"ABANG!" panggil Qaira. Satu bilik itu di cari namun bayang-bayang Izrail langsung tidak kelihatan.
Dalam keadaan mamai macam tu pun masih mencari suaminya. Itulah benda paling pertama dia cari setelah bangun daripada tidur.
Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Kemana pula suaminya pergi? Hujung minggu tak akanlah pergi kerja kut? Kalau pergi kerja takkanlah dia tak pakai jam kesayangannya?
Jam tangan milik Izrail berjenama Pasha De Cartier Watch berwarna hitam itu masih elok lagi di letakkan dalam bekasnya.
"Mana pergi laki aku ni eh?"
"Hmm wanginya" Qaira menghidu bau makanan. Masa suami dia tak ada ni pulalah nak lapar. Perutnya sudah berirama. Abang dekat dapur kot. Aku pergi dapurlah!
Dia berjalan keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Dalam keadaan yang mamai kakinya di langkahkan satu persatu. Matanya dibuka sedikit.
"Abang?", panggilnya. Namun tiada sebarang jawapan daripada suaminya itu. Kali ini langkahnya di lajukan bergerak ke arah ruang dapur.
"Sayangg!!!!!", teriak Izrail sebaik sahaja melihat isterinya itu tepat berada di depan matanya. Qaira yang tadinya mamai, kini dirinya berasa segar selepas terdengar teriakkan daripada suaminya itu.
Alangkah terkejutnya apabila melihat yang berada di dapur itu bukan sahaja suaminya seorang malah terdapat lagi sepuluh orang anak buah Izrail turut berada di situ.
Qaira yang hanya mengenakan hoodie pink dan seluar pendek itu segera berlari ke atas.
"Kenapa aku boleh lupaa!", bebel Qaira. Tercungap-cungap dia berlari menuju ke dalam bilik.
Fuhh, matilah aku kena bebel dengan pakcik tua ni satgi. Lebih baik aku mandi dulu naya nanti.
*******
"AKU naik dulu apa-apa nanti aku inform lagi dekat korang tentang ni! Ingat aku tak nak ada seorang pun terlepas pandang hal ni", kata Izrail dengan tegas.
Semua anak buahnya menganggukkan kepalanya tanda memahami. Izrail meninggalkan anak buahnya yang berada di situ.
Aroma bau masakkan yang di hidu oleh Qaira tadi, makanan itu di bawa olehnya ke dalam bilik mereka.
Cikini ke gondang dia,
Ku begini gara-gara dia,
Cikampek TasikMalaya,
Hati capek bila kau tak setiaa..Asekkk!
Jakarta ke Jayapura,
Jangan cinta kalau pura-pura,
Madura sampai papua,
Jangan kau kira ku tak bisaa mend-..."Ab-abang?", tergagap Qaira dibuatnya apabila suaminya itu berdiri tercegat di pintu.
"Seronok eh sampai ada asekkk! Bukan main berdangdut dah sekarang?", perli Izrail lalu menjeling sedikit ke arah isterinya itu.
Dulang makanan itu diletakkan di atas meja yang ada ruangan bilik tidur mereka itu.
"Sikit jaa", jawab Qaira perlahan. Izrail menjeling ke arahnya. Qaira mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Seksi ya keluar tadi ! Siapa izinkan sayang keluar macam tu ? Nak kena hempuk guna batang penyapu ke?"
Qaira terdiam bisu. Ini kali pertama dirinya melihat suaminya itu bertukar menjadi seorang yang tegas.
Logiklah kalau dia marah lagipun siapa suruh guna seluar pendek keluar daripada bilik. Banyak pula mata memandang. Kulit dia tu dahlah putih mulus gebu, memang kenalah kalau Izrail tu marah.
YOU ARE READING
𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]
Romantizm"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan kau pun tak akan dapat dia!"- Cobra . "Selagi aku hidup, nyawa kita berdua juga akan menjadi taruhan. Aku akan buat kau menderita seumur hi...