SEUSAI menunaikan solat isyak terus melabuhkan punggung di atas tilam. Aku sengaja meletakkan kepala di atas dada Mikael yang sedang leka bermain telefon.
“Abang mesej siapa?”soalku ingin tahu.
“Abang jawab soalan anak murid abang. Dia orang tak faham soalan.” Balas Mikael. Aku hanya memerhatikan saja dia membalas mesej pelajarnya. Seusai itu, dia matikan telefon sebelum dia memeluk tubuhku.
Aku tersenyum suka.
“Abang tak boleh nak peluk kitten secara berdepan macam ni bila perut kitten dah besar. Abang kena peluk isteri abang ni dari belakang ajelah.” Tutur Mikael sambil mengusap wajahku.
Aku membiarkan saja.
“Abang bosanlah nanti tak boleh pandang muka saya.” Kataku.
Mikael tersengih.
“Mana boleh bosan. Pandang kitten secara berdepan dan juga belakang sama saja. Tetap cantik.” Tutur Mikael telus.
Aku tersengih.
Aku merapatkan wajahku dengan Mikael. Sepasang mata Mikael merenungku. Dia bagaikan sedang memerhatikan seraut wajahku satu demi satu. Aku menyentuh lembut kulit wajahnya menggunakan tangan kananku.
Mikael melayankan saja.
“Mata abang dengan Adwa dan Ai lain ya?” tuturku.
“Hmm. Adwa dan Ai ikut mata papa. Abang dan Adam ikut mata mama.” Balas Mikael dengan tenang.
“Adam tu saya tak pernah nampak semenjak kita kahwin.”
“Adam badan dia lemah dan senang sakit. Papa risau bila dia keluar jadi papa suruh dia duduk dalam bilik aje.” Cerita Mikael.
“Mata Adam macam abang.” Tokok Mikael dengan bangga.
Aku ketawa kecil.
“Kira adil. Adwa dan Ai satu kumpulan. Abang dan Adam juga satu kumpulan.” Mikael mengangguk setuju dengan bicaraku. Bila aku ingat semula Adam ada masa hari pernikahan aku dengan Mikael. Tak lama selepas itu dia hilang.
Aku rasa papa suruh dia berehat agaknya.
“Tapi kan abang…” Mikael memberikan perhatian kepadaku.
“Saya bersyukur sangat abang tak dapat mata hijau papa. Abang mata macam ni pun dah hensem. Boleh naik risau saya kalau mata abang hijau. Makin bertambah hensem. Mesti lagi ramai yang cuba nak mencantas abang dari saya. Tak suka.”
Mikael tersengih.
“Abang tak kisah perempuan mana pun gilakan abang sebab abang hanya gilakan seorang perempuan aje. Nada Hania.” Tuturnya dengan suara manja. Senyuman menggoda dia membuatkan aku hilang pertimbangan.
Laju bibir aku menyambarnya.
Mikael membalas ciumanku dengan lembut sebelum tubuhku dipeluknya dengan erat. Belakang tubuhku diusapnya dengan penuh kasih.
“Sayang isteri abang ni.” Tuturnya penuh kasih.
Aku mengulumkan senyuman.
Lama-lama aku hanyut ke alam mimpi.
+++
RUTIN aku seperti biasa saja. Aku akan dihantar ke rumah papa dan mama bila suami aku pergi bekerja dan dibawa pulang bersama-samanya. Bila ada di rumah papa dan mama banyak sangat topik yang boleh jadi cerita dan juga aku dapat belajar perkara baru tentang Mikael.
Itu yang seronok sangat bila ada di rumah mama dan papa.
Aku melabuhkan punggung di atas ribaan Mikael sebaik saja aku selesai mandi dan berpakaian. Mikael sedang melihat cerita. Mana tidaknya, dia letak tv di dalam bilik kami sebab dia tahu aku suka tengok tv malam-malam.
Aku main rambut Mikael.
Lembut.
Mikael memeluk pinggang aku. Sesekali perut kempisku diciumnya membuatkan batang tubuhku menggeliat geli. Aku menggigit geram pipi kiri Mikael membuatkan Mikael ketawa suka.
“Sempat eh usik saya macam tu.” Gumamku sambil memicingkan mata padanya.
Mikael tersengih saja.
Ciuman menyinggah sekilas dibibirku. Dia mengukirkan sengihan senget sambil menatap sepasang mataku.
“Abang nak buat macam mana. Isteri abang ni cantik. Perut yang tengah kandungkan anak abang ni nampak seksi. Abang geram jadi abang ciumlah. Salah ke?” soalnya dengan menayangkan muka polos.
Memang sengaja.
Mikael ni dalam periang dan ceria dia ni kadang-kala terselit jahat juga tau. Sakit hati aku bila dia buat muka jahat macam tu.
Macam bad boy. Argh, aku tak suka Mikael jadi bad boy.
Aku suka Mikael good boy.
Mikael menggeselkan pipinya pada pipiku. “Abang suka sangatlah dengan kitten. Zach sampai cakap yang abang obses dengan kitten. Abang mengaku ajelah abang obses dengan kitten.”
Aku tersenyum.
“Kitten tak boleh tinggalkan abang tau. Kitten tu hak abang seorang aje. Sampai bila-bila.” Pesan Mikael.
“Ya, saya tahu. Saya takkan tinggalkan abang dan abang pun tak boleh tinggalkan saya.”
“Matilah abang kalau abang tinggalkan hati abang ni.” Tuturnya.
Aku mencium sekilas dahinya.
“Jom tidur. Abang nak kerja esok.” Dia merebahkan tubuhku dengan cukup lembut di atas katil. Mikael menarik gebar tebal menutup tubuhku dan dia mencium dahiku. Lampu bilik dan juga tv juga dimatikan sebelum dia memeluk tubuhku.
Tangannya menepuk belakang tubuhku seolah-olah sedang mendodoikan aku. Akhirnya dia lena terlebih dahulu.
Aku?
Teremenung lepas membaca mesej yang dihantar oleh daddy aku beberapa minit selepas Mikael tidur.
Salam, sweety. Asher dah balik ke Malaysia. Dia ada jumpa mummy dan daddy bertanya khabar kitten. Dia mahu bertemu kitten walaupun mummy dah beritahu yang kitten dah kahwin. Hati-hati ya, sayang – mummy.
+++
MIKAEL mencuit hidungku seperti biasa jika aku ternenung jauh. Dia menghidangkan sepotong roti bakar bersalut coklat dan juga air susu kegemaran aku. Mikael melabuhkan punggung disebelahku.
Dia menompang dagu sambil menatap wajahku.
“Kenapa isteri abang termenung jauh sangat ni? Lepas solat subuh tadi abang perasan. Kitten ada masalah ke?” soal Mikael dengan suara yang cukup lembut.
Aku mengetap bibir.
“Mummy ada mesej saya malam tadi. Dia beritahu yang Asher balik ke Malaysia semula. Dia nak cari saya walaupun mummy dah beritahu yang saya dah kahwin dengan abang.” Tuturku.
Mikael terkebil-kebil.
“Asher? Siapa tu?”
“Bekas teman lelaki saya. Sebelum saya jumpa abang. Dia cinta pertama saya.” Tuturku.
“Oh…”
“Saya takut.”
Mikael menyentuh lembut kepalaku lalu dia mengukirkan senyuman yang cukup manis. “Jangan risau. Abang takkan biarkan dia buat apa-apa pada kitten. Walaupun hujung jari dia nak pegang kitten. Abang takkan benarkan.”
Aku menatap Mikael.
“Hey, percayakan abang okey? Abang mungkin nampak comel dan lemah. Tapi ababg kuat tau. Darah daging abang semuanya ada darah ganas.” Tutur Mikael dengan sengihan yakin.
Aku mengangguk saja.
Percaya yang Mikael akan melindungi aku.
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
RomanceApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...