Selepas habis sahaja kelas English yang di ajarkan oleh Dr. Tasya tadi. Eisha dan Rose terus kemas buku-buku catatan dan juga satu file yang diberi kan oleh Dr. Tasya. Selesai saja Rose rasa semua nya di simpan di dalam beg. Rose sudah pun berlari ke arah pintu. Dia mahu berjumpa dengan pujaan hati! Siapa lagi kalau bukan Tengku Sheikh!
Rose tidak memberitahu tentang sheikh kepada Eisha, takut jikalau Eisha memberithu hal ini kepada Fahim. Disebabkan dia tahu, Rose terus menghalau Eisha balik dahulu. Supaya Eisha balik ke rumah tanpa Rose. Kalau kantoi, habis la kena marah dengan Fahim. Gerun segala ketakutan di dalam diri!
Mata Rose terus melilau mencari seseorang yang dia cintakan. Matanya memusing ke arah merata tempat. Dia masih lagi berlari-lari mencari seseorang itu lagi. Dia hanya menghiraukan kepada mata-mata yang memandang ke arahnya dengan pandangan pelik. Ya la, siapa ja tak pelik. Rose sekarang seakan-akan macam orang gila. Lari sana lari sini, pastu gelabah cari someone!
Sedang dia mencari Sheikh, dia terus berhenti di satu tempat yang tidak ramai orang sangat. Bibir Rose terus mengukir senyuman manis. Rose sudah pun nampak susuk tubuh Sheikh yang berada di meja makan. Dia dengan tergesa -gesa berlari ke arah itu. Tapi sebelum itu, dia membetulkan tudung nya dahulu, sempat dia menghidu baju nya sendiri. takut la disebabkan lari tadi, habis busuk baju nya. Nasib! Masih wangi!
"Hai abang Sheikh!" Ujar Rose dengan riang. Rose terus duduk di kerusi yang berhadapan dengan sheiks. Sheikh terus menjeling tajam ke arah Rose, tak tahu malu! Duduk tanpa di suruh! Sheikh terus memandang ke arah lain. Semak mata, kalau tengok minah sewel depan mata!
"Abang Sheikh dah makan? Kalau belum, jom kita dating, eh? Jom lunch! Tersasul pula! Hehe" Ujar Rose tanpa rasa segan silu. Dia terus ketawa sambil menutup mulut. Sopan la kiranya, masalah nya perangai dia yang tak sopan sekarang ni. Sheikh terus menghembus nafas berat, dah first day kena layan minah sewel
"Hm" Jawab sheikh sepatah. Malas dia mahu melayan perangai Rose. "Abang Sheikh nak lunch dengan Rose ka? Okay now, Rose ikut Abang Sheikh ja. Sebab Rose bukan perempuan yang gedik-gedik tau!" Ujar Rose dengan teruja. Sheikh terus memandang Rose dengan pandangan pelik. Bukan perepuan gedik? Habis sekarang ni apa?
"Tak, yang kau perasan sangat kenapa?" Marah Sheikh dengan nada tak puas hati, Rose terus tersentak seketika dan dia terus senyum kembali. "Oh, saya perasan sangat erk? Sorry. Okay-okay, kita sembang bab lain pula" Ujar Rose dengan tenang. Sheikh terus memutarkan bebola hitam nya. Perempuan ni, tak ada perasaan ka?
"Abang Sheikh lepas ni ada kelas lagi ka?" Soal Rose sambil dia menongkatkan dagunya dan memandang ke arah Sheiks yang sudah pun menghadap ke arah Telefon bimbitnya. Rose terus melepaskan nafas berat, apabila Sheikh hanya membiarkan Rose cakap seorang diri
"Tak" Ujar Sheikh dengan nada dingin. Rose terus mengukir senyuman manis kembali. Ingat kan, memang dah tak nak cakap dengan Rose. Rupa-rupanya dalam hati masih ada taman. Hehehe! sweet betul Abang Sheikh ni!
"Jom kita keluar nak tak?" Soal Rose tanpa ada segan dan malu. Dia terus menatap mata Sheikh lama sehingga Sheikh sendiri tidak selesa dengan pandangan itu. Sheikh terus menyimpan Telefon Bimbit nya di dalam pocket seluar
"Rose boleh tak jangan kacau aku." Ujar Sheikh dengan nada agak marah juga. Sheikh terus bangun untuk beredar dari situ. Malah perjalanannya terhenti apabila tangan Rose sudah pun memeluk lengan nya. Sheikh terus tercegang dengan perbuatan Rose itu
"Apa kau buat ni Rose?! Orang ramai tengok la! Tak tahu malu ka apa?!" Teking Sheikh agak kuat juga. Nasib tiada siapa di situ, Sheikh mahu melepaskan diri sendiri tapi lagi kuat Rose erat kan lagi pelukan itu
"Mana ada orang tengok. Sikit ja, boleh kira pakai jari. Tapi kalau ada pun, biarlah orang nak tengok pun! I don't care!" Ujar Rose tanpa segan silu. Walaupun Ada mata-mata memandang ke arahnya. Tetapi Ada dia kisah? Tidak sama sekali. Rose terus smirk ke arah Sheikh
YOU ARE READING
THE CEO: TENGKU SHEIKH || C { REVAMP }
ActionBook 1 || In Editing process! 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 Bermula kisah di Antara seorang Jejaka dan juga seorang Gadis Rose Al Husna Mempunyai perasaan Cinta dan suka terhadap seorang Jejaka beku dan sombong! "Hai abang Sheikh" -ROSE...