ATHALIA senyum nipis tatkala kini dia berada di perkarangan rumah Puan Sri Zara. Rasa kekok secara tiba tiba mula menerpa diri.
Nafas dihela perlahan
Kaki diatur ke pintu gerbang rumah mewah itu. Sedari tadi nafasnya terasa sesak. Gementar barangkali
Button loceng ditekan
Tatkala menunggu pintu dibuka, Athalia membetulkan awning tudungnya. Plain shawl yang dipandankan dengan abaya labuh.
Itulah pakaian setiap kali dia bertandang ke rumah sesiapa sahaja dan boleh dikatakan itulah pakaian kegemarannya. Nampak sopan dan sedap mata memandang.
Athalia senyum manis tatkala melihat pintu sudah dibuka. Terjengul wajah tampan Raja Jayde Qayyum. Abang kepada Jasmine Qaysarah.
Jayden ukir senyuman manis tatkala mata tersorot pada gadis cantik dihadapannya itu. Sejak dia tahu Athalia diundang ke rumah mereka. Apalagi, dia lah yang terpaling bahagia.
“ Assalamualaikum ”. Sapa Athalia senada
“ Waalaikumussalam, eh Thalia! Jemput masuk ”. Pelawa Jayden. Pintu dibuka seluasnya untuk memudahkan Athalia masuk. Sempat dia berganjak sedikit untuk memberi ruang pada gadis itu masuk.
“ Siapa datang alon-...
Eh dah sampai anak umi..... Ya Allah, rindunya umi dengan anak umi sorang ni ! ”. Ujar Puan Sri Zara yang baru saja tiba dari dapur itu.
Athalia senyum manis. Ya Allah sungguh layanan Puan Sri Zara buatkan dia rindu pada keluarganya. Sebak ditahan dan ditukarkan dengan sekulum senyuman.
Puan Sri Zara dakap tubuh Athalia. Erat! Sungguh dia rindukan seorang Athalia. Sejak dia keluar hospital dua hari yang lalu, mereka sudah tidak bertemu. Namun hari ini dia meminta Athalia datang ke rumah untuk makan tengah hari bersama.
Dan kebetulan pula ada anak anaknya dirumah. Dan paling penting ada tetamu istimewa yang mahu bertemu dengan Athalia.
“ Assalamualaikum umi, umi sihat ? ”. Ujar Athalia lembut
Puan Sri Zara koyak senyum. Sedikit sebanyak rasa rindu mula menghilang tatkala melihat gerangan yang dirindui sudah ada depan mata. Dia sudah menganggap Athalia seperti anaknya sendiri. Penerimaan anak anak dan suaminya pula sangat positif. Tiada bantahan dari mereka, mungkin juga kerana kesian akan nasib Athalia.
“ Waalaikumussalam, umi sihat sayang. Ni Thalia sihat tak ni, susut je badan umi tengok, dengan muka cengkung. Thalia Okay ke sayang ? Hmm ? ”. Soal Puan Sri Zara lembut.
Dia ingatkan lepas keluar hospital Athalia sudah move on. Yelah sebab waktu di hospital dulu Athalia sudah ketawa, happy, makan pun boleh tahan banyak. Tapi kenapa dia tengok makin susut pula badan Athalia, muka cengkung. Perasaan risau mula menguasai diri Puan Sri Zara. Jangan Athalia berlakon kuat sudah. Bahaya, nanti dia terkena tekanan. Sudahlah tinggal sorang sorang.
“ Alhamdulillah Ziv sihat umi cuma Ziv takde selera makan je. Umi janganlah risau, Ziv okay ! ”. Balas Athalia sambil memaut kedua tangan wanita berusia itu.
Puan Sri Zara koyak senyum palsu. Dia tahu Athalia menipu. Hmm, entah macam mana nak sembuhkan hati gadis baik ini.
“ Okay lah kalau macam tu. Thalia duduk dulu, borak dengan Jayden ke apa ke, Jas dekat atas lagi kejap lagi turun lah budak tu. Umi pergi dapur kejap ”. Ujar Puan Sri Zara.
“ errrr umi Ziv seganlah.... Ziv teman umi pergi dapur lah. Boleh tolong umi masak sekali ”. Ujar Athalia perlahan. Tidak mahu didengari oleh Jayden yang sedari tadi melihat dia dengan Puan Sri Zara berbual.
YOU ARE READING
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS
Romance2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati dengan dirinya. Tidak pernah terfikir dek akal waras untuk berkahwin kerana dia gila kerja, namun untuk...