𝐴𝑙𝑎𝑛𝑎 𝐶𝑎𝑙𝑙𝑎𝑔ℎ𝑎𝑛 |1

47 4 2
                                    

"ESOK awak dah boleh mula kerja ya. Saya harap awak dah faham tentang skop kerja." Alana mengangguk laju. Tekun betul dia mendengar skop kerja yang dinyatakan oleh bakal majikannya. Nak jadi pekerja yang hebat bukan.

"Bagus. Jangan hampakan saya Alana. Saya tak suka bila ada pekerja yang bersikap sambalewa sahaja. Walaupun ini hanya kedai bunga biasa."

"Saya faham Puan Hera. Puan jangan risau, saya akan bekerja dengan baik." Bersungguh-sungguh dia menyakinkan Hera Haven.

Hera tersenyum. Gadis yang penuh keyakinan. Dia suka.

"Esok jam 7 pagi awak harus berada di kedai bunga. Tak boleh lewat."

" Baik Puan Hera. Saya pulang dulu. Terima kasih sudi terima saya bekerja." Dia menunduk sedikit tubuh.

Keluar sahaja, Alana tersenyum senang. Akhirnya setelah sekian lama dia mencari kerja dapat juga bekerja di kedai bunga milik Hera. Tak sabar rasanya untuk merasa hari pertama bekerja. Dia tak pernah bekerja. Mama dengan papa melarang sungguh-sungguh bila dia kata nak kerja. Tak tahulah kenapa.

Dia dah 20 tahun. Takkan nak harapkan mama dengan papa lagi. Tak boleh. Dia kena juga usaha sendiri nak cari duit. Sekarang ni semua barang dah mahal. Inflasi. Jadi dia memujuk papa dengan mama untuk benarkan dia bekerja.

Ingat senang ke? Tak langsung. Hampir seminggu juga dia kena pujuk mereka.

Lepas sahaja dia tamat sekolah menengah tinggi ketika umur 18 tahun, dia memang berada di rumah saja. Rasa seperti burung dalam sangkar emas. Terkurung. Kata papa untuk keselamatan dia. Huh?

Dia tak rasa dia diancam. Dekat sekolah pun dia tak dibenci oleh sesiapa. Tak ada yang berkata buruk tentang dia. Jadi alasan untuk keselamatan dia sangatlah tak masuk akal.

Atau papa dengan mama ada sembunyikan sesuatu dari dia? Tak mungkin. Papa dengan mama takkan buat macam tu.

"Okay you have to stop thinking about this Alana." Dia menarik nafas panjang dan dihembus. Menenangkan diri.

Alana singgah sekejap di bakeri. Adelia meminta untuk dibelikan beberapa buku roti. Masuk sahaja ke dalam bakeri,dia disaji kan dengan pandangan yang membuatkan dia terkejut.

Apa ni? Dalam bakeri pun boleh juga ya.

Didepannya sekarang sepasang kekasih sedang tenggelam dengan ciuman yang Alana boleh simpulkan...

Rakus. Penuh dominan.

Nak sahaja dia keluar tapi takkan dia tak tunaikan permintaan mama.

"hello?"

Dengar saja ada suara manusia lain dalam bakeri pantas pasangan dengan aksi panas itu saling menolak tubuh menjauh. Alana tarik senyuman sinis. Rasakan. Nak sangat bercumbuan. Ni bakeri bukan bilik.

"Errr welcome to Sweet Cinnamon bakery." Wajah serba salah wanita di hadapan nya di tatap. Wanita itu mengemaskan pakaian yang sedikit berantakan. Lelaki itu pula sudah ke belakang. Mungkin malu perbuatan mereka tertangkap oleh Alana.

Alana memilih beberapa buku roti. Sempat juga dia mencapai bun coklat. Tak boleh renggang dengan yang namanya coklat. Mestilah.

Dia membawa roti dan bun membawa ke kaunter. Alana perasan sesuatu. Kesan gincu yang comot di bibir wanita itu. Ganas sangat ciuman mereka ya.

"Miss, bibir awak" Alana menunjuk ke arah bibir wanita yang dikenali sebagai Amanda. Amanda laju mengambil telefon dalam kocek apron. Dia menatap wajah di skrin telefon. Membersihkan kesan gincu. Alana hanya menjadi pemerhati.

CALLAGHAN : HIS SOULMATE | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now