Usaha Jaya

0 0 0
                                    

Pengalaman ambil keputusan SPM memang mendebarkan, tambah-tambah orang yang banyak 'merah' macam Ayah.
             Opah pun tak tahu Ayah nak ambil keputusan SPM. Balik  naik bas  sangkut-sangkut dari rumah Nenek, menjinjit beg baju. Sampai di sekolah, semua  ambil keputusan di  padang, di astaka. Naik tangga astaka sudah cukup mendebarkan. Dengar Cikgu bersuara, "Ambil borang! Ambil borang!" Ayah pun tanya kawan Ayah,"Borang apa?" "Borang mengulang!" Ya, jawapan yang membuatkan rasa menyesal sebab bertanya dan bertambah-tambah debaran dan segala macam rasa. Guru kelas Ayah menghulurkan slip peperiksaan,  seakan-akan dilipat dan Ayah mengambilnya tanpa membuka lipatan dan terus melangkah menuruni tangga astaka.
            Walau bagaimanapun debarannya, walau bagaimanapun rasanya, walau bagaimanapun keputusannya, mahu tidak mahu, keputusan akan berada di dalam genggaman. Insya-Allah, rezeki sentiasa akan ada untuk kita selagi mana kita berusaha. Moga maju jaya, Usaha Jaya dan terus Hidup Berjasa!

Ayah Meneruskan CeritaWhere stories live. Discover now