Aku tiba di lokasi dimana pengirim pesanan yang tidak diketahui namanya itu mahu berjumpa dengan aku. Aku keluar dari perut kereta dan memandang ke arah rumah kedai dihadapan aku yang bertulis Kafe Asia.
Pintu kereta aku tutup lalu ku kunci. Kaki aku menapak menuju ke kafe itu. Pintu kafe aku tolak. Anak mata aku ligat mencari kelibat si pengirim itu. Mata aku terkunci pada seorang pelanggan wanita yang melambai ke arah aku. Melihat ke arah pelanggan itu membuatkan kedua kening aku bertaut.
"Dia ke yang nak jumpa aku?"tutur ku sendiri.
Kaki ku hayun menghampiri meja dimana gadis itu berada. Sesampainya aku dihadapannya, lantas aku menyapa.
"Awak nak jumpa saya ke?"soal ku. Gadis itu memandang aku dan laju kepalanya mengangguk.
"Duduklah. Nak saya orderkan air?"pelawa gadis itu.
"Eh! Tak apa. Saya baru je habis minum. Boleh saya tahu ada apa awak nak jumpa saya?"tanya ku lagi. Penting sangat ke yang dia nak aku jumpa dia dekat sini.
"Okay. Saya nak minta awak putuskan pertunangan awak dengan Abang Rul. Saya merayu dekat awak. Saya masih sayangkan abang Rul"ujarnya.
Aku terus tergamam tanpa kata. Badan ku yang tegak tersandar pada kepala kerusi. Sungguh drastik sekali permintaannya. Aku tidak terkata apa-apa. Tak sangka seorang gadis yang ayu dan penuh sopan santun ini sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa.
"Okay... wait. Saya terkejut dengan permintaan awak ni. Em.. awak sedar tak apa yang awak tengah cakap Aswani?"nada ku sedikit menaik. Perasaan aku menjadi geram bila aku fikirkan soal majlis aku yang ummi dah penat-penat dan bermati-matian untuk menyiapkannya, lepas tu dia nak suruh aku putuskan pertunangan aku.
"Ya, saya sedar. Saya merayu dengan awak. Saya cintakan Abang Rul dan saya tahu, abang Rul pun masih cintakan saya. Kita sesama wanita. Satu tahu awak faham apa yang saya rasa sekarang ni"rayunya lagi. Aku yang keras ni pun menjadi kasihan dengan rayuannya. Tidak salah untuk dia diberi peluang kedua. Tapi, aku gembira ke?.
Deringan telefon bimbit memecahkan kesunyian antara aku dan dia. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangan lalu menjawab panggilan itu.
Anak mata aku jatuh di laman wajah Aswani. Dari raut wajahnya jelas kelihatan bahawa dia sedang kecewa. Aku faham apa yang dia sedang rasai sekarang ni. Aku juga pernah merasai rasa itu. Mustahil aku tergamak untuk merosakkan hubungan Nazirul dan Aswani.
"Sorry, saya perlu pergi sekarang. Ada urusan lain yang saya perlu selesaikan. Pasal permintaan saya itu, saya harap awak dapat tunaikannya"ujar Aswani lantas berlalu pergi meninggalkan aku yang masih dilanda dilema.
Apa yang aku patut lakukan?
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Sudah seminggu berlalu. Majlis pernikahan aku sudah semakin hampir. Segala persiapan sudah hampir selesai. Aku memandang gubahan hantaran yang ada di atas meja kopi di ruang tamu. Pandangan aku kosong tanpa reaksi. Semakin dekat dengan majlis, perasaan aku semakin gusar. Mengingatkan permintaan dari Aswani. Membuatkan aku berasa serba salah. Satu sisi memikirkan soal keluarga, dan satu sisi lagi fikirkan tentang Aswani yang merayu pada aku.
"Kakak, kenapalah pergi tenung hantaran tu. Tak kemananya hantaran tu"sapa ummi yang datang dari arah dapur.
"Tak ada apa ummi"jawab ku dalam nada kendur.
Ummi melabuhkan duduk di atas sofa sambil menata gubahan hantaran itu. Tangannya mengemaskan kuntuman bunga yang ada pada hantaran itu.
Hati aku kini penuh dengan debaran. Aku perlu lakukannya. Demi kebaikan kedua-dua pihak. Dengan helaan nafas berat, aku mengeluarkan kotak cincin lalu aku letakkan di atas meja. Kotak cincin itu aku tolak mendekati ummi. Ummi melihat akan itu terus menoleh ke arah aku.
"Apa ni kakak?"tanya ummi hairan.
"Ummi, pulangkan cincin tu dekat mak long. Kakak rasa kakak tak boleh nak teruskan"bergetar suara aku menutur kata.
"Kakak! Apa yang kakak merepek ni?!"marah ummi nadanya naik seoktaf. Bergetar gegendang telinga aku.
"Ka..kakak minta maaf ummi. Kakak tak-".
"Tak apa kakak! Kakak ni dah kenapa?! Majlis lagi 3 minggu tau! Jangan nak mengada sangat!"sembur ummi memotong pertuturan aku. Terus tertunduk kepala aku menekur lantai.
Mendengar amarah ummi yang bergema satu rumah, baba dari bilik kerjanya terus melulu keluar mendapatkan aku dan ummi diruang tamu.
"Kenapa ni? Awak, kakak?"tanya baba.
"Awak tengok sendirilah anak awak ni! Dia nak batalkan majlis kahwin. Mana saya tak naik hantu"amuk ummi. Bara apinya sudah sampai ke kemuncak mahu meletus.
"Kakak, cuba bagitahu baba. Kenapa sampai nak hentikan?".
"Kakak tak cintakan Rul. Kakak dah penat berpura-pura terima semua ni. Please baba. Bagi kakak peluang untuk tentukan hidup kakak sendiri"segala penjelasan aku hanya tipu belaka. Aku terpaksa menipu. Aku tidak mahu menjadi punca Nazirul dan Aswani tidak dapat berbaik semula.
"Kakak dah lupa ke? Apa yang jadi waktu kakak tentukan hidup kakak sendiri? Lelaki tu lari masa hari akad nikah. Kakak ingat tak!".sembur ummi lagi.
"Allah pah oi.. sabar sikit boleh tak? Jangan nak ikutkan amarah awak tu"tegur baba cuba menenangkan ummi yang bagaikan singa kelaparan merenung mangsa.
Baba menghela nafas berat. Melihat aku yang tertunduk sebegitu dan alasan yang aku berikan itu, tidak dapat dia berbuat apa-apa. Dia melabuhkan duduknya. Dahinya dipicit rungsing dengan tindakan aku yang ingin membatalkan perkahwinan secara tiba-tiba.
"Kakak, baba nak kakak fikir masak-masak dengan apa yang kakak buat. Buat solat istikharah insya Allah tuhan akan tunjukkan jalan yang benar dekat kakak"pujuk baba agar aku tidak terburu-buru membuat keputusan.
Ummi menapak pergi meninggalkan aku dan baba di situ dengan rasa amarah yang masih tersisa. Sedih? Ya. Memang aku sedih sebab buat ummi macam tu. Tapi aku terpaksa. Baba bangkit dari duduknya kembali ke bilik kerjanya. Dia meninggalkan aku disitu bagi memberi aku ruang untuk berfikir.
Kedua kaki ku angkat lalu ku peluk rapat ke dada. Pandangan aku kosong melihat ke arah kotak cincin di atas meja kopi itu. Aku tahu apa yang aku lakukan ini akan menyakitkan hati semua pihak. Tapi, ada benarnya juga kata baba. Aku keliru.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
RomantizmPenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...