Jesse dan April tiba di pangkalan kapal terbang. Pada masa yang sama, tiga buah kapal perang sudah pun berlepas di udara. Jesse segera keluar dari kereta dan memandang ketiga-tiga kapal perang tersebut menghilang di sebalik awan.
Jesse memandang kapal-kapal tersebut dengan wajah datar. Dia bersimpati dengan penduduk kota yang berada di dalam kapal itu kerana destinasi mereka bukanlah Kota Hanchen. Mereka sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
April juga memandang semua kapal terbang tersebut pergi meninggalkan kawasan tersebut. "It's too late. Kita tidak sempat menghentikan mereka."
"We can't save them if they stay here either. Dalam erti kata lain, kita tidak dapat selamatkan mereka lagi. Kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi," Jesse berkata sambil memulakan langkah kakinya. Dia berharap jika Ace dan yang lain ada di sini.
Pangkalan kapal terbang tersebut masih penuh dengan penduduk kampung walaupun sudah banyak kapal terbang yang berlepas. Dalam keadaan sesak itu, Jesse tetap ingin mencari Ace. Lelaki itu perlu tahu jika menaiki kapal itu tidak akan selamat.
April terpaksa mengejar Jesse di tengah-tengah kerumunan orang ramai. Dia mencuba memanggil nama Jesse beberapa kali supaya Jesse boleh memperlahankan langkahnya namun Jesse sepertinya tidak mahu mendengar.
Saat kumpulan seterusnya disuruh masuk ke dalam kapal terbang, orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam kapal terbang tersebut. Banyak berebut-rebut untuk mendapatkan tempat sehingga menyebabkan tempat itu menjadi semakin huru-hara.
April tidak dapat lagi mengejar Jesse kerana dia tersekat di tengah-tengah kerumunan orang ramai yang mahu masuk ke dalam kapal terbang. Jesse tidak mendengar panggilan dari April kerana suara April tenggelam disebabkan oleh orang ramai yang berteriak-teriak mahu memasuki kapal terbang.
Jesse tidak melihat Ace di mana-mana. Kelibat kawan-kawannya juga tidak kelihatan. Ini membuatkan Jesse merasa tidak sedap hati. 'Tidak mungkin mereka sudah masuk ke dalam kapal dan meninggalkan saya di sini...'
Merasa ada sesuatu yang aneh di tepi bahagian kirinya, Jesse memusingkan kepalanya ke arah tersebut. Tidak jauh dari Jesse, kira-kira 20 meter darinya, ada Whitney yang sedang berdiri sambil tersengih lebar ke arah Jesse.
Wajah Jesse menjadi tegang saat melihat kehadiran Whitney di tempat ini. Dia tidak menyangka yang Whitney masih belum beredar.
Whitney tidak mengatakan apa-apa. Dia sekadar memusingkan badannya ke belakang dan beredar.
"Hey, wait!! WAIT!!" Mahu tidak mahu Jesse harus mengejar Whitney. Kehadiran Whitney di tempat ini bukanlah sesuatu yang baik, malah akan mengundang sesuatu yang buruk berlaku. Jesse harus memastikan yang wanita itu tidak melakukan sesuatu yang berbahaya.
Whitney tetap berjalan tanpa menoleh ke arah Jesse.
Jesse berusaha mengejar Whitney. Dia terpaksa mengelak daripada dilanggar dengan orang-orang yang berlari ke arah yang bertentangan. Disebabkan ini, pergerakannya agak lambat dan Jesse tertinggal jauh di belakang Whitney.
Tempat yang dituju oleh Whitney merupakan sebuah tempat yang kosong dan sunyi. Tiada orang yang berada di sana kerana semua orang sedang sibuk menaiki kapal untuk berpindah. Meskipun tahu berbahaya jika dia masuk ke dalam seorang diri, Jesse tidak mahu kehilangan jejak Whitney lagi.
Tanpa berfikir panjang, Jesse meluru laju ke dalam bangunan tersebut. Dia sudah tidak melihat Whitney di mana-mana.
"Sh*t!" Satu perkataan kasar keluar dari mulutnya saat menyedari yang dia kehilangan jejak Whitney.
Jesse berjalan menuju ke arah lorong kanan, satu-satunya lorong yang terdapat di sana. Dengan berhati-hati dia melangkah di lorong sana. Matanya melilau ke seluruh arah, mahu mencari sebarang kelibat Whitney di kawasan tersebut.
YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
Aventura(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...