Sampai sahaja dia balik ke rumah. Rose terus gelabah naik anak tangga untuk masuk ke dalam bilik. Rose terus pergi membersihkan diri dahulu. Rose mengambil masa yang agak singkat sahaja, sebab badan nya sekarang ni memang penat sangat. Rose terus menghempaskan badannya di atas katil yang empuk itu. Dia sudah membersihkan dirinya yang tadi dipenuhi dengan peluh sahaja. Rose terus melepaskan nafas berat, tenang dan rasa lega!
Dia sudah pun penat seharian temankan Puan Sarah shopping di seluruh kedai di dalam shopping Mall. Haish biasalah orang perempuankan? sekali shopping sampai malam pun sangup. Kaki lenguh macam mana pun tak kisah, janji dapat beli apa yang dia nak. Huft! Women. Rose pulak tiada kelas harini so dia decide untuk teman Mamanya. Kalau duduk rumah pun, bosan! lebih baik, dia pun beli barang keperluan dia juga
Biasalah dalam rumah ni semua kaum adam busy. Fareez sibuk dengan gamer dia. Biasalah terpaling famous kan. Dan akan ada banyak fans yang nak kan dan tergila-gilakan Fareez Al Rahim. Ya la terpaling slay dan terpaling busy padahal duduk atas kerusi cakap depan camera ja! Haish nasib abang kesayangan! So, boleh dimaafkan.
Fahim pula sibuk dengan Mensyuarat yang diakan di pejabatnya petang tadi. Walaupun Encik Malik juga berada di sana untuk tolong apa yang patut. Tetapi Fahim sendiri yang kesian dengan Ayahnya untk handle semua sekali. Sebagai anak sulong yang baik, dia kena la bertanggungjawab atas syarikat Encik Malik pula
Jadi, hanya tinggal Rose seorang sahaja lah. Dia pula seorang sahaja anak perempuan dalam rumah tu. So memang dia kena ikut jejak Puan Sarah, pergi shopping ataupun spa muka. Hanya Rose sahajalah yang akan temankan Puan Sarah Khadijah. Lagipun dia sudah lama tidak jejak kan kakinya di Shopping Mall. Apa salah nya, sekali sekala cuci duit demi keperluan sendiri? Betul tak?
Rose terus membuka telefon bimbitnya. Dia terus menekan app album, mencari gambar seseorang. Dia berhenti ke salah satu gambar yang sudah pun menarik perhatian nya. Gambar seorang jejaka yang segak bergaya. Siapa lagi kalau bukan Tengku Sheikh yang sedang sembang dengan abangnya. Fahim Ridhwan. Aaaaa! Sungguh kacak ya gambar Sheikh dengan lenggan nya di lipat. Jam besi dia! pergh! Menarik perhatian ku!
Dia berterima kasih kepada kawan baiknya, Eisha. Yang membantu mengambil gambar secara senyap semasa perbualan antara Fahim Dan Sheikh. Of course la, Eisha tak setuju sebenarnya sebab dia memang tak nak terlibat langsung. Tapi, disebabkan Rose pujuk dengan kata kata Manis. Memang hilang la, ego si eisha. Huft! Nasib la dapat kawan macam Rose Al Husna
Tok! Tok! Tok!
Rose terus memandang ke arah pintu yang sudah di tolsk oleh Fahim sendiri. Fahim terus memandang ke arah Rose dengan pandangan pelik. Kening kanan Fahim sudah pun terangkat. Dah kenapa adik dia ni macam nampak artis Korea? Senyum sampai ke telinga
"Adik tak tidur lagi ka?" Soal Fahim Dan Fahim terus duduk di atas katil Rose yang empuk itu. Fahim terus mengambil satu bantal Rose untuk di peluk, Rose terus menjeling tajam ke arah abang nya. Mai ambik ja! Dasar abang tak guna! Rose dengan sepantas kilat terus menutup Telefon miliknya. Takut kantoi la tu! Biasalah, kena rahsia dulu.
"Belum lagi. nanti adik tidur" Jawab Rose sambil senyum manis ke arah Fahim. Haish! Tiba tiba rasa segan dengan abang sendiri. Ya la! Mahu tak segan. Fahim selalu sangat pandang mata dia. Ingat Rose tipu ka? Tapi memang pun!
"Oooo. Jangan tidur lambat sangat. Esok adik ada kelas kan?"soal Fahim sambil mengusap lembut kepala Adiknya. Ini adalah satu -satunya adik bongsu. Dia sudah di amanahkan untuk menjaga adik kesayangan dirinya sendiri. Lagi pula, Rose seorang adik perempuan Dan Rose paling manja dalam rumah ni
Fareez? Fahim hanya membiarkan sahaja. Fareez seorang lelaki. Biarlah Fareez menjaga dirinya sendiri. Lagipun, Fareez kurang manja daripada Rose. Fareez banyak luang kan masa di padang bola ataupun Di dalam bilik. YouTuber and gamers!
YOU ARE READING
THE CEO: TENGKU SHEIKH || C { REVAMP }
ActionBook 1 || In Editing process! 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 Bermula kisah di Antara seorang Jejaka dan juga seorang Gadis Rose Al Husna Mempunyai perasaan Cinta dan suka terhadap seorang Jejaka beku dan sombong! "Hai abang Sheikh" -ROSE...