3

411 19 0
                                    

MENDENGAR bunyi daun pintu ditutup, Wardah lantas bangun dan berjalan ke arah Hilal. Seperti biasa, mereka tinggal di bawah bumbung yang sama tetapi Hilal menganggapnya seperti tidak wujud sama sekali. Lelaki itu berjalan selamba melintasi Wardah yang dah masam mencuka.

"Abang."

Hilal buat endah tak endah saja dengan panggilan Wardah. Malah lelaki itu meneruskan langkahnya menuju ke dapur.

"Hilal Ilyas." Tegas. Nak berlembut dengan suaminya ini? Huh, buang masa saja. Buat dia membazir air liur saja panggil-panggil manusia 'pekak' macam Hilal.

"Nak apa lagi?" Hilal bertanya malas. Sedikit pun lelaki itu tidak memandang si isteri. Gelas dicapai dan diisi dengan air sejuk.

"Kenapa abang tinggalkan saya dekat rumah parents abang tanpa beritahu saya?"

"Oh, lupa." Alasan. Bukan dia tak sengaja, dia memang sengaja buat begitu. Ilyas memang malas nak berhubung dengan sesiapa. Lagi-lagi dengan Wardah.

"Jangan nak menipulah! Abang boleh tak jangan tunjuk sangat perangai tak matang abang depan mama dengan abah?" Tempias Wardah. Dari petang tadi dia menahan geram. Kalau nak diikutkan rasa amarah yang masih belum terpujuk dan sejuk, mahu saja dia mengadu dekat nenek dia.

Tapi mengenangkan Hilal itu suami dan dia tak mahu memburukkan nama baik Hilal, Wardah diamkan saja.

"Kalau suka lelaki matang, pergilah cari seorang. Bila dah dapat, you tell me, and I'll let you go." Bercakap seperti orang tak ada perasaan. Riak wajahnya turut kosong.

Wardah terngadah seketika. Tangan naik mencekak pinggang.

"Saya tengah serius, abang. Boleh tak abang berhenti suruh saya cari lelaki lain? Saya tak perlukan lelaki lain sebab saya dah ada abang. Berapa kali saya perlu tekankan dekat abang yang saya cuma nak kahwin sekali sahaja!" Apa yang Hilal tak faham bahasa sangat ni?

"Biar betul kau nak stay dengan lelaki macam aku?" Cawan diletakkan ke singki. Kepala pili ditolak ke atas lalu gelas yang digunakan tadi digosok dengan sabun dan dijirus dengan air.

"What's wrong with staying with you?"

"I don't love you. We don't love each other. Kau boleh ke hidup bahagia dalam rumahtangga yang hambar?" Hilal balikkan tubuh menghadap Wardah. Tubuh disandarkan pada kabinet dapur.

"Kalau abang sendiri sedar yang rumah tangga kita ni hambar, kenapa abang tak cuba untuk usahakan? Abang boleh kot cuba belajar terima dan sukakan saya. Saya pun boleh belajar sukakan abang if abang beri saya peluang untuk dekati abang. Ini tak. Every time I try to get closer to you it seems like you are getting further. You don't make it easy for me, abang." Apa yang dipendam, akhirnya terluah jua. Untuk apa Wardah berpura-pura okey sedangkan selama ini dia banyak makan hati dengan layanan dingin si suami.

"Kau tahu tak yang aku dipaksa untuk pilih dan kahwini kau? Dan kau expect aku boleh bahagiakan kau?" Terselit senyuman sinis di bibir lelaki itu. Hilal terus silang lengan ke dadanya yang bidang. Matanya tertunak tepat membalas renungan mendung si isteri.

"Kalau dari awal lagi tak sudi, kenapa tetap nak teruskan perkahwinan kita?" Suara Wardah mengendur sayu. Nada suaranya kendengaran sedikit mendatar. Tak dinafikan Wardah agak terkesan dengan bicara si suami namun dia tetap gagahkan diri membalas setiap bicara Hilal.

"Mama aku nak aku terima kau. Kau pun tahu yang mama aku anggap nenek kau tu ibarat mak kandung dia sendiri. Dan kalau bukan disebabkan kau cucu angkat yang dianggap seperti cucu kandung, tak ada maknanya kau akan berada di sini sekarang ni." Pendek kata, Hilal lakukan semua ni kerana mama.

Hilal penat didesak untuk mencari pasangan dan berkahwin dek kerana usianya yang sudah mencecah 3 series. Dengan siapa dia perlu berkahwin kalau pasangannya sudah lama tiada di sisi? Dia pun sudah lama sendiri. Tiada rasa mahu mencari pengganti Wara. Bagi Hilal, meskipun secara fizikal wanita yang dia cintai itu tiada lagi, wanita itu akan selamanya menetap di hati.

Wardah kunci mulut. Bibir terkatup rapat. Tiada satu huruf pun yang mampu diluahkan. Apa yang Hilal katakan adalah hakikat sebenarnya. Dia bukan cucu kandung tok ma, dia cuma cucu angkat. Kalau bukan disebabkan arwah ibu dan arwah ayah mengambilnya sebagai anak angkat berbelasan tahun yang lalu, dia sendiri pun tidak pasti ke mana dia sekarang.

"Kau terima perkahwinan ni pun sebab kau terhutang budi dengan nenek kau kan?" Tebak Hilal.

Wardah tetap membisu.

"Wardah Sofea, betulkan apa yang aku katakan tu? Kau terima aku sebab tok ma kan?"

Perlahan-lahan kepala dianggukkan. Betul. Dia terima Hilal disebabkan tok ma berkenan sangat dengan Hilal. Tok ma nak sangat Hilal tu jadi cucu menantu dia.

"See. Kau terima aku sebab tok ma. Aku terima kau sebab mama. Kita senasib, sama-sama rasa terpaksa. Jadi tak perlulah nak berusaha bahagiakan rumah tangga ni. Kau hidup dengan cara kau. Aku hidup dengan cara aku." Titik. Hilal tak betah bertikam lidah dengan Wardah lagi, makanya lelaki itu terus saja menapak meninggalkan dapur.

[EBOOK] WARDAH HILAL Where stories live. Discover now