s a t u

8 1 0
                                    

Aku kerling jam di pergelangan tangan. 8.30 pagi. "Rasanya waktu ni mesti Prof dah start kelas", monolog aku dalam hati. Pensyarah yang seorang tu rajin, dia tetap mula kelas di waktu yang tepat meskipun sebilangan besar anak muridnya datang lambat. Dan semestinya aku tergolong dalam kalangan sebilangan besar itu. Tapi aku bukanlah sejenis pelajar yang masuk kelas lewat 30 minit untuk setiap kelas. Kebiasaannya aku sampai tepat pada waktunya. Pensyarah angkat kaki masuk ke kelas, aku pun kebiasaanya dalam pergerakan yang sama dengan pensyarah aku. Cuma harini terkecuali sedikit sebab pagi tadi aku tertinggal kunci bilik. Terpaksalah aku panjat bangunan empat tingkat ni kembali untuk naik ke bilik aku yang secara terang- terangan bertempat di tingkat atas sekali. Sekarang pulak aku masih dalam bas, nasib baik jugak bas dah mula berjalan.

Bukannya aku tak cuba datang awal tapi pakcik bas ni pun satu hal, gerak lambat sangat. Kalau pakcik ni laju mesti aku dah sampai kelas on-time macam selalu.

_______________________________________

8.45 pagi. Nasib baik aku dah masuk bangunan fakulti aku. Aku berjalan dengan tenang seperti tiada masalah walaupun hakikatnya aku dah lewat 15 minit. Tetap tenang sebab di alam institusi pengajian tinggi ni, kau masuk kelas lambat sejam pun, jarang pensyarah akan marah. Tapi risiko terlepas input pelajaran tu mesti ditanggung sendiri oleh pelajar lah. Sebab tu orang cakap, masuk IPT ni dah tak ada orang nak jaga cara hidup kau macam cikgu sekolah dulu. Kau sendiri lah yang kena bentuk diri sendiri. Kalau baik coraknya, maka berguna lah diri kau dekat alam luar nanti. Kalau buruk pulak coraknya, kau jugalah yang kena tanggung sendiri peritnya.

Tap.. tap.. tap..

Selepas 5 minit berjalan, aku sampai di depan pintu dewan kuliah.
"Baik aku masuk cepat sebab rasanya dah banyak aku tertinggal ni, rugi ak- ADUHHHHHH"

PANGGGG

"YA ALLAH, OK TAK NI". Jelas reaksi terkejut oleh empunya suara yang tanpa sengaja terhempaskan pintu dewan kuliah ke muka aku.

Aku kerling tudung aku. Ada darah mat. Setitis... dua titis... tiga titis.. Dan betitis-titis lagi darah menitik mencorakkan tudung bawal ungu plain aku.

"Dah berdarah-darah macam ni, memang tak ok lah" balas aku sambil menahan pedih di hidung dan muka. Tak sempat aku tengok muka insan bertuah yang hempap mula aku ni dek tangan aku yang pantas menerkup muka aku. Refleks daripada rasa sakit dihempas pintu kayu setinggi 3 meter yang aku anggarkan tebalnya lebih kurang 3 inci setengah. Ya Allah ya tuhanku, dah la datang lewat sedikit sahaja dari masa yang sepatutnya, takkan lah balasan aku sampai dapat pakej muka kena hempap dengan pintu sekali ni.

"EH DARAH. ALAMAK SORRY SANGAT-SANGAT. SAYA NAK GI TANDAS TADI, TAK DENGAR LA PULAK BUNYI TAPAK KASUT ORANG DATANG"

Gelabah betul bunyi orang yang terlanggar aku ni. Alhamdulillah dia manusia normal sebab reaksinya memang reaksi manusia normal bila terlanggar seseorang. Dah la boleh tahan kuat kami berdua terjerit serentak tadi. Ini memang sah kami jadi tumpuan satu kelas ni kalau dah dua dua menjerit nyaring macam perempuan. Eh tapi aku memang perempuan, masalahnya suara yang terhempas kan pintu dekat aku ni bunyinya macam lelaki ?

Aku alihkan tekupan tangan dari muka untuk meneliti muka manusia yang terlanggar aku ni.

Damn. Rupanya insan bertuah itu aku.  Adakah aku masih di bumi ?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 10, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Distant StarWhere stories live. Discover now