1

501 14 0
                                    

Seminggu setelah berlalunya majlis pengebumian Izwan. Jujur dia katakan , dia masih tidak percaya bahawa abangnya itu telah pergi meninggalkan dirinya.

Namun , dia teringat akan wajah sedih si 'dia' yang datang pada majlis pengebumian abangnya itu.

—flashback ,

Sesi pengebumian sudah selesai. Ramai orang kampung pulang kerumah masing-masing. Hanya ahli keluarganya sahaja yang tinggal.

Ezwan hanya berdiri meratapi batu nisan yang tertulis nama abangnya itu. 'Tengku Izwan Shahril'. Ibunya pula , Puan Irdina terus memegang bahu anaknya itu.

"Ez , jom balik~" Kata ibunya lembut. Dia juga turut melihat batu nisan tersebut sambil tersenyum kecil. Anaknya telah banyak berkorban demi keamanan negara. Sudah tiba masanya untuk dia berehat dengan tenang.

Ezwan hanya mengangguk perlahan. Sebelum dia melangkah pergi , dia perasan ada susuk tubuh yang melimpasi dirinya.

Tubuhnya sangatlah kecil. Wajahnya begitu sugul. Langkahnya terhenti dan dia berniat untuk melihat tingkah gadis itu.

Gadis itu hanya duduk berhampiran dengan kubur milik Izwan sambil memegang batu nisan itu. Dia mendengar esakkan kecil dari gadis itu.

"Izwan... Izwan kata Izwan janji nak jaga Sayang. Tapi kenapa?..." Kata gadis itu dengan tangisannya. Ezwan hanya memerhati dari belakang. 'that's girl...'

Ezwan meneruskan langkahnya. Dia yakin suatu saat nanti , dia akan berjumpa dengan gadis itu lagi.

—end of flashback

"Tuan Ez? Ada apa-apa yang tak kena?" Tanya orang kanannya , Raymond. Risau dia tengok tuannya ni asyik mengelamun sejak ketiadaan Izwan.

"Ha? Oh... Takde apa. Aku ok." Katanya dengan suara dingin. Tangannya dimasukan dalam poket seluar sebelum dia berjalan menghampiri tingkap bilik kerjanya.

Sekarang , dia telah tamat latihan dan terus mendapat pangkat leftenan berkat hasil latihannya. Kerana dia terlihat begitu jujur dan amanahlah yang menyebabkan dia mendapat pangkat tersebut.

Namun , orang-orang sekitarnya sering kali membanding-bandingkan dirinya dengan arwah abangnya. Ada yang kata Ezwan ni terlalu tegas. Ada yang kata Ezwan dapat pangkat pun sebab arwah abangnya. Dan bermacam-macam lagi alasan.

Tapi , Ezwan langsung tak ambil kisah pasal hal ini. Yang penting , dia jalankan tugas dia dengan amanah. Titik.

Ezwan menatap tajam keluar tingkap , memerhati setiap kadet muda yang berlatih untuk kemasukkan ahli tentera baharu.

Sebagai leftenan , dia sentiasa memasang muka dinginnya sehingga ramai yang menggeruni dirinya. Memang jauh berbeza dengan arwah abangnya yang jenis pemurah senyum.

Ezwan melepaskan keluhan kasar sebelum kaki menginjak keluar dari bilik kerjanya. Ada tempat yang harus dituju.

—Sementara itu ,

Kelihatan seorang gadis yang sedang khusyuk menyiapkan assignmentnya di perpustakaan kolejnya. Mata gadis itu melekat terus pada skrin laptop yang memaparkan banyak tulisan-tulisan.

Dia adalah Sayang Hanania. Gadis yang berusia 20 tahun dan masih melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Dia agak lambat mendaftar masuk ke kolej tersebut jadi itulah kenapa dia masih belajar disitu.

Hana yang khusyuk menyiapkan assignmentnya itu terdengar suara sayup-sayup yang mengata pasal dirinya. Siapa lagi kalau bukan rakan sekelasnya yang asyik gossip pasal dirinya.

Ezwan Syahrin : The Promise [S1]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang