𓍢ִ໋🌷————🎀
𝙍𝙪𝙙𝙮 worried“kenapa dengan muka awak tu?” rudy hanya memandangnya sebelum menyambut lollipop tersebut
“tak ada apa-apa lah” balasnya pendek
“awak...gaduh ke? tadi saya ada nampak juga sekumpulan budak lalu sebelum saya nak gerak ke sini” ujar iman lagi. rudy akhirnya mengangguk
“tah ape yang diorang cari pon aku tak tau” rudy memasukkan lollipop tersebut ke dalam mulutnya, hanya menatap ke arah langit
“oh ya, aku nak tanya. tangan kau tu kenapa?” soal rudy sambil menundingkan jarinya ke arah pergelangan tangan iman
reflek, iman menarik lengan bajunya untuk menutup bahagian tangannya itu
“tak ada..apa-apa” rudy tau iman menipu. luka tersebut agak teruk jika hendak dibandingkan dengan rudy—yang baru je kene tumbuk
“tunggu jap” rudy bangun, berjalan ke arah meja usang yang terletak tidak jauh dari situ
iman hanya melihat dari jauh. rudy mengeluarkan sesuatu dari begnya kemudian menuju kembali ke arahnya
“tangan kau, bak sini” iman hanya memandangnya pelik, meminta penjelasan
“sini aku tengok, kalau teruk nanti bahaya pulak” ujarnya lagi
iman dengan perlahan menarik lengan bajunya, menampakkan pergelangan tangannya yang melecet teruk
“macam mana boleh teruk sampai macam ni? kau masak ape?” soal rudy, sambil membersihkan kesan luka tersebut
“tak de lah.. kemalangan kecik je” balasnya
rudy hanya mengeluh kecil sebelum kembali fokus kepada luka tersebut
“okehh..dah siap” ujarnya sambil tersenyum bangga
iman hanya melihat tangannya tanpa sebarang reaksi, sebelum berkata
“terima kasih, awak” sambil tersenyum kecil
“hmm. eh, dah malam sangat ni. kau pi balik sana” ujarnya sambil mengisyaratkan tanganya, seolah-olah menghalau iman
“oh haah lah. kalau macam tu, saya pergi dulu” iman kemudiannya turun dari tembok tersebut dan bergerak menuju ke arah di mana ray berada
“babai ray sayangg” ujarnya sambil mengusap dagu ray
rudy hanya memerhatikan susuk perempuan tersebut sebelum dia hilang dari pandangannya
☆
𓍢ִ໋🍥————💌
𝙄𝙢𝙖𝙣 01:45 pmtibanya masa untuk para pelajar pulang ke rumah. dan seperti biasa, iman akan ditahan terlebih dahulu oleh geng-geng sarah
“ey perempuan, aku cakap buatkan kan kerja aku ni? ape susah sangat hah?!” jerkah luna
iman hanya mendiamkan diri. dia tidak mahu membuat kerja sekolah luna tapi jika dia melawan, dia akan dipukul lagi
“kau pekak ke ape?! jawablah” ujar vie sambil menarik tudung iman ke belakang
iman masih lagi mendiamkan diri, menahan sakit. vie menariknya dengan agak kuat kali ini
“last aku cakap, kau nak buat ke tak nak?” soal Sarah, mengarahkan buku tersebut ke muka iman
iman hanya mengangguk lemah kerana tangan vie masih lagi menarik tudungnya
“bagus, make sure ade kat loker kitorang pagi besok. kitorang ada sejarah masa pertama so jangan lambat, faham?” ujar sarah dengan nada yang lembut
“f-faham..” vie kemudiannya melepaskan tudung iman sebelum turut beredar, mengikuti sarah dan luna
iman terduduk, dalam keadaan kepala yang pening. hujung bibirnya berdarah kerana ditampar oleh sarah tadi
air matanya kembali berlinangan, sambil tangannya memungut buku-buku sarah dan barangnya
perlahan-lahan dia melangkah keluar dari pagar sekolah, dalam keadaan lemah
tanpa dia sedari, ada yang sedang memerhatikan dia dari jauh
dan melihat apa yang jadi pada dirinya sebentar tadi
☆
seusai mandi, iman terus mengeringkan rambutnya sambil berjalan menuju ke dapur untuk mengambil peti kecemasan
dia pun mengubati lukanya dan duduk termenung di atas sofa
now,kerja sekolah sarah...
dia memerhatikan longgokan buku di depannya sambil mengeluh kecil
𓍢ִ໋🌷————🎀
𝙍𝙪𝙙𝙮 07:30 pmasap rokok dihembuskan melalui mulutnya. hari ni tak banyak pinggan mangkuk yang dia perlu cuci jadi dia boleh 'lepak' kejap-di belakang kedai
ah, makanan ray belum beli..
mengeluh kecil, kemudian dia melangkah masuk kembali ke dapur apabila melihat pekerja menghantar pinggan ke dalam besen
☆
keluar sahaja dari kedai haiwan tersebut, dia terserempak dengan sekumpulan yang dia kenal, sedang mengelilingi seseorang di lorong kedai
“ey, jangan takut cik adik. dengan abang senang je, adik ikut je abang eh? kite have fun” ujarnya. rudy amat kenal suara zarel, ketua kumpulan tersebut
sebelum dia melangkah pergi, dia sempat memandang kembali ke arah lorong, tapi apa yang dia nampak amat mengejutkan
iman?! ape diorang nak dengan iman?!
_________________
(。•́︿•̀。)ampunn, lama menghilang walaupun aku tau xde sape yg bace lol
YOU ARE READING
𝙇𝙤𝙡𝙡𝙞𝙥𝙤𝙥 ; 𝙍𝙪𝙙𝙮 𝙭 𝙄𝙢𝙖𝙣
Short Story❝ 𝐓𝐫𝐮𝐬𝐭 𝐦𝐞, 𝐈'𝐥𝐥 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭 𝐲𝐨𝐮 ❞-𝐑 ❝ 𝐒𝐨, 𝐬𝐭𝐨𝐩 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐝𝐞𝐚𝐭𝐡 𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐭𝐚𝐲 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐦𝐞 ❞-𝐈 ejen ali 𓍢ִ໋🌷͙֒ 𝙍𝙪𝙙𝙮 𝙭 𝙄𝙢𝙖𝙣 ©cahayaarcelia | 2023 ⚠ slow update !