BIBIR nipis yang merah bak delima, menguntum satu senyum dengan penuh makna. Sedang berjalan gadis jelita yang ketinggian berukuran 160 cm itu sempat lagi menyempatkan diri untuk memperbetulkan awning tudungnya agar terbentuk rapi. Sesekali gadis itu berdehem untuk mencuba suaranya.
"Hai, awak!"
Dia ketawa geli hati.
"Hello?" Bersama nada suara lembut dan dihiasi dengan senyuman manis.
"Assalamulaikum habibi?"
"Hai!!" Tanpa mengawal diri dia sudah terlompat kecil. Seperti menyapa seseorang yang sudah lama dia tidak temui.
Acha tergelak sendiri. Menyedari tingkah laku diri yang tidak ubah seperti orang gila yang tengah bercakap sendiri.
Delulu.
Kolar kot hitam yang tersarung pada tubuh langsingnya diperkemaskan dengan rapi. Buat kali terakhir dia tersenyum lagi.
Sweet.
NOAH ARMANI jalan menunduk bersama nota kecil di tangannya. Sesekali tangan miliknya mencoret pada buku laporan miliknya. Mencatat laporan mengenai pemerhatian untuk hari ini, sebagai ketua pengawas di Sekolah Tinggi Princeton.
'Suck.' Gumam Noah pelan.
Nama nama yang tertulis adalah nama yang dia kenali. Sekali dia geleng kepala. Sudah muak dengan nama sama yang selalu jadi penghuni buku laporannya.
"Agak agak, kalau saya jalan beriringan sebelah Noah Armani yang kacak ni.. ada orang marah tak?"
Serta merta langkah Noah terhenti.
Terkaku tanpa menoleh ke arah punca suara sebelum dia kembali menyambung langkahnya. Kedengaran tawa kecil dipendengarannya. Halus.
Tiada niat untuk menoleh.
"Ar.."
Diam.
"Armani."
Sepi.
Acha merengus kesal.
Dengan mudah dia terus berhenti di depan Noah sambil mendepakan tangan.
Strett!
"Nak apa?" Tanya Noah kasar.
Tatapan dalam daripada Noah membuatkan Acha mati kata. Lambat lambat gadis itu pasang sengih. Garang.
"Acha nak jawapan dari-"
"As i said before, i reject your confession. Understood?" Jelas Noah sekali nafas.
Anak mata light brown itu tajam menatap wajah Azfa Natasha. Gadis itu terkebil kebil dengan katanya.
Diam.
Tangan yang mendepa tadi terus terjatuh lemah. Sekali kaki Acha dihentakkan pada lantai. Peduli nak kena label manja ke apa. Tapi saat ini bukan setakat hentak kaki, kalau boleh hentak bumi sekali.
YOU ARE READING
SPOILED BOO
RomanceSTROBERI SERIES 2 Noah Armani × Azfa Natasha "Our story didn't end when I'm 18, it all started when I'm 29."