Agnes melarikan hujung hidungnya yang runcing dan punya jeragat halus itu ke sisi leher Maria. Menghidu wangian tubuh dan minyak wangi yang di pakai gadis itu. Sesekali dia akan menciumnya lembut.
Maria mendesah perlahan sambil meramas geram tengkuk Agnes. Kadang-kala dia akan mengekek kecil kegelian. "Stop it!" Dia merentap halus rambut belakang Agnes.
Mata mereka bertaut lama. Membaca setiap kisah di sebalik kaca mata iris masing-masing.
Warna anak mata Agnes sering membuat Maria hilang dalam kecantikan tona kuning keemasan itu. Jarang-jarang manusia di muka bumi ini ada warna mata seperti itu. Sangat cantik dan memukau. Mungkin itu juga salah satu sebab kenapa Maria boleh jatuh cinta dengan Agnes.
"Can you remind me again how the fuck you make me fall for you?" Agnes merengus geram. "It's like a dream."
Maria memegang kedua pipi gadis itu yang sejuk. "Well, the story begins when you suddenly kiss me." Terus dia mengucup bibir Agnes dengan rasa renjana. "Like this..." Lalu mencium bibir bawah Agnes pula.
Kedua mereka hanyut dalam dunia mereka malam itu.
Malam di bandar Lyon kala itu sejuknya bukan kepalang. Memandangkan kini mereka dalam musim dingin. Tidak lama lagi satu negara itu akan menyambut perayaan krismas. Namun sebelum itu, ada perkaran lain juga perlu mereka sambut.
Kedua-dua gadis itu ketawa kecil. Membetulkan rambut dan baju seluar masing-masing lantas, turun dari katil. Agnes ke tandas manakala Maria ke tengah ruang bilik. Besar biliknya. Suasana bilik itu seperti sebuah bilik Zaman Victorian dengan segala perabot dan barang perhiasannya memang klasik dan vintaj. Di tengah-tengah bilik itu terdapat satu sofa kulit empuk bertona merah gelap dengan sehelai karpet bulu putih yang tertebar menampakkan bentuknya seperti seekor beruang yang besar. Di sisi sofa itu terletak sebuah meja empat segi sederhana besar. Terdapat beberapa botol wain merah dan sebotol minuman keras entah apa jenama.
Di tuangnya wain merah ke dalam gelas separuh penuh lalu di teguknya perlahan.
Pendiangan api yang tidak begitu marak kayu apinya itu menghangatkan sungguh ruang bilik. Malam yang kelam itu dan kian larut pula seakan menyeru matanya untuk lena. Namun dia masih belum mengantuk. Kalau boleh, dia tidak mahu malam itu berakhir. Dia mahu menghabiskan masanya dengan gadis yang benar-benar dia cintai itu.
"Don't get drunk." Agnes merampas gelas dari tangan Maria lalu menghabiskan wain tersebut kemudian, dia pulang balik gelas kosong itu ke tangan Maria dan baring di atas karpet putih berbulu beruang itu. Lembut dan selesa. Ke dua tangannya disilang ke belakang. Kaki melunjur ke depan juga disilangkan. Agnes baring berbantalkan lengannya sendiri sambil melihat ke luar bilik. Kelam sungguh.
Maria menggeleng kepala. "You are the one should not get drunk. You mom will killed me if she's know." Gelas kosong itu di isi lagi lalu di teguknya. Kemudian, dia baring saja di atas sofa sama seperti posisi Agnes. Mereka berdua kelu tidak bersuara, menikmati keindahan malam yang sepi.
Dari posisi mereka berdua terang dan jelas dari bingkai tingkap kaca berbentuk empat segi besar itu dedaun yang luruh ditiup angin kencang. Langit gelap tiada sebarang bintang. Di cermin-cermin pula terdapat wap-wap sejuk yang seakan ingin membeku. Sejuk!
"How come your parents never here?" Tanya Agnes memecah suasana sepi mereka yang entah berapa lama.
Bibir Maria mengherot kiri dan kanan cuba mencari sedikit jawapan. "Entah, they always got things to do."
Memang benar. Rasanya hampir setahun Maria di sana baru dua atau tiga kali saja dia berjumpa kedua orang tuanya. Mereka terlalu sibuk dengan bisnes mereka. Maria pun tidak tahu entah apalagi yang orang tuanya kejarkan. Bukannya mereka ini orang susah sangat. Mereka sekeluarga boleh di katakan selesa hidupnya. Perniagaan yang ada di Malaysia pun sudah dikira mampu memewahkan mereka.
Agnes ketawa kecil. "Entah!" Ajuknya dengan sedikit pelat dan pekat pada huruf 'T'. Dia sudah agak biasa dengan percakapan Maria yang kadang-kadang terselit perkataan bahasanya. Malah dia juga sudah tahu beberapa perkataan Bahasa Malaysia yang mudah. "Don't you missed them?"
Missed? Hakikatnya, dia sendiri lupa apa rasa rindu pada Mama dan Papa. Dia juga sudah lupa apa rasa rindu pada abang-abangnya. Dia sebagai yang bongsu tidak pernah rapat dengan abang-abangnya. Mungkin kerana dia seorang perempuan dan manja. Well, anak bongsu mana yang tidak manja bukan? Tidaklah semua, tetapi majoriti kan?
Maria mengeluh. "Honestly, I don't know. Sort of, I guess."
Agnes mengetap bibir. Matanya memandang ke lampu chandeliar yang tergantung megah di atas kepalanya. Dia seakan ingin mengira setiap biji kristal yang ada tetapi semestinya mustahil. Terlalu banyak.
"I envy you."Katanya tiba-tiba.
"Why?"
Agnes memalingkan mukanya ke arah Maria yang masih melihat ke luar tingkap. Dia mengamati lama sisi wajah Maria. Dalam hatinya memuji-muji kecantikan Maria. Mungkin tidak secantik mana-mana tipikal gadis di Perancis, tetapi gadis asia itu punya fitur yang sedikit eksotik. Suis-je en train de tomber amoureux d'elle? (Am I falling for her?).
Dia menelan kelat air liurnya sendiri. Sesak dadanya tiba-tiba. Hampir setahun dia bersama Maria, sejujurnya gadis itu sangat baik, lurus. Terlalu mudah dipermainkan, kiranya. Malah, hubungan dia dan Maria sebenarnya telah dirancang abangnya. Agnes mengeluh berat. Buntu terus bila difikir balik rancangan abangnya. Sepatutnya, semua patut berakhir beberapa bulan yang lepas. Tetapi, Agnes tidak tergamak ingin melakukannya.
"I love you." Luahnya tiba-tiba. Terkedu. Malah dia sendiri terkejut dengan perkataan itu.
Maria menoleh ke arah Agnes dengan muka tidak percaya. Dahinya berkerut seribu. "What!" Dia duduk pula. "What did you say?"
Agnes segera bangun dari baringnya. Dia berjalan ke arah meja di sebelah sofa dan menuang alkohol pula. Tidak banyak lalu di teguknya. Dia masih tidak percaya dengan apa dia katakan tadi. Tidak dirancang langsung. Honest from my heart!
Tangan gadis itu dipegang lembut. "Tu m'aimes?" Dia merenung wajah Agnes yang kemerah-merahan. Malu mungkin. Makin erat dia menggenggam pergelangan tangan Agnes.
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...