Memiliki wajah yang tampan dan senyuman yang manis , siapa saja yang tak jatuh hati padanya apatah lagi jika tahu dia adalah dari golongan orang-orang yang berada. Yes, tidak dinafikan semua itu mampu menarik mata-mata perempuan yang melihatnya. Tapi kelebihan yang ada pada dirinya tidak lah membuatkan dia menjadi seseorang yang mengambil kesempatan ke atas seseorang dan mempergunakannya. Didikan yang diberikan oleh ibubapanya cukup membuatkan dia menjadi seorang anak lelaki yang berguna dan boleh dikelaskan dalam golongan 'one in million'.
Fikiran yang jauh melayang memikirkan masa depan kini kembali ke dunia nyata kerana suasana yang bising yang mampu menyedarkannya. Baru dia sedar bahawa dirinya sekarang berada di meja makan bersama kawan-kawannya yang sakan bergelak tawa. Tumpuannya kembali focus kepada kawan-kawannya dan terus menghilangkan khayalan yang baru sahaja dia hampir hanyut. Dia memandang langit yang gelap dan melihat bulan dan bintang yang berada cantik di langit malam. Senyuman kecil terukir dibibirnya apabila teringat akan sesuatu saat terpandang langit.
"Kau masih tak boleh lupakan dia?" ujar seseorang yang menyentuh bahunya menyebabkan senyuman kecil itu mulai pudar. Dia memandang rakannya dengan wajah yang sayu dan mempunyai 1000 perasaan.
"Walaupun dah 3 tahun dia pergi , nama dia , wajah dia , senyuman dia, kenangan dengan dia, dan semua tentang dia masih lagi segar dalam ingatan aku Kal." ujarnya.
"Aku tahu Izz , tapi kau kena belajar terima hakikat yang kau dah kehilangan dia. Belajar buka pintu hati kau untuk perempuan lain. Aku yakin , kat luar sana ada lagi orang macam dia atau jauh lebih baik dari dia. Sampai bila kau nak macam ni Izz, dah 3 tahun dah." ujar Haikal merangkap kawan baiknya sejak sekolah menengah.
Yes, memang ramai wanita yang tertarik dengan aku tapi sayang tidak ada seorang pun yang mampu buat aku menyukainya atau malah membuka ruang untuk mereka mengenaliku. Sejak hari aku kehilangan seseorang yang sangat aku mencintainya, aku menutup pintu hati aku untuk semua wanita dan tekad tak akan ada sesiapa yang mampu mengantikan dirinya dalam hati aku. Tak akan ada seorang pun yang mampu menawan hati aku macam mana dia menawan hati aku.
Aku hanya memberikan senyuman kecil kepada Haikal tanpa memberi apa-apa jawapan. Sungguh , 3 tahun aku cuba untuk melupakannya tapi aku tak mampu. Setiap hari fikiran aku selalu memikir tentang dia dan juga masa depan 'kami' walaupun aku tahu tiada lagi 'kami' untuk masa hadapan.
Jam menandakan sudah pukul 12 malam , dan masing-masing sudah memberi tanda untuk bergerak pulang. Kami bersalaman dan terus menuju ke kenderaan masing-masing. Kereta honda civic merah aku dekati dan meluru masuk ke seat driver. Kereta dihidupkan dan aku menyandar di seat driver. Mata dipejam seketika dan menarik nafas yang dalam. Sesak rasanya dada memikirkan semua yang menyakiti diri sendiri. Mata terbuka apabila menerima mesej daripada seseorang. Iphone 14 di seat penumpang , aku capai dan melihat mesej yang tertera.
'Abang kat mana?'
Apps whatsapp dibuka dan dibalas dengan ayat 'otw balik'. Contact yang disave dengan panggilan 'Mommy' bertukar menjadi typing. Walaupun aku sudah berumur 26 tahun , tetapi ibuku masih bertanya waktu pulangku dan dimana keberadaanku. Walaupun aku sudah kehilangan seseorang yang aku cintai, sekurangnya aku masih ada ibu yang masih menjadi support system aku saat aku down.
Bayangan seseorang dari tepi menarik penglihatanku untuk melihatnya. Jelas terpancar susuk tubuh seseorang yang tubuhnya dilekapkan di stereng kereta. Badannya dijauhkan sedikit dari stereng kereta, dan perbuatannya itu menjadi tanda tanya. Pelbagai persoalan muncul dalam benak otak aku , apa yang dialaminya sampai begitu sekali dia menangis. Dia menyapu air matanya yang laju turun di pipi namun semakin dia menyapu semakin laju air matanya keluar. Walaupun keadaan di luar agak gelap, namun perbuatannya itu jelas kelihatan.
Aku agak terkejut apabila matanya dan mata aku bertentang apabila dia memandang ke sisi kiri keretanya. Jelas terpancar raut kesedihan yang dialaminya sampaikan mukanya nampak terlalu sembab. Aku cepat-cepat mengalihkan mataku ke depan dan terus keluar dari parking kereta. Raut wajah yang cantik tetapi mempunyi sejuta kesedihan mula bermain di fikiranku.
YOU ARE READING
You're My Wife
RomanceLuka demi luka yang datang menghiris diri , membuatkan seorang gadis tidak lagi mempercayai apa itu 'true love'. Semua yang hadir dalam dirinya hanyalah meninggalkan luka. Lukanya bukan bertambah pulih malah bertambah dalam. Dia tidak lagi mempercay...