Bidadari 40

1.6K 56 17
                                    

Adam memandang ke arah sekeliling tasik yang dipenuhi dengan pelbagai manusia.Fikirannya yang bercelaru menjadi lebih tenang apabila dapat meluangkan masa dengan melihat keindahan alam semula jadi kalau ada dengan Hanan mesti berkali- kali lebih tenang dan gembira.

Iphonenya berbunyi minta untuk diangkat,nama panggilan yang tertera di skrin iphonenya membuatkan pelipis dahinya berkerut.

"Hello?.."Adam terlebih dahulu bersuara mendahului

"Adam,you free tak hari ni?.."

"Boleh tak kita jumpa?.."

"Boleh,dekat mana?.."walaupun tidak kelihat Adam mengangguk perlahan.

"Nanti I hantar alamat dekat you.."

"Sebab I ada hal penting nak bagitahu you.."

"Okay,kita jumpa nanti.."panggilan telefon ditamatkan,seluar yang penuh dengan debu ditepuk perlahan bagi menghilangkan kesan-kesan debu.


























Setelah sampai ditempat alamat yang diberikan, sepasang matanya menangkap lambaian yang ditujukan ke arahnya.

Senyuman dibalas ke arah wanita yang sedang tersenyum manis ke arahnya.

"Sihat?.."

"I sihat.You sihat?.."

"Muka nampak macam banyak masalah je.."

"I macam ni jelah tak tahu nak kata sihat ke tidak.."

"Taknak order apa-apa ke?.."

"Takpelah I dah kenyang dah makan kat rumah.."

"Isteri kesayangan masak ke?.."

Adam ketawa kecil apabila wanita di hadapannya berkata begitu.Iyelah isteri kesayangan dia lah yang masak siapa lagi?

"Honey dah order ke?.."

"Dah,I dah order sekali untuk bie.."

"You nak bincang apa dengan I?.."Adam menyoal kepada Eina dan Hafeedz yang berada di hadapannya.

"Sebenarnya I nak bagitahu.."percakapan Eina tergendala,wajah Hafeedz yang berada di sebelahnya dipandang.

Hafeedz mengangguk sedikit kepalanya supaya memberikan keyakinan kepada Eina untuk terus berkata.

"You nak bagitahu apa?.."makin bertambah Adam keliru menanti Eina untuk bersuara.

"Sebenarnya Hanan sakit..."nafas dihembus lega apabila dia berjaya jujur kepada Adam.

"You cakap apa ni Eina?Hanan sakit?.."

"Hanan sakit apa?.."gementar di dalam jiwanya tidak dapat ditahan apabila mendengar bicara daripada Eina.

"Hanan sakit apa Eina.Tolong bagitahu I.."

Eina mengeluarkan sehelai kertas kemudian diletakkan di hadapan Adam.Adam dengan pantas mengambil dan membaca isi yang tertulis.

"Hanan alami psikosis postpartum atau lebih mudah kemurungan selepas bersalin.."

"Bukan itu je Hanan juga mengalami depresi, kemurungan dan stress yang berpanjangan .."

"Ada masa Hanan mudah untuk berhalusinasi.."

"Menurut daripada laporan selepas Hanan dapat rawatan psikologi Hanan mula berhalusinasi masa Hanan jatuh dalam kolam renang dekat rumah abang ipar you.."

"Hanan cerita yang masatu dia nampak ada seorang baby dekat tengah-tengah kolam renang yang membuatkan dia terus terjun dalam kolam untuk selamat baby tu.."

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now