Que, I Love You ! (Bab 1)

78 3 0
                                    

Qaisarah menghayun langkah jauh dari wad yang menempatkan ibunya,Pn Aminah.Dia tidak sanggup melihat derita yang ditanggung oleh ibunya.Walaupun pada zahirnya Pn Aminah hanya tersenyum,namun Qaisara tahu pada batinnya ibunya sedang berperang dengan penyakit barah otak yang dihadapinya.

'Ibu,Que tak sanggup nak tengok penderitaan ibu..Ya Allah engkau ringankanlah beban ibuku ya Allah',Qaisarah bermonolog sendiri..Mutiara jernih sudah merembes laju dari tubir matanya.

"Kat sini rupanya Que,puas abang cari tau tak",ujar Qaid Qusyairi.Dia melabuhkan punggung di sebelah adiknya.Letih ! Mana tak nya..dia mencari Qaisarah di seluruh hospital yang agak besar ini.

"Abang,Que rasa Que nak buat kerja part time..",Qaisarah mengemukakan cadangannya.

"Que tau kan abang tak nak dan takkan pernah benarkan Que kerja..abang tau Que sedih sangat tengok keadaan ibu macam tu,tapi percayalah abang dan abah akan usaha jugak untuk dapatkan duit.Abang tak nak susahkan adik abang ni",Qaid membawa aku kedakapannya.Sesungguhnya aku sangat bersyukur mempunyai saudara seperti Qaid.Walaupun kami dilahirkan dalam keluarga yang miskin,Qaid tetap berusaha untuk membahagiakan kami sekeluarga.

"Dah-dah jangan nangis lagi,tak comel dah adik abang ni",usik Qaid sambil mencuit hidungku.Aku hanya mampu menggariskan senyuman yang pahit.

*******

"Dragon,tolonglah bagi aku duit tu..Kau aje yang boleh tolong aku sekarang ni!",Kamarul merayu,dia tidak kisah maruahnya tercalar hanya kerana dia melutut dihadapan Dragon yang merupakan ketua kongsi gelap yang sangat kejam.

"Wow,aku tak sangka yang Kamarul orang yang sangat disegani dulu sekarang ni sedang berlutut macam pengemis di hadapan aku..",Dragon berkata dengan penuh sinis.

"Aku tak kisah lah Dragon kena melutut depan kau.Kau tolong bagi aku duit tu.Isteri aku perlu buat pembedahan tu secepat mungkin tolong lah Dragon",Kalau nak diikutkan aku memang tak nak merayu dengan orang yang keji dengan.Tapi aku terpaksa.Aku buat semua ni demi isteri dan anak-anak aku.Aku cintakan Aminah,aku sayangkan Qaid dan Que.

"Aku dapat apa kalau aku tolong kau hah ?!",bentak Dragon.

"Aku sanggup buat apa je,untuk kau ",Kamarul menuturkan kata-katannya..tanpa memikirkan kesannya.

"Apa-apa je..Okey aku tolong kau tapi dengan syarat..",Dragon tersenyum sini lalu mengarahkan anak buahnya memberikan wang yang berjumlah seratus ribu ringgit kepada Kamarul.

'Ya Allah,aku reda dengan apa yang akan menimpa ku selepas ini..asalkan Aminah kembali pulih semula ya Allah..',Kamarul berlalu setelah mendapatkan wang itu.

*Hye awak semua,:')
Ni merupakan karya pertama saya..Kalau permulaan cerita ni agak membosankan..saya minta maaf sesangat ,,
*Harap anda semua sudi lah #VOTE and #COMMENT :)

Hanya Kerana QAISARAHWhere stories live. Discover now