Bidadari 43

1.8K 68 41
                                    

Hanan sedar daripada lenanya,kepalanya yang masih berdenyut dibiarkan.Air mata yang membasahi pipinya dikesat perlahan,matanya memandang ke arah sekeliling bilik yang menempatkan dia.

Kenapa aku dalam bilik tetamu bukannya dalam bilik tidur sendiri?

Pintu bilik dibuka daripada arah luar,Hanan memandang ke arah abangnya Harif yang berada di dalam bilik tetamu pada waktu itu.

Kenapa abangnya berada dekat sini dengan dia? Mana suaminya?

"Adik dah sedar..."Harif memeluk erat badan adiknya manakala Hanan hanya membatu disitu.

"Kenapa abang ada dekat sini?.."

"Abang datang sini sebab Adam call suruh bawak barang Hanan keluar daripada rumah ni..."jantung Hanan seakan terhenti mendengar apa yang diperkatan oleh abangnya.

Ataupun perkara yang dianggap mimpi itu bukan mimpi malah perkara yang terjadi merupakan realiti hidupnya?

Tidak mungkin yang dia telah diceraikan oleh suaminya?

"Kenapa nak bawak barang Hanan keluar daripada sini?!!.."

Makin bertambah emosi dalam diri Hanan apabila Harif diam tidak mampu menjawab.

"Adik tanya ni.."

"Jawablah!!..."

Badan Harif ditolak kasar ke tepi,IV drip yang bersambung dicabut kasar sehingga darah mula mengalir..

"Hanan nak pergi mana?!!.."Harif menghalang Hanan daripada bertindak di luar kawalan,tangan adiknya dipegang kemas.

"Lepas..."

"Adik nak pergi cari suami adik.."Hanan tanpa mempedulikan abangnya terus keluar ke arah bilik tidurnya.Sepasang kakinya terasa tidak bermaya apabila melihat ruang bilik tidurnya kosong dengan barang-barangnya.

Frame-frame gambar perkahwinan dan mereka berdua juga hilang tiada diletakkan di atas rak.Lafaz cerai yang keluar daripada mulut suaminya mula diulang tayangan di dalam fikirannya.

Tidak memikirkan apa-apa kakinya terus melangkah ke arah tingkat bawah,susuk tubuh suaminya dicari tetapi tiada.Hatinya bertambah terluka apabila melihat frame gambar perkahwinan yang tergantung cantik di dinding juga tiada ditempat yang sepatutnya.

Mengapa cepat sangat dirinya dibuang?

Adakah tiada peluang kedua untuk dirinya?

Bermula sekarang dia hanya boleh menyimpan anggan-anggan untuk merujuk semula dengan suaminya kerana dia tahu dia tidak akan layak untuk bersama dengan suaminya lagi.

"Hubby.."dalam tangisan yang semakin kuat,Hanan memanggil suaminya.

"Hubby jangan buat sayang macam ni.."

"Maafkan sayang.."

"Sayang tahu sayang berdosa.."

"Sayang nak hubby.."

"Sayang nak hidup dengan hubby selama-lamanya.."

Terduduk lemah Hanan di laman luar rumah apabila susuk tubuh suaminya di tingkat bawah tidak dijumpai..

"Saya harap bila saya dah balik bayang-bayang awak tiada lagi dalam rumah.."

Dari jauh Hanan boleh lihat kotak-kotak yang bertulis namanya mula ada di hadapan pintu pagar di hadapan rumah bekas suaminya.

Mungkin dia tidak sedar semasa bekas suaminya keluar daripada rumahnya akibat kesihatan dirinya masih tidak stabil..

Dan bekas suaminya masih bermurah hati menyediakan tempat untuk dirinya berehat untuk satu malam sebelum abangnya datang menjemputnya keluar daripada rumah milik bekas suaminya ini.

Cinta Milik Bidadari Sesempurna Dia [C]Where stories live. Discover now