🥀 - Prolog

334 12 5
                                    

Dia mempunyai berat badan sebanyak 120 kilogram. Bukan sahaja gemuk dan mempunyai tubuhnya besar malah dia juga seorang gadis yang berkulit gelap, berdaki, buruk, hodoh dan tidak pandai bergaya. Budak perempuan yang terpaling skema di Universiti itu tetapi mempunyai kepandaian yang luar biasa. Gadis yang sering dibuli dan diejek oleh orang sekeliling sejak sekolah menengah lagi.

Nama diberi ialah Damia Liyana.

Kehidupan sederhana sudah boleh membuat dia rasa dicukupi dan selesa. Tidak perlu terlalu kaya dan tidak perlu terlalu miskin. Dia juga bersyukur kerana mempunyai mak abah yang masih menyayangi dia sepenuh hati walaupun dibenci oleh orang ramai di luar sana.

Hidupnya kosong dan tiada kawan mahupun kawan rapat. Tiada sesiapa mahu berkawan dengannya kerana keperibadian yang begitu selekeh dan gemuk. Dia juga sering keseorangan. Ke sana sorang-sorang dan ke sini juga sorang-sorang.

Minat seseorang di Universiti itu adalah perkara biasa. Jejaka idaman ramai di Universiti itu, mempunyai wajah yang segak, tampan, bergaya dan kaya telah menarik minatnya. Dia sering memerhatikan lelaki itu dan merupakan seorang senior.

Lelaki itu adalah Tengku Farish Hairul. Pujaan hati ramai gadis di Universiti tersebut. Sebut sahaja nama, terus cair gadis-gadis tetapi malangnya lelaki itu seorang yang bersosial dan liar. Entah berapa juga ex-girlfriend yang dia ada.

"Hey! Budak buruk! Kau termenung apa?! Kau siapkan assignment aku cepat sikitlah! Jangan buang masa aku!" Jerkah si gadis itu, Sally.

Nellysha seperti tersedar dari lamunannya. Terus dia mengangguk laju dan memandang semula kerja assignment itu. Cepat-cepat dia memulakan penulisan pada kerja assignment yang bukan miliknya.

"Kau perhatikan lelaki tu ke? Tch.. budak hodoh gemuk macam kau mana layak dengan dia. Dia tu macam langit dengan bumi bagi kau. Sedar diri sikit.. bodoh!" hina Sally dengan jelingan maut.

Nellysha tidak membalas hanya menundukkan wajahnya tanpa memandang Sally dan rakannya iaitu Ziana. Mereka berdua mengetawakan Nellysha. Nellysha diperhatikan dengan ekor mata. Benci melihat gadis gemuk itu.

"Tch.. perempuan tak sedar diri ni. Kau tengoklah dia ni. Gemuk, hodoh, buruk. Bukan main tinggi lagi taste kau kan? Tengku Farish juga kau minat.." sindir Sally lagi, kepala Nellysha ditonjol dengan jari telunjuknya.

Dalam mereka gelak ketawa, muncul seorang lagi wanita yang merupakan geng Sally dan Ziana serta merupakan girlfriend Tengku Farish buat masa sekarang. Dengan muka yang sombong dan tiada senyuman, dia mendekati Nellysha dan juga dua orang kawannya sambil berpeluk tubuh, dia ialah Batrisya.

Batrisya merupakan gadis yang cantik dan tubuh yang kurus tinggi. Ramai peminat dan setaraf Tengku Farish. Cantik dan kacak, memang sesuai sangat.

Nellysha dipandang rendah olehnya. Sering dibuli dan dihina oleh mereka bertiga adalah benda biasa baginya. Ibarat sarapan dia setiap hari dan setiap masa apabila terserempak.

"Damia! Berani kau ada perasaan dekat boyfriend aku?! Kau ingat dia nak pandang kau yang buruk hitam ni ke?! Dari jauh aku nampak kau perhatikan dia. Tinggi betul selera kau, dasar tak sedar diri!" Tengking Batrisya dengan suara yang sangat lantang.

Kerana tengkingan yang kuat itu, semua mata yang ada disitu lantas memandang ke arah mereka berempat. Rasa malu menguasai diri. Nellysha hanya mampu menundukkan kepada dengan perasaan yang sedih dan takut ketika itu. 

Dia tak mampu lawan dan setiap kali berlawan. Dia akan kalah dan sentiasa kalah. Tiada sesiapa pun yang berpihak padanya. Semua hanya menyokong dan membela Batrisya kerana gadis itu mempunyai rupa yang terpesona. Dia? Tiada apa yang perlu dipuji.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Revenge LoveWhere stories live. Discover now