Mereka berempat masih lagi menikmati Nasi Ayam Pee tetapi tidak dengan Rose, asyik mahu memandang ke arah Sheikh sahaja yang segak bersembang dengan Abang Ipar, eh? sembang dengan Abang nya. Terlebih delulu dah ni Rose oi!. Eisha yang berada di sebelah nya malas mahu melayan perangai Rose. Lantak kau la Rose, pandai-pandai la nanti kau explain dekat Abang kau!
"Kau balik sini bukan sebab kerja ja kan?" Soal Fahim ke arah Sheikh. Dan ada telinga sudah pun memasang siapa lagi kalau bukan Rose. "Yup, aku datang sini bukan sebab kerja tapi aku sambung Phd dekat sini sekali" Terang Sheikh dan dia terus menghirup air Cofee itu
"Seriusly? Oh bagus la. Sambung Phd terus nanti jadi Ceo dekat syarikat Papa kau. Actually, sambung dekat mana?" Soal Fahim sambil memandang ke arah Sheikh. Menanti jawapan dari Sheikh. Sungguh hati nya gembira sebab Sheikh mahu sambung Phd di sini. Fahim? Dia sudah lama habis sementara Sheikh jaga Syarikat di luar negara
"UCSI College " Jawab sheikh dengan ringkas. Fahim menganguk kan kepalanya beberapa kali. tapi kenapa College tu rasa macam familiar sangat? Terbuka terus mata Fahim dan terus memandang ke arah Rose. Secara tiba-tiba dia mendapat satu notis dari otaknya. UCSI? Itu bukan satu College degan adiknya ka?
"Lah. sama dengan kolej adik aku"Ujar Fahim sambil memandang ke arah Rose dan juga Eisha. Mata Rose terus bersinar setelah dengar jejaka di depanya itu akan belajar sekolej dengannya. Lagi senang la kerja dia untuk memikat hati Tengku Sheikh si pujaan hati! Heheh, gatal sikit ja tak banyak pun
"Ouh" Hanya sepatah sahaja Sheikh jawab, langsung tiada kata minat di dalam hati nya. Rose terus mencebik, tak ada perasaan ka apa mamat ni! Rose tengah seronok dan dia acah Cool! Anak tengku memang macam ini ka apa?
"Aku dengar cerita Zafran pun study dekat situ" Uja Fahim dan Rose boleh nampak rahang Sheikh sudah pun bergerak. Matanya semakin sepet, Aik? marah ka dia? tapi sebab apa? Ka sebab takut Zafran tu pikat aku? Eh! delulu ja hidup kau ya Rose!
"I know" Balas Sheikh sepatah, aku boleh rasa sedikit bergetar suara Sheikh. Aku rasa, mesti dia ada masalah dengan Zafran tu. Aku syak ja la, tak nak la ambil point pun. Nanti orang cakap aku lebih-lebih lak
"Abang Sheikh ambil diploma atau degree?" Soal Rose sambil memandang ke arah Sang pujaan Hati. Sedang menanti jawapan dari Sheikh
"Phd" Ujar Sheikh sepatah, Rose terus mencebik kali kedua. takpa-takpa, itu tak boleh membuatkan cik hati terus menerus kejarkan Tengku Sheikh. Tunggu ya Cik Abang, kekasih di sini akan kejar awak sampai dapat. hehe!
"Oooo. Kalau Rose ambil Diploma, Nanti kalau Abang Sheikh dah habis Phd jangan kahwin lagi tau! Tunggu saya habis degree, pastu kita kahwin. Saya akan pastikan keturunan kita akan molek molek macam awak"Ujar Rose sambil mengukir senyuman manis ke arah Sheikh
Tangan besar Fahim sudah pun ketuk kepala sengal Rose. Gatal punya adik! "Miang!" Sindir Fahim dan Rose terus menjeling tajam ke arah Fahim. Biar la! Sheikh hanya menganguk kepala sahaja. Malas mahu melayan budak mentah seperti Rose.
Rose mencebik kali ketiga ke arah Fahim dan sambung memandang ke arah Sheikh yang sedang membetulkan kolar kemeja nya. uish! tergugat iman macam ni! dah la buka butang dua paling atas. Urat tangan lagi, jam warna silver di tangan kanan. Pergh! Idaman!
"Abang sheikh stay sini?" Soal Rose lagi. Sheikh tidak menjawab malah dia hanya mengangukkan kepala sahaja. Aku boleh syak yang jejaka ni, kemungkinan kecil dia bisu. tak cakap tapi hanya angguk dan geleng. dia ingat aku ni pekak ka?
"Abang sheikh dah kahwin ka?" Soal Rose sambil menayang kan gigi putih nya ke arah Sheikh. Entah kenapa, rasa malu nya sudah hilang apabila berhapdan dengan sang pujaan hati! Sheikh berkerut dahi dan terus memandang ke arah Fahim
YOU ARE READING
THE CEO: TENGKU SHEIKH || C { REVAMP }
AcciónBook 1 || In Editing process! 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 Bermula kisah di Antara seorang Jejaka dan juga seorang Gadis Rose Al Husna Mempunyai perasaan Cinta dan suka terhadap seorang Jejaka beku dan sombong! "Hai abang Sheikh" -ROSE...