Bab 24

49 5 0
                                    

Cristy bersandar di sebuah bangku taman hospital. Kepalanya di dongak memandang langit biru yang cerah. Banyak penjelasan dari Raisha. Salah satunya yang masih berlegar dalam fikirannya adalah,

"Krystal adalah kakak kembar kau. Keluarga kau bagi orang lain jaga Krystal apabila umur kau berdua menginjak angka lima tahun. Kau dulu anak orang kaya tapi tiba-tiba semuanya berubah mendadak. Bermula tiadanya Krystal, sehingga rumah besar kau terbakar dan keluarga kau jatuh miskin. Kau tak sempat kenal kakak kau. Itu saja yang aku tahu dari papa kau."

Cristy mengeluh berat. Mukanya diraup kasar. Matanya dah membengkak kerana terlalu banyak menangis. Setelah dengar semua penjelasan, memuncak rasa amarahnya pada semua orang termasuk kawannya sendiri, Raisha. Kata Raisha, dia rahsiakan mengenai kembar Cristy atas sebab tak nak Cristy susahkan diri cari keberadaan Krystal. Dia tak faham jalan pemikiran Raisha. Semuanya begitu rumit dan benar-benar memeritkan kepalanya yang sedia sakit.

"Babydoll," seru seseorang dari arah belakang.

Malas nak menoleh, menyahut pun tidak. Cristy hanya kerling aje keberadaan Dez yang telah mengambil tempat di sebelahnya.

"You shouldn't be here."

Dez membuka satu persatu kancing blazer, lalu menanggalkan blazer itu. Selanjutnya, dia menghangatkan tubuh itu dengan blazer miliknya.

"Kenapa nak berlakon jadi baik?" Soal Cristy meleraikan kehangatan yang hampir membuatnya selesa dengan tingkah manis itu.

"Tak salah menjadi baik untuk mendapat kemaafan." Jawab Dez lancar.

Cristy senyum sinis. Decakan keluar dari bibirnya sebelum dia angkat kaki nak keluar dari situasi menyebalkan ini. Namun, ia terlebih dahulu jatuh di atas paha Dez.

"I know what I did was wrong. I am really sorry for that but please give me a chance. I will make sure you won't regret it."

Apabila tangan itu cuba meraih tangannya, cepat-cepat dia membawa lari jauh dari lelaki itu. Walaupun Dez nak pegang banyak kali pun, tetap dia menepis.

"Mana Krystal?" Soal Cristy tiba-tiba.

Kening Dez terangkat sebelah sebelum bahunya diangkat tanda dia malas ambil tahu.

"She's not my girlfriend. She's nothing to me." Ucap Dez sejujurnya.

"Apa maksud awak yang Krystal bukan girlfriend awak? Siapa yang sepatutnya kahwin dengan awak? Saya atau Krystal?"

"I didn't love her anymore!" Laju ayat itu meluncur dari bibir itu.

Cristy tergelak sinis. Dia berpaling pada Dez tanpa mengubah kedudukannya yang masih berada di atas paha Dez.

"We are still legal as husband and wife." Dez memperingatkan Cristy mengenai status sebenar mereka berdua.

"Status suami isteri tak pernah wujud. Kita berdua menikah kerana ketentuan takdir. Kita boleh menolak takdir bagaimana saya menolak untuk memberi peluang kedua pada awak. Anggap sahaja hubungan kita berdua dah tamat selepas awak halau saya keluar dari rumah awak." Ungkap Cristy serius tutur katanya.

Dez tidak membalas. Hanya beriak biasa.

"Tinggalkan saya, kembalilah pada Krystal."

Dez terdiam. Riak mukanya berubah tegang serta-merta. Diakui, dia pernah melakukan kesilapan iaitu menghalau Cristy persis kucing kurap tapi itu tidak bermaksud hatinya harus beralih pada perempuan lain.

"A million times over, I will always choose you." Ungkap Dez sedikit ditekan suaranya.

Menegaskan hanya perempuan bernama Cristy saja yang layak bertakhta dalam hatinya. 

"You have a place in my heart no one else ever could have. My heart is full of you. I love you more than I'll ever be able to explain."

Cristy merengus kasar seraya meludah air liur tepat pada muka lelaki itu.

"Saya tak nak dengarlah luahan hati awak yang tak masuk akal ni. Selama ni, bila saya menjelaskan kebenaran yang saya buta. Ada awak percaya? Ada? Awak bahkan layan saya macam orang tak ada hati dan perasaan! Sekarang awak nak saya terima semua kata-kata manis dari awak? Huh?!" Emosi Cristy mula memuncak.

Cristy turun dari paha Dez. Namun, Pegangan kemas dari lelaki itu menyukarkannya untuk melangkah jauh.

"Percaya atau tidak, aku betul-betul sayangkan kau. Aku tak sepatutnya layan kau macam tu.  Maafkan dosa-dosa aku..." Rayu Dez, sedaya upaya meyakinkan Cristy.

Bekas ludahan Cristy dilap. Tidakpun jijik mahupun marah. Malah lelaki itu beriak biasa saja. Seakan apa yang Cristy buat tidak menjentik apa-apa rasa amarah. Sedangkan, lelaki itu paling tidak suka diperlakukan sebegitu rupa.

"Saya dah bagitahu awak banyak kali. Hubungan kita berdua dah tamat. Hidup saya dah hancur semuanya kerana awak. Awak gugurkan kandungan saya! Bukan itu saja, tubuh saya penuh dengan luka dan parut kerana perbuatan awak. Apa lagi yang awak nak tambah lepasni? Saya dah bagi kebebasan pada awak untuk lepaskan saya tapi tidak, awak masih berusaha untuk simpan saya! Dan sekarang-"

"Just give me a chance!" Potong Dez pantas.

Dez ketap gigi geram. Dia turut berdiri, tidak hanya itu rambutnya juga diserabutkan menggambarkan keadaan dirinya tika ini dia betul-betul tertekan.

"Just give me a chance. That's all I'm asking. You don't have to like or approve but I just want that chance, to maybe change your mind. You won't know until you give me a try."

"That's enough!" Teriak Cristy kuat penuh amarah.

Turun naik nafasnya dengan tatapan bak harimau pada Dez. Ditepis kasar pegangan Dez sehingga jatuh. Merah menyala mukanya menahan marah.

'How do I say the words, ‘I’m sorry’ when I know that words are not enough? And how can I ask you to forgive me when I know I can’t forgive myself?'

"Saya dah berbaik hati untuk tidak melaporkan pada polis atas perbuatan awak dulu. Awak ingat saya tak berani nak laporkan pada polis kegiatan awak dulu? Saya tak takutlah dekat awak! Mungkin bila saya buta awak boleh sewenang-wenangnya layan saya macam perempuan tak ada harga diri tapi sekarang saya takkan sesekali bagi peluang untuk awak sentuh saya lagi!"

Buk!

Cristy menumbuk kuat pipi Dez sebelum dia berlalu pergi dari situ. Pandangan orang padanya tidak diendahkan. Puas hatinya dapat tumbuk Dez walaupun hanya sekali. Tapi sekejap, Cristy pusing semula berdiri betul-betul di depan Dez.

"I will give you some advice. Happiness depends on you. Don't expect someone else to give it to you. I'm not the same soul I once was. A lot has changed. A lot had to change. So you shouldn't expect out of me what I embodied in the past. For that part of me no longer exists."

Cristy senyum sinis. Gaya mengejek dia memegang bibir sendiri, buat gaya sakit dan,

"Auch! Sakitnya...auch..."

Siap pakej gelak tawa sinis diberinya. Tubuhnya direndahkan lalu gaya seksi dia berbisik sesuatu. Cukup perlahan, betul-betul di telinga Dez.

"Go find someone else, I'm letting you go I'm loving myself."

Cristy flip hair. Selanjutnya dia menghilang. Dez menatap tak percaya. Bibirnya yang sakit dipegang. Hujung bibirnya dah berdarah tapi dia masih tersenyum menatap belakang tubuh Cristy.

'It is never too late to make things right.'

The Dez (COMPLETE) ✅Where stories live. Discover now