CHAPTER 10˚➶ ⋆

1K 75 7
                                    

TIDAK senang duduk Farell di dalam kereta hanya kerana menunggu seorang gadis. Hampir 1 jam lebih dia menunggu namun kelibat gadis itu masih tidak terlihat. Dia menggigit-gigit isi dinding pipinya menahan geram. I said 9 am Arbelle...9 am. Sekarang dah pukul 10.24 am!

Dia ni memang selalu pergi kerja lambat ke? Farell sudah tidak tahan lagi. Dia melangkah keluar dari kereta. Dia berjalan tergesa-gesa ke arah lift. Button 8 ditekan. Pinggir bibirnya ternaik sedikit. His lucky number.

Ting.

Bunyi yang menandakan dia sudah sampai ke aras apartment milik Arbelle. Dia melangkah keluar dari lift dan dia berjalan menuju ke arah laluan ke apartment Arbelle. Baru sahaja Farell ingin menekan button loceng, pintu itu terbuka. Arbelle yang baru sahaja ingin melangkah keluar terkejut apabila memandang seorang jejaka di hadapannya.

"Ehh you?!"

"You buat apa kat sini? Bukan ke you tunggu dekat parking lot kan? Kenapa you naik hah?" Soal Arbelle laju.

"Kau lambat sangat la. Aku dah cakap sharp pukul 9 pagi." Balas Farell mendatar. Dia menyilangkan tangannya di dada lalu dia memandang Arbelle atas dan bawah. Wow pakai simple pun cantik.

"Yeee sorry la tapi macam mana kalau ada orang nampak you dekat apartment I? I taknak I jadi gosip hangat netizen yang ada lelaki dekat apartment I." No! gosip yang lepas pun tak tamat lagi. Err netizen ni pun seram. Getus hati Arbelle. Takkan nak ada gosip baru pulak kan pasal dia?

"Kalau jadi gosip hangat apa salahnya? Title nya Farell Daniel boyfriend kepada Arbelle Davrina?" Farell mengjongketkan kedua-dua belah keningnya beberapa kali.

"Apa you merepek ni?" Berkerut dahinya mendengar tutur kata Farell. Memang merepek.

"Kau buat apa sampai lama sangat nak bersiap?" Soal Farell. Saja nak tukar topik.

"I bangun lambat lah tadi." Seraya itu dia berdecit perlahan. Dia memandang jari jemarinya. Kalau lah aku set alarm awal-awal...Haih Fellora ni pun satu tak call aku!

"Kau tidur lewat ke semalam?" Pertanyaan yang terpacul membuatkan Arbelle terus memandang jejaka di hadapannya. 

"Mana ada! I tidur selepas you mesej I tu lah! I just lupa nak set alarm semalam. Tak pasal-pasal terbangun lewat tadi."

"Hmm...boleh percaya ke kau ni?" Farell meletakkan jari telunjuknya di dagu. Arbelle memukul lengan Farell dengan beg berjenamanya. Auch! Farell menggosok-gosok beberapa kali tempat yang dipukul itu. Benda apa yang tajam-tajam tu woi! Pergh.

"You nak percaya ke tak, I tak kesah. Tapi you ni! I lambat sikit je kot. Kenapa you tak tunggu lama lagi dalam kereta?!" Arbelle memasamkan mukanya memandang ke arah Farell. Lain kali tunggu je la sekejap. Kita ni perempuan so faham-faham je lah kalau TERlambat tu.

Farell memandang jam di pergelangan tangannya. "Wow. Sikit kau kata? sekarang dah pukul 10.40 pagi, Arbelle. Hampir 2 jam aku tunggu kau." Arbelle melepaskan nafas berat. Ye la aku salah.

"Okay I'm sorry! dah jom." Automatik Arbelle memegang lengan Farell untuk mengikutinya melangkah pergi. Ternaik sebelah kening Farell memandang tangan kecil di atas lengannya. Kaki lelaki ini turut berjalan mengikuti Arbelle.

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐲 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now