"eh kau nak balik dah?" tanya Anayra pada Ikmal.
"haah mak aku dah call" Ikmal berkata pada Anayra.
"alahh cepatnya" Anayra memuncungkan mulut.
'nanti lagi lama aku takde Anay... sorry sebab tak bagitahu kau... aku takut kau sedih... aku sayang kau Anay'
Ikmal hanya menatap mata Anayra untuk menyembunyikan kesedihannya. Ariz menghantar Ikmal hingga ke rumahnya.
"kau betul ke nak sorok benda ni dari Anay?" Ariz tanya lagi pada Ikmal.
"tah lah Riz.. aku takut one day dia benci aku sebab tak jujur" Ikmal menghela nafas.
"jujur pasal apa?" Ariz dan Ikmal dikejutkan oleh suara yang tidak asing. ya, suara Anayra. "ada benda yang korang sorok dari aku ke?" Anayra tanya lagi. soalan dari Anayra membuat mereka terdiam. "jawab lah" Anayra memasang muka keliru.
"T-takde apa apa lah" Ikmal menjawab gugup.
"nape kau gagap ni?" tanya Anayra lagi.
"aku bagi korang masa eh" Ariz pergi meninggalkan mereka berdua.
"Eh kau nak gi mana?" Tanya Anayra pada Ariz.
"Korang settle dulu masalah ni berdua... Aku takmau masuk campur" kata Ariz pergi menjauhi mereka.
"haih.... ikut aku" Ikmal menghela nafas berat.
mereka berdua terus berjalan tetapi tiada sesiapa pun yang berkata apa apa. Anayra ingin bertanya banyak soalan sekarang tetapi dia takut dan risau melihat muka Ikmal yang serius itu. Setelah beberapa minit Anayra masih terdiam tanpa berkata apa apa. sampai lah mereka duduk di sebuah bangku di sana dan Ikmal mengatakan sesuatu yang Anayra harap dia tidak mendengarnya.
"aku nak pindah" tiga kata dari Ikmal yang sulit Anayra percaya.
"HA!? tak tak... kau tipu an. prank kau tak lawak lahhh" Anayra tak percaya kata-kata Ikmal.
"aku tahu susah nak percaya... tapi benda ni betul. aku serious" Wajah Ikmal menjawab segala persoalan dalam fikiran Anayra.
Anayra terdiam dan terdiam sejenak. "bila?" tanya Anayra tanpa memandang Ikmal.
"h-hah?" Ikmal menoleh ke arah Anayra.
"bila kau pindah" Anayra masih tidak memandang Ikmal walau sekilas.
"lusa" Ikmal menatap Anayra tetapi Anayra tidak menoleh sedikit pun.
"And aku baru tahu harini?" Anayra kata dengan tidak percaya.
"Maaf-" kata Ikmal terpotong
"so tu lah benda yang kau rahsiakan sangat tu kan? Yang kau nak jujur kat aku sangat tu kan?" Anayra berdiri dan memaksa sebuah senyuman terukir di bibirnya tetapi mata Anayra tidak menipu. kekecewaan jelas terpapar di matanya. Ikmal ikut berdiri menatap Anayra dengan rasa bersalah namun dia tak dapat berkata apa-apa.
"habis dah kan?" tanya Anayra masih tersenyum dan Ikmal mengangguk.
"aku pergi dulu" Anayra pergi meninggalkan Ikmal.
"ANAYRA" Ikmal memanggil Anayra dan mengejarnya.
Anayra berjalan tanpa menghiraukan apa apa seakan dia tidak mendengar Ikmal memanggilnya. dia bahkan tidak peduli Ikmal sedang mengejarnya. Anayra berjalan laju sambil mengusap air matanya yang tak henti mengalir. dia hanya ingin pulang ke rumah dan lari dari realiti. kenapa dia selalu kecewa selepas mendapat berita gembira?
"Anay please.... aku minta maaf?" Ikmal menarik tangan Anayra.
"sebab?" tanya Anayra.
"maaf sebab tak bagitahu kau awal awal... aku cuma taknak kau sedih" Ikmal melepaskan perlahan tangan Anayra.
YOU ARE READING
CINTA HATI ABANG || AMIR AHNAF X READER
De TodoCredit to : SyahadahAnuar sebab bagi idea untuk lengkapkan cerita ni🫰🏻🫰🏻 "aku lepuk kau satgi bang" "alolo gawrangnyerr adik abang ni" "Ya Allah.... kenapa abang aku macamni" Kisah Anayra dan abangnya Amir yang kuat menyakat tetapi caring and sw...