Hilang

2 0 0
                                    

Sekolah? Rumah? Ibu bapa? Cikgu? Kawan-kawan? Tiada. Tiada dalam hidup aku seperti itu. Dihadapanku hanyalah sebuah dinding yang bermotifkan warna hitam sahaja. Tiada sebarang cahaya dalam hidup aku. Dengan kata lain hanya kegelapan sahaja yang terjadi dalam hidup aku. Aku tak perlukan sesiapa menjadi teman hidup aku dan tiada siapa perlukan aku dalam hidup mereka. Aku cuma berharap aku tiada lagi dalam dunia ini.

>>>>><<<<<


"NUR AISYAH ANISSA! Keputusan peperiksaan awak sangat teruk kali ini, saya sangat kecewa dengan kamu." Suara cikgu Khairil bergema satu kelas disebabkan keadaan yang sunyi. "Awak ingat saya ajar awak untuk gagal sahaja? Awak seorang sahaja yang gagal dalam kelas ini. Jangan jadi nila setitik merosakkan susu sebelanga wahai Anissa." Cikgu Khairil menggeleng kepala dengan riak muka kecewa. "Awak nak tahu tak pengetua akan menyoal saya tentang awak, saya dah muak bercerita tentang awak sahaja pada pengetua."
Aku menjadi malu dek kerana rakan kelas yang memerhati aku. Aku hanya menunduk ke bawah dan menitiskan air mata. Rembesan air mata membasahi muka aku yang putih ini. Cikgu Khairil menghempas kertas peperiksaan aku dengan kuat di lantai. Aku mengutip kertas aku dan terus menuju ke tempat duduk aku tanpa menoleh ke kiri dan kanan aku. Aku menekup muka aku supaya aku dapat menangis sepuasnya.

Waktu rehat...

"Nissa, kau ok ke tak?" Soal Tania iaitu rakan kelas aku yang rapat dengan aku.
"Aku ok, jangan risau." Aku hanya ingin menyedapkan hati Tania. Riak muka aku tenang sahaja supaya tidak merisaukan Tania.
"Aku harap kau sabar, cikgu Khairil memang macam tu tapi dia sayang dekat anak murid dia. Mana ada cikgu yang nak murid dia gagal, mesti dia nak tengok kau berjaya juga." Tania menasihat aku sambil tersenyum.
Aku hanya mengangguk sahaja.

>>>>><<<<<

Di rumah...

Aku masuk ke dalam perkarangan rumah . Aku disambut baik oleh orang gaji rumah aku. Aku senyum ramah kepadanya.
"Selamat pulang cik Nissa, cik Nissa sudah makan atau belum?" Aku hanya mengangguk walau hakikatnya aku tidak mengisi perut aku dari pagi tadi. Aku berjalan menuju ke bilik dengan menaiki tangga. Ketika menapak anak tangga, mama dan papa aku muncul dengan riah wajah menunjukkan kemarahan.
"Anissa, ada sesuatu yang kamu mahu beritahu mama dan papa?" Mama silangkan tangannya. Aku menggeleng.

"Beritahu mama perkara yang sebenar Nur Aisyah Anissa." Nada mama agak menaik. Aku tetap menggeleng.
'PANGGG' Mama memberikan satu tamparan kuat pada aku. Aku memegang pipi aku yang mula memerah.

"Mama tak pernah ajar anak mama menipu. Dah tak pandai penipu lagi, mama tak pernah ajar kamu macam ni. Mama kecewa sangat dengan kamu. Abang kamu lagi bagus dibanding dengan kamu, tak pernah gagal dalam setiap peperiksaan. Kamu hanya memburukkan nama keluarga kita sahaja. Tak pernah nak banggakan kami. " Mama meninggikan suaranya.

"Menyesal mama lahirkan kamu, langsung tak berguna pada mama dengan papa. Mama penat didik kamu dari kecil, ini yang kamu balas pada mama. Lepas ini apa-apa jangan minta pada mama." Kesabaran mamanya sudah berada di tahap maksimum.
Selang beberapa saat abang aku menghampiri aku.

"Mama kenapa marah-marah ni?" Abang aku menyoal hairan.

"Tanya adik kamu yang tak guna ni."

"Mama sabar ye, jangan marah adik macam ni. Adik tak salah mama, abang yang salah sebab tak ajar adik. Abang minta maaf pada mama sebab tak jalankan tanggungjawab sebagai abang yang baik." Abang cuba mempertahankan aku.

HilangWhere stories live. Discover now