𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰

519 28 7
                                    

𝒀𝒐𝒖'𝒓𝒆 𝒎𝒚 𝒔𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂.

3 tahun lalu,

" Kau buta ke, huh? " jerkah gadis yang bernama Kate Arabella. Dia memicingkan mata ke arah Harriz Danial.

" Hello makcik. Sedap mulut kau je cakap aku buta. Sekarang ni siapa langgar siapa. Kau ke aku? " Harriz menjawab apabila gadis itu menjerkah dirinya.

Gadis itu menjeling tajam. Dia mengutip buku yang sudah mencium lantai itu. Setelah selesai mengutip, dia bersuara lagi. Tapi sekarang, suaranya dikeraskan sedikit.

" Salah kau la, bodoh. Kau pernah dengar tak, perempuan mana salah. " kata gadis itu dengan itonasi yang agak keras.

" Banyak la kau. Kau yang salah, aku yang kena. Banyak cantik kau. " balas Harriz yang masih tidak berpuas hati dengan gadis itu.

" Aku memang cantik. Terima kasih sebab puji aku. " Gadis itu melibaskan rambutnya ke belakang. Flex hair begitu.

Pergaduhan mereka berlarutan. Mereka bergaduh sehingga Orked Anayra muncul dan menghentikan pergaduhan mereka. 

" Stop gaduh, boleh tak? Jumpa je mesti gaduh. Tak penat ke? " celah Nayra serta menarik Kate jauh dari jejaka itu.

" Kau pun satu Bell, kau pergi layan si Harriz tu kenapa? " marah Anayra sambil memeluk tubuhnya.

" Tak. Kenapa salah aku pulak Nay? Salah mamat bodoh tu la. " Kate menunjukkan protes terhadap kawannya apabila kawannya tidak membelahi dirinya.

" Mulut kau tu kan. Aku cilikan baru tahu. Macam la kau cerdik sangat, Bell. " Geram Harriz dibuatnya apabila gadis itu masih menyalahkan dirinya.

Tiba-tiba seorang lelaki sebaya Harriz mencelah.

" Heh, penatlah aku dengan korang berdua. Kau jangan sampai aku doakan kau berdua kahwin. " celah Cayden seraya meraut rambutnya ganas. Rimas dengan pergaduhan mereka berdua.

" Taknak aku kahwin dengan minah ni. Kalau aku kahwin dengan minah ni, tak ke hancur rumah tangga aku. " Protes Harriz habis-habisan.

" Kau ingat aku hadap sangat ke nak kahwin dengan kau bodoh. Aku pun tak hingin la. " Gadis itu menunjukkan protes juga.

Tengku Carl dan Putera Ghibran pula yang muncul secara tiba-tiba. Tengku Cayden memeluk tubuhnya terkejut melihat adik kembarnya dan kawannya berada di sebelahnya.

" Sejak bila kau ada dekat sini, Carl? " soal Tengku Cayden perlahan. Hanya mereka berdua sahaja yang mendengar.

" Baru je. Kenapa diaorang ni? " Cayden melihat ke arah mereka berdua.

" Apalagi, gaduh la. "

Tengku Carl yang mendengar abang kembarnya berkata begitu terus dia mencelah.

" Orang tua-tua dulu pernah kata, jangan asyik bergaduh nanti jadi jodoh. " celah Tengku Carl perlahan.

Kate dan Harriz memandang sesama sendiri. Mata mereka memanah satu sama lain.

" Malas aku layan kau. Layan kau boleh gila aku. " Harriz tiba-tiba bersuara setelah sekian lama senyap.

" Dahtu. Pergi blah sana. Rimas aku tengok muka kau yang tak berapa hensem tu. " Kate bidas dengan kata-kata yang menyakitkan hati terhadap jejaka itu.

Harriz menjeling gadis itu tajam sebelum beredar dari situ.

Mrs Harriz Danial melabuhkan tirai.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
H | Mrs Harriz Danial Where stories live. Discover now