Kawasan gudang yang telah lama di tinggal terbiar itu bergema dengan bunyi tembakan. Hampir sejam bunyi berbalas tembakan bergema kuat di dalam gudang itu sebelum semuanya menjadi senyap untuk seketika. Puluhan mayat terbaring bergelimpanagn terbaring kaku di tengah medan pertempuran. Puluhan orang yang kehilangan nyawa akibat pertempuran dua pihak itu.
Bang! Headshot. Satu lagi yang juga merupakan anak buah musuh sudah tumpas. Hanya menyisakan beberapa sahaja lagi yang tinggal.
Can kembali bersembunyi di sebalik tong yang dia gunakan sebagai tempat berlindung. Bahunya yang terkena tembakan musuh terasa berdenyut sakit. Darah segar yang banyak mengalir keluar itu tak henti-henti membasahi baju lengan pendek hitamnya.
Keadaan semakin kacau apabila anak buahnya sudah separuh yang tumpas di tangan musuh. Manakala pihak musuh masih lagi berbaki beberapa orang. Musuhnya kali ini boleh tahan kuasanya. Ini semua berpunca dari perebutan tapak yang sudah jelas milik Can Deniz namun disangkal oleh pihak musuh.
Can cuba menghubungi seseorang yang terhubung dengan earpice yang di selit pada telinganya.
Dia curiga dengan kehilangan Erhan. Lelaki itu bertanggungjawab sebagai sniper kumpulannya. Dan sepatutnya sekarang dia menjalankan tugas untuk menyelesaikan musuh dari jarak jauh. Namun kini mengapa makah anak buahnya yang kehilangan nyawa.mujur dia sempat mengarahkan beberapa yang masih tersisa untuk segera kelua dari situ.
"Erhan!" Dia memanggil keras nama Erhan menggunakan earpiece itu.
"....... Can" Erhan yang saat itu sedang bergelut dengan musuh yang tiba-tiba menyerang ketika dia mahu membuat kerjanya membalas.(I'm sorry Can)
Jelas Can Deniz mendengar suara lelaki itu dan bunyi sedang berbalas tumbukan. Terang memberitahunya tentang keadaan lelaki itu yang juga dalam keadaan bermasalah. Dia yakin musuhnya sudah dapat mengagak tindakannya sehingga rancangannya malam ini boleh dikatakan semuanya hancur di kacau.
Bang! Bunyi tembakan bergema. Can kerut dahi. Memikirkan masih adakah anak buahnya yang tidak sempat melarikan diri. Can intai dari tepi tempatnya bersembunyi. Dan ya, anak buahnya baru sahaja di tembak. Can berdecit kasar, sudah di arahkan untuk selamatkan diri tapi masih lagi degil.
Can kuatkan tubuh untuk bangun. Kalau sudah begini keadaanya, maka dia perlu selesaikannya segera. Memikirkan keadaan rakanya, Gokhan yang tercedera dan sudah lemah itu.
Gokhan yang melihat Can Deniz cuba untuk bangun itu terus menyeru lelaki yang merupakan sahabatnya itu. "Can..."
Dia gelengkan kepalanya untuk menghalang lelaki itu dari meneruskan niatnya.
Can mengendahkan gelengan Gokhan itu. Matanya tajam melihat musuhnya yang masih hidup itu. Sakit akibat luka di tubuhnya di abaikan. Keluarnya Can dari tempat persembunyian itu terus membuat si musuh menyeringai suka.
"Akhirnya kau keluar juga, Can. Hampir sahaja aku mahu arahkan anak buah aku untuk heret kau keluar. Bagus. Nampaknya aku tak perlu susahkan mereka. Lagipula, aku ingatkan kau kau sudah bertukar menjadi pengecut kerana bersembunyi seperti tikus. Kata lelaki yang berambut keriting bewarna emas itu.
Bahunga dibuat senget dan tangan sebelah lagi naik memegang bahu yang jatuh itu untuk mengejek keadaan Can. Sementara itu Can hanya bereaksi dengan melepaskan ludahnya ke lantai gudang itu.
Dia memandang ke arah anak buah musuh yang masih berbaki lagi dua orang itu. Masing-masing kelihatan gah mengacu pistol ke arahnya. Can bersedia dengan pistol yang setia di tangannya sejak awal.
Melihat pistol di tangan Can Deniz, si keriting yang merupakan ketua musuh itu terus mengisyaratkan Can untuk menjatuhkan pistolnya ke bawah. Can menolak pipi di dalam mulutnya dengan lidah. Senyum sinis terbias di wajah itu. Tangannya menaikan pistol di tangan ke sisi separas telinga dan
Klik. Ting..
Dua tiga butir peluru jatuh ke atas lantai dan kemudiannya Can melepaskan pistol yang sudah kosong itu ke bawah.
Si keriting itu tertawa suka dengan lagak mengejek akan keadaan Can yang baginya menyedihkan itu. Kepalanya bergerak memberi arahan kepada anak buahnya untuk segera menghabiskan lelaki lemah di hadapannya ini.
Faham dengan arahan ketua mereka bertiga kemudiannya bergerak mendekati Can. Salah seorang daripada mereka merentap tubuh Can.
Tanpa mereka sedar Can Deniz yang tertunduk itu sedang tersenyum sinis. Sebelum sesuatu menitidi bibirnya.
"Bodoh" Dalam sesaat lelaki yang memegangya itu berada dalam genggamannya. Pistol di tangan lelaki itu laju di arah kepada dua lagi rakannya. Belom sempat mereka mahu menghala pistol ke arah tawanan mereka itu..
Bang!... satu
Bang!... dua
Laju peluru pistol itu menusuk ke jantung masing-masing.
Tanpa membuang masa pistol di tangannya yang dikawal oleh Can Deniz di hala ke kepalanya sendiri dan..
Bang!.. terbeliak mata lelaki itu.
Si keriting yang melihat anak buahnya yang sudah tumpas tak sampai sesaat terus terundur selangkah ke belakang. Tangannya menghalakan pistol ke arah Can Deniz. Lelaki itu terus meludah ke lantai, senyum sinis kembali meniti di bibirnya.
Ditembak pada bahagian lengan si keriting dan membuatkan pistol yang tadi di genggam kemas akhirnya jatuh. Perlahan Can Deniz bergerak ke arah si keriting. Lelaki itu terundur beberapa tapak ke belakang melihat Can Deniz yang makin ke arahnya. Rambut lelaki itu digenggam dan di tarik supaya memandang wajahnya,
Muncung pistol di letak di bawah rahang lelaki itu. Si keriting meronta kuat. Terus Can Deniz menyepak lutut lelaki itu dan membuatnya jatuh melutut di bawah.
"Lain kali, kalau belum empuk jangan cuba-cuba cari pasal dengan aku" Can Deniz bisik ditepi telinga lelaki itu. Dan...
Bang
Si keriting rebah tanpa sempat melawan. Yang tadinya gagah ketawa menang akhirnya kini kaku di tengah gudang.
Can Deniz rebah di tengah gudang itu, matanya mulai kabur. Matanya berkelip lemah. Telinganya berdesing seolah mendengar seseorang memanggil namanya. Akhirnya Can Deniz memejamkan matanya.
YOU ARE READING
𝐒𝐄𝐋𝐘𝐍 𝐂𝐀𝐍 | [𝐎𝐆]
RomancePertemuan pertama : 𝐓𝐑𝐀𝐅𝐅𝐈𝐂 𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 Tanpa di sedari takdir mempertemukan mereka di kawasan itu. pertemuan kedua : 𝐁𝐎𝐙𝐎𝐊 𝐋𝐄𝐆𝐀𝐂𝐈𝐄𝐒 Mereka di pertemukan sekali lagi. Namun kali ini atas aturan Can Deniz "𝑨𝒌𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒅𝒊𝒂. 𝑳...