KERETA dihentikan di depan rumah mak saudara Ariq. Ariq membukakan pintu kereta untuk Qisya. Qisya menayang wajah resah. Gugup untuk berjumpa dengan saudara mara Ariq.
"Ariq..." Lengan Ariq dirangkul erat.
"Ya sayang, kenapa?" Wajah ditundukkan sedikit untuk menatap wajah si isteri.
"Kita nak buat apa dekat sini?"
"Kita tolong orang buat persediaan untuk kahwin lah. Tak elok pula kalau tak bantu kan?" jelas Ariq lalu dia membetulkan tudung isterinya itu agar menutupi dada.
"Oh okay."
"Jom." Ariq menuntun tangan Qisya agar mereka masuk bersama-sama.
"Assalamualaikum Mak Su!" laung Ariq apabila melihat wajah Mak Su di ruang tamu itu.
"Waalaikumsalam! Eh Ariq! Lama tak nampak kamu," jawab Mak Su sambil tersenyum lebar.
"Baru ada masa nak balik sini, Mak Su," kata Ariq lalu tersengih kecil.
"Tu pun sebab anak Mak Su kahwin. Kalau tak, memang taklah kamu nak balik kan?" usik Mak Su sambil menggelengkan kepalanya.
"Eh kembar kamu tak ikut sekali?" soal Mak Su apabila perasan ketiadaan Aish. Hanya empat orang kawan Ariq itu yang terlihat di luar rumah.
"Tak, Mak Su. Hari Ahad ni baru dia ke sini nanti," jawab Ariq sopan.
"Tu isteri kamu ke?" Mak Su menatap wajah Qisya pula.
"Haah. Ni isteri saya, Qisya. Qisya, salam Mak Su." Qisya terus menurut perintah si suami. Dia turut tersenyum manis.
"Cantik orangnya. Qisya ni yang pernah masuk TV dulu kan? Yang tak pandai masak tu?" soal Mak Su tanpa bertapis.
Senyuman Qisya terus pudar. Ingatkan orang sudah lupa namun nampaknya masih ramai yang ingat saat-saat memalukan dalam hidup Qisya itu.
"Betul lah kan yang ikut Power Chef Malaysia tu! Yang selalu kena hina oleh Chef Tiara tu kan?" soal Mak Su dengan muka tak bersalahnya.
"Iya saya orangnya, Mak Su," jawab Qisya sopan.
"Tak sangka Ariq nak juga kahwin dengan kamu." Mak Su tergelak kecil.
"Ariq, kamu tolong Pak Su dekat luar sana pasang kem," arah Mak Su lalu menunjuk ke kawasan bawah rumah.
"Okay, Mak Su."
"Sayang, hubby nak pergi luar dulu tau. Sayang tolong apa yang patut dekat sini ye?" pesan Ariq lembut sebelum berlalu pergi. Qisya hanya mengangguk.
"Err Mak Su, ada yang saya boleh bantu?" Qisya menawarkan diri.
"Mestilah ada. Sini ikut Mak Su."
Mak Su membawa Qisya ke bahagian belakang rumah. Dia menunjuk ke arah peralatan dapur serta pinggan-pinggan kotor yang memenuhi ruangan itu.
"Cuci semua tu bersih-bersih. Pastikan susun semua dengan kemas tau!" arah Mak Su tanpa perasaan.
"Erm saya seorang je ke?"
"Yelah! Kamu kan tak pandai masak? Tak faedah aje kamu ikut di dapur nanti. Menyusahkan adalah," sinis nada suara Mak Su menyindir.
"Jadi, daripada masakan hancur, lebih baik kamu buat kerja yang paling senang ni. Tak payah merungut, buat kerja tu cepat!" Mak Su bercekak pinggang dengan tatapan garangnya.
"Baik, Mak Su." Qisya senyum nipis. Dia harus bersabar demi Ariq.
Qisya duduk di atas kerusi kecil lalu dia menatap semua peralatan yang kotor itu. Banyak tau! Boleh sakit pinggang kalau buat lama-lama.
YOU ARE READING
C | Love, Ariq Farhan
Romance2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau...