Chapter 38🌹

1.2K 25 0
                                    

" luth !! macam mana keadaan aisy sekarang?." soal luwis sambil memegang bahu luth bagi menyadarkan  lelaki dari terus termenung,melihat luth yang sebegitu dia pasti luth sedang memikirkan keadaan aisy.

Luth yang terasa ada tangan yang menyentuhnya dia mendongakkan kepalanya ke atas untuk melihat siapa gerangannya.

" aku tak tahu..sekarang dia ada dekat dalam bilik bedah" balasnya sambil meraup muka

" aku faham..mudah mudahan tiada apa apa yang serius..aku tahu kau kuat bro.." kata luwis lagi sambil mengosok belakang luth untuk menyalarkan kekuatan

" thanks..macam mana dengan vina?"

"dia dah dipindahkan ke wad biasa,peluru dibadannya pun dah selamat dikeluarkan cuma sekarang dia perlukan rehat" balas luwis sambil mengeluarkan phonenya yang bergetar didalam poket

" kejap..rayden call " katanya sambil mengangkat panggilan dari rayden

Luth hanya tekun mendengar

" kenapa ray call ?" soal luth setelah rayden meletak kan panggilan

Melihat raut wajah luwis yang berubah dengan tiba tiba dia pasti ada yang tidak kena

" jacob larikan diri,mereka dah cuba cari tapi tak berjaya"

Dengar sahaja nama jacob membuatnya geram,dengan apa yang si bangsat itu lakukan terhadap isteri dan anaknya dia tidak akan lepaskan lelaki itu.

" esok aku dan yang lain akan cuba cari dia lagi" kata luwis lagi..melihat luth yang hanya diam dia tahu lelaki itu pasti marah karena jacob berjaya larikan diri

" biarkan dia "

" kenapa ? tak kan kau nak biarkan saja ?! " soal luwis dengan tidak puas hati

" kau rasa dia berani ke serang kita lepas apa yang dia buat ? aku tahu pasti dia akan ke luar negara untuk sembunyi kan diri dia.Dan sekarang aku nak fokus dekat aisy dan mummy.Dengan masa tu jugak kita boleh ajar aisy dan vina seni pertahankan diri,ajar cara menembak dan macam macam lagi.Dan aku  akan latih anak anak buah aku lepastu kita plan cara untuk serang jacob dengan masa yang sesuai " Balas luth dengan panjang

" kau nak ajar mereka ? kau nak mereka jadi macam kita ke ?! " soal luwis yang kurang setuju

" aku tak suruh mereka jadi macam kita tapi itu untuk keselamatan mereka sendiri wiss..Kita bukan 24jam dengan mereka sekurang kurangnya bila mereka kena serang mereka boleh pertahankan diri mereka sendiri..kau faham ?! " balas luth lagi

Sungguh dia akan ajar aisy semua benda selepas aisy sihat sepenuhnya,dia juga akan jaga aisy dengan baik kali ini..dia taknak pisang berbuah dua kali

" aku..setuju..aku akan ajar vina macam apa yang kau cakap luth.." ujarnyaa sambil bermain dengan tangannya

Luth hanya senyum segaris.

" maaf..husband aisy medina ? " celah seorang doktor

Dengar sahaja doktor itu bertanya dengan cepat luth berdiri

" saya..macam mana dengan wife saya ?! " soalnya risau

" macam ni wife encik sudah selesai melakukan pembedahan nanti dia akan dipindahkan ke wad VVIP seperti yang encik arahkan tadi.Dan soal anak encik saya minta maaf banyak banyak..kami tak dapat nak selamatkan sebab isteri encik sudah keguguran..dan untuk peluang puan aisy mengandung balik itu agak tipis..tapi jika encik berusaha insya allah..isteri encik dapat mengandung lagi.." Terang doktor itu dengan panjang

Luth tidak menjawab dia hanya diam,apa yang dikatakan oleh doktor itu bagai suatu mimpi buruk baginya..Lihat sahaja darah yang banyak keluar dari celah kangkang aisy itu sahaja dah buktikan bahawa isterinya sudah keguguran tapi dia menguatkan hati dan menyakinkan diri bahwa anaknya masih selamat.

THE DEVIL BLOOD'S   (COMPLETED)Where stories live. Discover now