Nel hanya mengenakan dress separas buku lali nya yang berwarna sage green. Dress itu agak mengikut badan namun, dia tidak kisah. Dia juga buntu untuk memilih baju apa yang hendak dipakainya. Selalunya okay sahaja. Harini semua benda jadi tak kena . Semua baju sudah dikerluarkan tadi tapi hampa. Terasa seperti semua baju tidak sesuai pula harini.
Rambutnya dibuat gaya bun dan diletakkan dua pin rambut sebagai perhiasan. Make up pula di pakai tidak terlalu tebal. Just nice!.
Nel melihat penampilannya di dalam cermin. Baginya biasa sahaja tapi kenapa dia rasa seksi harini.
Tas tangan jenama Prada di sangkut ke bahu lalu heels diambil. Heels itu tidaklah tinggi sangat dalam ukuran 5 cm sahaja.
Pintu rumah ditutup dan dia keluar. Nel lihat Harraz sudah terpacak di depan rumah sambil menyandar kan tubuhnya ke pintu kereta. Lama ke dia tunggu? biarlah , malas nak minta maaf.
"Well hello my beautiful Haura." Sapa Harraz terlebih dahulu.
Harraz pula tidak berkelip memandang Nel yang sedari tadi berdiri di hadapannya. Ya allah gadis di hadapannya ini menyeksa jiwa dan batinnya betul. Cantik persis bidadari. Namun satu yang Harraz tak suka dengan penampilan Nel sekarang iaitu dress gadis itu. terlalu mengikut badan. Dia tak suka mana-mana lelaki memandang hak miliknya.
"You cantik tapi baju you seksi Nel. I tak suka you pakai dress ni lagi. terlalu mengikut badan" Tegur Harraz lembut namun membuatkan Seorang Nelysa yang pantang ditegur itu panas. Tinggal masa nak meletup sahaja ni.
"Kalau i nak pakai seksi macam mana pun, itu hak i Haz. You tak ada hak langsung nak masuk campur urusan hidup i. You are not my husband. apa yang i pakai you tak boleh nak tentukan Haz" Marah Nel. Harraz yang beria ajak dia keluar lepastu Harraz juga yang merosakkan moodnya. Lantas itu dia berpaling untuk masuk semula ke dalam rumah. merajuk.
"Nel you better stop okay. Im sorry if my words hurt you. It just i dont like people gawking at you nanti." Harraz memberhentikan dirinya dari menyentuh Nel. Dia tidak mahu melanggar syarat-syarat mereka.
"hmm" Itu sahaja balasan Nel. Tahulah Harraz bahawa Nel masih terasa dengannya. Tas tangan Nel ditarik supaya gadis itu terikut sama dengan dia ke dalam keretanya. Seperti lembu dicucuk hidung, nel hanya membontoti langkah Harraz tanpa berkata apa-apa.
Inilah yang dia tidak suka iaitu apabila seseorang buat mood dia hilang. Dia sangat susah untuk ada mood nak bersosial tapi Harraz rosakkan segalanya. Bukan dia tidak mahu menerima teguran tapi tidak boleh kah kalau nanti-nanti sahaja tegur. Ini tidak sebelum masuk kereta dah menyirap darah dia dibuatnya . Inikah yang dipanggil dating?.Tidak sebahagia seperti di tiktok hakikatnya.
Perjalanan mereka sunyi . Tiada langsung percakapan yang keluar daripada mulut Harraz mahupun Nel. Bagi Harraz dia mahu beri gadis itu ruang seketika. It should be our first date but it turned out like this. haih. Salah kau juga Haz. Gumamnya perlahan. Perlahan-lahan kau ubah dia Haz. you can do this!.
Harraz memberhentikan kereta di hadapan sebuah restoran yang mewah. Kereta diparkir terlebih dahulu kan tidak pasal-pasal kena saman pula. Walaupun dia mampu tetapi dia tidak mahu la membazir dengan benda remeh.
"Nel lets go." Harraz turun terlebih dahulu daripada kereta.
Pintu kereta tempat Nel dibuka supaya memudahkan Nel keluar. Mama raised a gentleman okay!.
Sementara menunggu Nel membetulkan rambutnya di hadapan cermin kereta, Harraz hanya menunggu dengan penuh sabar dan minat. Ciptaan Allah memang cantik. Terasa seperti si dia itu sempurna sedangkan tiada makhluk yang sempurna di muka bumi ini. Namun Nelysa Haura tetap sempurna di mata Harraz Al-Qadri.
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romance-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...