"Iqy okay?" Soal ummi
"Okay je ummi. Tapi bila Iqy fikir balik cara Iqy cakap dengan Farhana tu macam memaksa dia pula." Balas Rizqi
"Dia malulah Iqy tiba-tiba cakap macam tu depan ummi."
"Hm, itulah. Iqy rasa serba salahlah ummi"
"Cuba la telefon dia ke tanya dia okay tak."
"Hm."
"Sarah!"
"Sarah! Kau kena tolong ayah" Ujar Pak Seman bergegas mendapatkan Sarah.
"Apa lagi ayah! Sarah dah tak ada duit. Tolonglah ayah jangan kacau Sarah lagi." Bentak Sarah
"Apa bising-bising tu Sarah?" Soal Mak Sopiah sambil menuju ke arah mereka
"Kau kena tolong ayah juga Sarah! Kalau tak malam ni atau esok dia orang datang cari kau!" Desak Pak Seman
"Apa?! Abang! Abang jangan main-main Sarah tengah sarat mengandung lepatu masalah abang ni Sarah kena selesaikan?" Sampuk Mak sopiah lalu memeluk tubuh anak perempuannya itu.
"Ayah serius kalau dia orang datang kau kena bagi duit. Kalau tak habis kau dia bawa kau lari jumpa bos dia orang"
"Lepastu? Abang nak lari lepas tangan macam tu je? Nak biarkan Sarah kena ambil macam tu je? Ayah jenis apa awak ni?!" Bentak Mak Sopiah
"Ayah cukup! Sekarang ni, ini masalah ayah tak bayar hutang dengan ah long tu. Kenapa kakak pula yang nak kena tolong ayah?! Ayah yang berjudi pandai- pandailah ayah settle!" Sampuk Irfan yang baru keluar dari biliknya.
"Eh kau jangan nak menyampuk eh! Sebelum...."
"Sebelum apa? Ayah nak pukul Irfan? Pukullah! Pukul!" Bentak Irfan
"Arghh!!!" Jerit Pak Seman lalu keluar dari rumah sambil menghempas pintu.
Air mata mengalir di pipi. Mengenangkan nasibnya yang bakal menanti. Kepalanya bercelaru. Dia sangat berharap saat ini ada seseorang yang boleh melindunginya.
"Tak apa kak, Irfan ada. Kalau dia orang datang malam ni atau esok Irfan akan lindungi akak." Pujuk Irfan sambil mengusap lembut bahu kakaknya.
*************
Rizqi termenung melihat kipas siling yang berpusing mengenangkan hal yang dia katakan kepada Farhana. Kehendaknya seperti memaksa Farhana, tetapi dia dia benar-benar mahu bersama Farhana. Rizqi melihat skrin telefon. Tiada notifikasi yang masuk.
Awak okay Farhana?- Rizqi
Pesanan tersebut tidak mendapat balasan yang pantas daripada Farhana. Rizqi terus mematikan telefon bimbitnya menyambung lamunannya.
"Hana, macam mana dengan Hana punya permohonan Cambridge university tu?" Soal En. Hamri.
"Tak tahu lagi. Hana naik dulu abah. Penat." Balas Farhana ringkas lalu terus naik ke biliknya.
Dia merebahkan dirinya di atas katilnya yang empuk. Dia merenung lama siling biliknya cuba memgambil nafas setelah letih bekerja sepenuh masa. Telefon bimbitnya langsung tidak dibuka.
"Hmm... Dia tak reply pun? Dia marah ke?"
"Cara aku macam aku memaksa dia ke?"
"Ke dia tak suka aku sebenarnya?"
"Abang! Bang!" Panggil Razif
"Rizqi!"
Rizqi terus bangkit dari katil menjenguk ke luar bilik sebaik dia mendengar ada orang memanggilnya.
"Abang kau kena ikut aku!" Ujar Razif cemas
"Ha? Apahal ni?" Soal Rizqi kebingungan
"Rumah Pak Seman, kena serang ah long. Cepat ikut aku!"
"Ha?!"
"Cepatlah!" Gegas Razif lalu terus berlari keluar dari rumah diikuti Rizqi.
"Kakak kau mana?! Bawa dia sekarang!"
"Aku tak akan biarkan kau ambil dia!"
"Kau degil tak nak bagi kakak kau? Aku minta elok- elok ni... mana kakak kau! Kau nampak pisau ni? Nak kena kat muka kau baru nak bagi ke?" Ugut ah long sambil mengacukan pisau ke arah Irfan.
Irfan masih berkeras tidak mahu memberi kakaknya kepada ah long tersebut. Badan Irfan ditarik lalu diberikan kepada rakannya yang lain untuk memegangnya. Ah long itu masuk ke dalam rumah mencari Sarah.
Sarah yang sedang memeluk diri di ruang tamu menggigil ketakutan. Rambutnya ditarik lalu pisau diacukan ke lehernya. Sarah mati kata. Nafasnya laju. Dia tidak berdaya. Kudratnya terlalu lemah dengan dalam keadaan sarat mengandung.
"Jangan kau berani sentuh anak aku!!!" Jerit mak Sopiah berlari sambil memegang sebilah pisau menuju ke arah ah long tersebut.
Serangan Mak Sopiah sempat ditepis ah long tersebut. Kepala Mak Sopiah terguris dengan pisau yg dipegang ah long tersebut. Mak Sopiah jatuh rebah ke lantai menahan kesakitan.
"MAKK!!!" Teriak Sarah
"DIAMMM!!"
Rizqi dan Razif tiba di rumah Sarah tepat pada waktu Fikry tiba juga. Tanpa berlengah Razif terus menyelamatkan Irfan dahulu.
"RAZIF!"
"Kau nampak perempuan ni sekarang kat tangan aku?"
"Bro chill. Jangan apa-apakan isteri aku" Rayu Fikry
"Oh? Isteri? Isteri?"
"Aku bayar berapa kau nak. Tapi tolong aku merayu jangan apa-apakan Sarah"
"Dah terlambat. Isteri kau akan ikut aku! Semua salah bapak mentua kau!"
"Ye aku tahu tapi aku serius aku akan bayar jumlah yang kau nak."
"Serius?"
"Ye aku serius"
Rizqi terus memberi serangan kepada lelaki yang sedang memegang Sarah. Sarah dilepaskan. Serangan Rizqi dilawan kembali oleh ah long tersebut. Fikry terus mendapatkan Sarah.
Rizqi cuba ditikam oleh ah long tersebut. Fikry membawa Sarah ke tempat yang selamat.
WIIII WOOOOO WIIII WOOO
Siren polis kedengaran. Belum sempat mereka melarikan diri, polis menahan mereka.
"Jangan bergerak! Letakkan senjata!"
ah long tersebut berdiri tegak bersama dua rakannya yang lain tengan diangkat pisau diletakkan lalu dia melutut ke tanah. Rizqi cepat mendapatkan adiknya. Irfan segera mendapatkan kakaknya.
Pistol dikeluarkan dari belakang pinggang ah long tersebut lalu satu das tembakan diacukan kearah Sarah sebagai balas dendam. Namun tembakan tersebut terkena pada bahu Irfan. Irfan jatuh rebah ke tanah. Satu das tembakan pula dilepaskan daripada polis kepada ah long tersebut.
"ADIK!!" Teriak Sarah. Air matanya berjuraian
YOU ARE READING
𝙨𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧 𝙖𝙜𝙖𝙞𝙣
RomanceRizqi seorang lelaki berumur 23 tahun yang hidup berserdahana merupakan seorang guru praktikal di sekolah berasrama penuh dan sudah bertunang. Kehadirannya sebagai cikgu praktikal di Sekolah Neo Science menarik perhatian ramai pelajar perempuan di s...