𝗖𝗛𝗔𝗣𝗧𝗘𝗥 𝟰𝟭

2.4K 132 0
                                    

RAJUK dan diam Fattah meresahkan hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAJUK dan diam Fattah meresahkan hatinya . Sudah lebih tiga hari lelaki itu hanya mengunci mulut . Bercakap untuk perkara yang perlu dan penting sahaja

Ya

Haah

Tak

Abang dah kenyang

Sayang tidurlah dulu

Seakan ada emas di dalam mulut !

Kadang-kala tidak tahu pukul berapa lelaki itu bangun dan tidur disebelahnya . Yang dia tahu , bangun esoknya Fattah sudah tiada disisinya

Ada masa jikalau dia terlalu penat setelah melakukan kerja , dia akan tidur terlebih dahulu dari lelaki itu . Sentiasa dia mengajak Fattah untuk tidur bersama , tetapi lelaki itu sentiasa mengelak dengan mengatakan bahawa dia mempunyai sedikit kerja yang barus diselesaikan dahulu

Rutin harian mereka , apabila malam dan jam sudah menginjak pada pukul sebelas malam , mereka berdua harus masuk ke dalam bilik tidur bersama

Tetapi sekarang ..

Rutin harian mereka sudah berubah . Fattah akan bergerak ke FAQ pada awal pagi . Hinggakan dia tidak sempat pun untuk menyiapkan sarapan buat lelaki itu

Simptom mengandung telah membuatkan dirinya cepat merasa letih . Jadi , selesai sahaja solat subuh dia akan terlena kembali

Tetapi apa yang lagi menyedihkan dirinya , mereka sudah jarang berjemaah untuk menunaikan solat fardhu sekali

Jadi malam ini Anaya tekad .. untuk membuang jurang antara mereka

KEPALA Anaya terjengul dari luar bilik , ingin memastikan sama ada suaminya itu berada di dalam bilik ataupun tidak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEPALA Anaya terjengul dari luar bilik , ingin memastikan sama ada suaminya itu berada di dalam bilik ataupun tidak

Bibir mengukir senyuman jahat apabila melihat Fattah tekun melakukan kerjanya

Disinilah tempat kegemaran Fattah menghabiskan masanya . Kalau bukan disini , pasti di bilik gim

Kaki terjengket-jengket melangkah kearah lelaki itu . Konon mahu mengejutkan Fattah . Tetapi lain pula yang terjadi , apabila Fattah bersuara dan mengangkat kepala memandangnya

𝐅𝐀𝐓𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐐𝐀𝐈𝐑 : 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now