal kemudian air mata dikesat perlahan apabila pintu bilik dibuka daripada luar.

"Sayang.."

"Nak makan ke?Kalau nak makan hubby dah masakkan.."walaupun bercakap dengan manusia yang bernyawa tetapi situasi mereka sekarang seperti Adam bercakap dengan dinding dan bukannya isterinya.

Hanan membawa dirinya masuk ke dalam tandas tanpa memberikan respon dan memandang ke arah suaminya,Adam mengeluh perlahan.Suis lampu dibuka bagi mencerahkan ruang bilik tidur mereka yang gelap dan terasa sunyi yang tidak ubah seperti rumah terbiar.

Kaki melangkah keluar daripada ruang bilik tidur mereka,dapur menjadi tempat yang dituju olehnya. Bahan-bahan masakan untuk orang berpantang dikeluarkan itupun gigih tanya pakcik google..

Nak menangis tengok semua lauk yang menjadi makanan untuk orang berpantang berasaskan bahan-bahan organik dan segar sahaja.Ini kalau dia makan memang tak habis sebab tak sedap 😭.

Sup lobak putih dan ikan tenggiri grill menjadi hidangan masakannya pada hari ini.Apron berwarna pink disarungkan di badannya jangan tanya kenapa warna pink sebab haritu dia dengan Hanan bergaduh nak pilih warna apa..

"Warna biru ni lebih menarik perhatian saya lah apa kata saya ambil warna ni.."Adam menunjuk ke arah apron berwarna biru laut yang berada di tangan isterinya.

"Kalau awak bagi saya warna yang ni boleh ke?.." Hanan tidak mahu menyerahkan apron yang berwarna biru kepada suaminya.

"Tapi saya rasa warna pink ni lagi sesuai dengan awak.Nampak comel sebab tu saya beli awak warna pink saya punya pulak warna biru.."weyh apron tu nak pakai lama bukan sekali je kenalah pilih yang betul-betul berkenan dengan hati.

"Tak salah pun kalau awak pakai warna pink,awak dahlah handsome nanti kalau pakai warna pink mesti lagi handsome.."nak warna favourite punya pasal sanggup tebalkan muka.

"Apa sayang saya cakap saya lagi handsome kalau pakai warna pink.."

"Macam tu ke?.."Adam mendekatkan dirinya dengan isterinya,alahai muka dah nak dekat sama dengan warna pink macam apron ni kenapa sayang oii..

"Saya ambil warna biru,awak ambil warna pink.." Hanan ingin melarikan diri dengan memberikan jawapan yang lain daripada soalan yang diberikan.

"Sayang nak pergi mana?.."

"Laju-laju?.."

"Takde,takde tak pergi mana-mana pun.."matanya dilarikan daripada memandang suaminya yang masih memandangnya.

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now