Maria membuka matanya perlahan. Entah mengapa terasa berat sungguh kelopak matanya. Pandangannya sedikit kabur tetapi dia tahu yang dia berada di tempat asing. Dia cuba melihat ke kiri dan kanan.. melihat keadaan sekitar ruang itu. Saat itu juga dirasakan seluruh tubuhnya sakit. Dia juga sukar menggerakkan kaki dan tangannya.
"Kat mana?" Dia memejam erat matanya dan membuka kembali. Di ulanginya beberapa kali sehinggalah pandangannya tidak sekabur mula-mula. "Where am I?"
Matanya meliar melihat sekeliling bilik itu. Semuanya dari kayu-kayan. Sedikit berhabuk dan bersawang. Malah lampu juga dari lampu pelita. Dari mata kasarnya seakan dia berada di kabin. Jantungnya berdegup kencang. Menutup erat-erat matanya dalam ketakutan. Badannya sedikit menggigil rasanya. Namun dia tidak pasti kerana seakan seluruh tubuhnya kaku tidak mampu bergerak.
Dia memaksa otaknya untuk cuba ingat kembali apa yang terjadi. Dia mengetap bibir dan seakan mengenggam kedua belah jari-jemarinya. Kebas! Dahinya berkerut seribu dan peluh mula mengalir dari celahan anak rambutnya. Agnes?
Seingatnya, dia dan Agnes keluar makan malam di Les Terrasses de Lyon. Makan malam yang cukup romantik baginya sempena menyambut hari lahirnya yang ke-16. Bukan majlis cliche seperti remaja sebayanya yang lain. Tiada belon. Tiada kek yang bertingkat-tingkat. Malam itu seakan seperti dalam filem-filem romantik Hollywood yang biasa dia tonton. Di mana Sang Arjuna akan berpakaian kemas seperti kot atau tuxedo manakala Sang Chitraganda pula cantik memukau dengan dressnya yang seksi.
Bezanya cuma, Maria dan Agnes sama cantik sama padan dengan dress pendek yang melekap pada tubuh mereka.
Sampai saja di restoran tersebut, suasana agak lengang. Setahu Maria, restoran itu sentiasa penuh memandangkan Les Terrasses de Lyon merupakan antara restoran terbaik dan popular di sana. Malah, pemandangan dari tingkat atasnya yang menyajikan hampir keseluruhan bandar Lyon. Seorang pelayan lelaki menghampiri mereka, menyapa lembut dan terus memimpin mereka berdua ke sebuah meja di bahagian luar. Hanya ada satu meja untuk mereka.
"Babe..."
Mereka duduk bertentangan antara satu sama lain. Anak mata Maria tepat merenung ke dalam anak mata Agnes. "Babe....." Panggilnya lagi. Matanya sedikit berkaca. "This is so nice." Lebar senyuman Maria pada teman wanitanya itu.
Dia membalas senyuman Maria lalu terus menggenggam tangan gadis itu yang sedang menguis-nguis alas meja dengan hujung kuku jari telunjuknya. Erat. Terasa kesejukkan pada tangan Maria hilang saat itu. "Anything for the smiles of the love of my life." Anything! Agnes terus menarik tangan gadis itu dan mengucupnya perlahan.
Di luar restoran itu, hanya mereka berdua. Bertemankan lampu restoran yang samar-samar. Berbingkaikan langit yang tanpa bintang. Angin malam yang menusuk terus ke tulang sum-sum mereka tidak di rasakan ketara memandangkan tubuh mereka berdua di hangatkan dengan wain merah yang entah ke berapa gelasnya dan kot bulu yang tebal membaluti.
Saat mereka sedang galak berbual sambil menikmati steak di depan mata, tiba-tiba terdengar bunyi gesekan biola. Irama itu cukup mereka familiar.
Bon anniversaire, nos vœux les plus sincères
Que ces quelques fleurs vous apportent le bonheur
Que l'année entière vous soit douce et légère
Et que l'an fini, nous soyons tous réunis"Bon Anniversaire !"Agnes berdiri dan terus menyambut jambangan bunga mawar merah dan ungu yang besar dari pelayan lelaki itu. Dia memeluk jambangan tersebut sambil berdiri mengadap Maria yang jelas masih terkejut. "Happy birthday love."
Gesekan biola masih lagi tidak berhenti. Masih irama yang sama. Beberapa orang lelaki dan wanita yang sama-sama menyanyikan lagu selamat harijadi dalam bahasa perancis tadi bertepuk tangan pula. Maria terkesima. Aku mimpi ke ni? Dia memegang pipinya yang panas dan kebas kerana tidak berhenti dari tersenyum.
YOU ARE READING
Hanya Kau Di Hati (GxG)
RomanceBukan senang punyai naluri sebegini. Dua bongsu yang bergelut dengan perasaan sendiri. Apa lagi mahu menjaga pula hati si tua. Batas-batas di hujung dahi saat di basahkan sering menampar gelora hati Dini. Maria hanya mampu membazirkan sisa nafasnya...