humaira sedang bersantai di ruang tamu sambil menonton tv. dia menukar saluran berulang kali duh takde cerita bestlah petang petangni ibu ayahnya pula sedang berehat di bilik pada waktu petang petang begini"ahh bosann" rengek humaira sambil tangannya mematikan tv menggunakan alat kawalan jauh
humaira mengelamun seketika
macam mana dia nak lari dari ashraf ni eh tak tenang betul hidupnya jika di ugut ugut begini ke dia keluar dengan lelaki lain ? mesti ashraf tu surrender kan kalau tahu dia dah ada yang lain tapi kalau dia bagitahu ibunya pula nanti macam mana ?tak boleh jadi ni nanti aku meeting dengan dayang
bunyi kereta di hadapan rumahnya menyentakkan lamunannya. kenapa bunyi macam kereta tu berhenti depan rumah dia eh ?
humaira bangkit dari sofa lalu menyelak sedikit langsir rumahnya
terkejut dia melihat ashraf yang baru turun dari keretanya kemudian melangkah ke pintu rumahnya duh dia lupa tutup pagar ke tadi
humaira yang hanya mempunyai tuala di tangan segera menggunakannya untuk melapik kepalanya
sebelum sempat ashraf mengetuk pintu humaira bergegas membuka pintu lalu menolak ashraf ke tempat duduk di luar rumahnya
"awak nak buat apa ni" humaira berbisik namun dengan suara yang keras
"patutnya aku yang tanya kau soalan tu" ashraf melihat kearah lengannya yang dipegang oleh humaira
humaira pun menoleh ke arah pandangan ashraf. eh siou (sorry) humaira segera menarik tangannya namun kini digenggam erat pula oleh tangan kekar ashraf
"lepass ! " humaira cuba untuk melepaskan genggaman tangan ashraf namun dia tidak mampu melawan tenaga lelaki ashraf. ashraf hanya tersenyum melihat humaira. percubaan humaira untuk membuka rungkaian tangannya itu langsung tidak memberi kesan apa apa kepadanya
"ashraf, please" humaira yang berputus asa mula memohon kepada ashraf. humaira berasa tidak selesa bila dia berpegang tangan dengan lelaki bukan mahramnya itu
ashraf perlahan lahan mula melepaskan tangan humaira. dia tahu humaira tidak suka akan perbuatannya itu tapi seketika dia hilang kawalan sehingga membuatkan dia tanpa sedar menyentuh humaira
"I'm sorry" ashraf meminta maaf apabila melihat riak wajah humaira yang seperti marah dengannya
"awak buat apa kat sini ashraf ? kenapa awak pergi rumah saya ?" humaira bertanya tegas lelaki ini semakin sering ingin berjumpanya . sekarang lelaki ini juga sudah mula berani untuk mengetuk pintu rumahnya ? dia tidak mahu ashraf berjumpa dengan ibunya nanti entah apa apa lelaki tu akan cakap dengan ibu dia
"aku nak jumpa kau" ashraf membuat muka tidak bersalah . aduh dia ni malam tadi baru je dia kacau ketenangan hidupnya tiber sekarang nak jumpa lagi ?
"awak nak jumpa saya ni kenapa ? " humaira mula berpeluk tubuh sambil menjengukkan kepalanya seketika di tingkap rumah takut ibunya tiba tiba turun
ashraf tidak membalas soalan humaira sebaliknya dia diam memerhati humaira lagi lagi di bahagian dahinya eh dahi aku kenapa
ashraf dengan selambanya menyelitkan rambut humaira yang sedikit terkeluar ke dalam tuala dengan menggunakan jarinya
"aku boleh nampak rambut kau""janganlah pegang" humaira menepis tangan ashraf lalu menunjukkan jari manisnya menggantikan jari tengah namun hanya sedetik
ashraf senyum senget melihat kelakuan humaira. comel
ashraf menghulurkan plastik yang berisi makanan yang dibelinya tadi kepada humaira eh tak perasan pun mamat ni pegang plastik ni tadi
"apa tu" humaira bertanya ingin tahu
YOU ARE READING
My Childhood Friend Became My Husband
Romancebagaimana jika teman zaman kanak kanak anda adalah jodoh anda ? humaira nasuha seorang yang jarang bergaul dengan lelaki bertemu dengan ashraf haikal seorang yang tidak bergaul dengan wanita namun bersebab ashraf haikal yang berkepribadian mirip den...