Anak matanya mengimbas segenap ruang di bilik itu. Ada belon helium berwarna burgundy dan merah jambu di sisi kiri dan kanan katil. Kelopak bunga mawar merah berserakkan di atas katil dan lantai. Semua bunga di gunakan adalah bunga segar. Malah ada jambangan bunga besar di atas lambakan kelopak bunga mawar di atas katil. Di sisi katil terdapat satu baldi kecil perak berisi ais dan sebotol champagne dan 2 gelas berkaki halus dan panjang. "Now just waiting for her to come."
Maria tersenyum lebar. Dia membetulkan rambutnya di hadapan cermin bilik. Dicalit sedikit lipstik merah di alis bibirnya. Sudah puas menilik wajahnya dia membetulkan pula dress pendek emerald green suede paras pahanya. Maria menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya kuat. "Let's go girl!" Laungnya sendiri.
Dia berjalan keluar dari bilik. Sedikit gusar. Terlalu banyak benda bermain dalam fikirannya sampai tidak tahu yang mana satu mahu di fokus. Dia keluar dari hotel mewah itu dan ke suatu sudut untuk menghisap rokok. Di sedutnya dalam-dalam sambil tidak lepas memandang ke jalan masuk hotel tersebut.
Pada awalnya dia merancang ingin mengajak Dini ke Penang, tetapi memandangkan mereka ada kuiz Isnin depan terpaksa dia ubah plannya. Fikir punya fikir, baik ke Port Dickson saja. Tidak terlalu jauh jadi hari ahad mereka boleh pulang ke Kuala Lumpur dan buat ulangkaji.
Dia minta tolong Adam untuk membawa teman wanitanya ke Guoman Resort. Jadi, dapat dia lari sebentar membeli hadiah dan bunga serta barang-barang untuk deko. Semuanya Maria pilih sendiri. Dia mahu yang terbaik buat gadis itu. Andai dapat dia beri dunia yang ada pun dia sanggup. Anything..!
Seraya puntung rokok itu di tenyeh ke ashtray pot, anak matanya sudah tertangkap kelibat empat bayang yang sedang berjalan beriringan menghampiri ke arahnya. Maria tersenyum lebar.
"Well you look gorgeous!" Tempelak Dini.
Maria memeluk teman wanitanya itu erat. Macam lama tidak bersua padahal baru beberapa jam saja kena tinggal. "And, you.." Dia mencium pipi kanan Dini, "always.." kemudian mencium pipi kiri pula. "always look pleasently pretty."
Mata mereka bertaut. Dini melihat mata Maria yang bersinar keriangan kemudian, turun pula melihat bibirnya yang merah menyala sebelum kembali melihat mata Maria kembali.
"Ehem...!!!" Adam memeluk bahu kedua temannya. "I don't care what is goin' on but I am fucking hungry and tired!" Dia melihat mereka berdua dengan keningnya yang tinggi. "Shall we?"
Maria mengekek kecil. "Well Mr. Cabby, me and Dini not gonna be available for tonight." Dia menoleh ke belakang Adam dimana ada Kamal dan seorang gadis yang tidak dia kenali sedang berbual. "You guys go ahead. Esok kita breakfast sama okay?" Dia menepuk dada Adam beberapa kali sebelum menarik tangan Dini untuk mengikutnya. Sempat dia mengenyit mata kanannya pada lelaki itu.
Adam membalas balik kenyitan itu dan sempat juga dia meninggikan kedua jari tengahnya pada Maria. Dia ketawa kecil. Awal lagi dia sudah tahu apa plan Maria. Sehari selepas mereka lepak di Starbucks, Maria menelefonnya pukul 3 pagi semata-mata ingin berkongsi akan plan proposal dia.
Gila juga kadang-kadang Maria ini. Mujur sekarang ini semuanya mudah dengan ada internet. Jadi dia boleh cari di lawan web idea-idea yang dia rasa menarik untuk melamar Dini.
Dia menoleh mengadap Kamal dan Tina yang sedang berbual. "So, everything dah set. Jom minum dulu then baru check in."
"Maria and Dini tak join?" Tanya Kamal.
Adam menggeleng. "We meet them at breakfast tomorrow."
Mereka bertiga berjalan masuk ke lobi. Adam ke concierge terus untuk mengambil kunci bilik. Sempat dia mengerling ke arah lif hotel di mana kedua temannya itu yang sedang asyik dalam dunia mereka hilang di balik pintu lif yang tertutup.
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...