Satu

60 0 0
                                    

                        

     Tyara memerhati Izzat yang sedang membajak sawah. Senyuman diberi ketika jejaka itu melambai ke arahnya. Muhammad Izzat Haikal, nama yang selalu meniti di bibirnya. Dia terlalu mencintai jejaka ini sejak mereka di bangku sekolah lagi. Bagi Tyara, Izzat seorang yang sangat sempurna. Bukan sahaja kerana wajah tampan yang sempurna, tapi jejaka ini sangat ringan tulang, memiliki sikap sopan santun yang tinggi dan yang paling penting, seorang lelaki yang bertanggungjawab.
     "Fikir apa?" soal Izzat menuju ke arah Tyara dengan senyuman manis. "Awak." jawapan sepatah gadis itu membuatnya tertawa kecil. Dia duduk disebelah Tyara yang menuangkan air minuman ke dalam gelas lalu diberikan padanya. "Terima kasih, sayang." ucap Izzat menyambut pemberiannya lalu meneguk habis minuman itu.l sehingga habis.
     "Ingat fikir pasal surat tawaran tu." ujar Izzat tiba-tiba. Tyara tersenyum. "Kan saya dah cakap.. saya tak nak sambung belajar lagi. Lagi pun, dah lambat lah awak.. umur saya pun dah berapa.." jelasnya. "Alaa, lewat 4 tahun jea pun.. ni jea peluang yang awak ada.. perkara yang paling awak tunggu-tunggu, impian awak." bicara Izzat memandang Tyara yang masih membuang pandangan ke bendang.
     "Impian saya?" Tyara tersenyum sinis. "Impian saya.. ni." Gadis itu mengangkat tangannya untuk menunjukkan jari manisnya yang sudah tersarung cincin emas. "Awak." sambungnya. Izzat tersenyum. Jemari Tyara digapainya lalu di genggam. "Saya tahu. Dan impian saya.. adalah nak tengok awak menggenggam ijazah." ucapnya kedengaran ikhlas sekali. Jejaka itu menarik nafas perlahan lalu menyambung bicara. "Tyara.. saya dah kenal awak sejak kita kat bangku sekolah tau.. awak seorang yang sangat suka belajar.. sebab tu, awak seorang yang pandai.. dan saya tahu. Impian awak untuk melanjutkan pelajaran, menggenggam ijazah.. saya tak nak.. cincin yang tersarung dekat jari manis awak sekarang menjadi penghalang untuk awak mencapai apa yang awak impikan." ucapnya. Tyara menatap Izzat lama. Sudah hampir seminggu topik ini menjadi perbahasan mereka.
    "Napa awak nak sangat saya terima tawaran tu? Awak.. nak sangat saya keluar dari kampung ni? Napa?" soal Tyara seakan merajuk. Izzat tertawa. Kecomelan gadis ini terserlah apabila merajuk. "Sebab walau awak cuba nafikan.. saya tahu ni impian awak.. Dan yang paling penting, sebab saya sayang awak.." jawabnya.
     "Dah la.. saya balik dulu.." Tyara menjeling kasar tanda tidak berpuas hati dengan jawapan Encik Tunang. "Tyara.." panggil Izzat pada gadis yang sudah mula melangkah meninggalkannya itu. "Huhh, bertekak lah lagi tu.." sampuk Abu dari jauh. Mereka serentak memandangnya. Tyara hanya menjeling lalu meneruskan langkahnya. Izzat pula pastinya hanya tertawa seperti biasanya. "Ehh, sini la.. Makan dulu.." panggilnya sedikit terjerit pada Abu yang tersengih melihat reaksi Tyara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Takdir Yang Memilih DiaWhere stories live. Discover now