"FARHAN tunggulah saya!" kakinya mengejar langkah kaki Farhan dengan selaju yang boleh. Berkali-kali nama lelaki itu di seru, namun lelaki itu langsung tidak menoleh ke belakang mahupun menyahut panggilan daripada gadis ini
"Farhan!" akhirnya jeritan sekuat hati telah pun terlepas di bibirnya. Raisya Adriana berhenti betul-betul di bawah perhentian bas dengan nafas yang tercungap-cungap
Seluruh pakaiannya turut basah lenjun ketika itu akibat hujan lebat yang membasahi dirinya daripada tadi lagi
Ketika itu, langkah kaki Farhan turut terhenti sama. Dia menoleh ke belakang dengan riak wajah yang kosong. Riak wajah kosong itulah yang menjadi tatapan Raisya
"Jangan tinggalkan saya Farhan. Awak tak boleh buat saya macam ni, awak dah janji yang awak tak akan tinggalkan saya lagi. Jadi tolonglah" rayu Raisya. Riak wajah yang meminta simpati ditayangkan dengan penuh harapan agar Farhan tidak meninggalkan dirinya lagi
"Sudah la Rai, kau tak malu ke daripada tadi kau kejar dan merayu dekat aku macam ni? Kalau aku jadi kau, sumpah aku malu Rai... Aku malu gila" ucap Farhan dengan nada sindirian. Sempat lagi Farhan menggelengkan kepalanya
Berada dekat dengan Raisya pun sudah membuatkan dia berasa malu yang teramat sekarang. Entah di mana terletaknya harga diri seorang perempuan sehingga Raisya sanggup merayu sedemikian rupa
"Farhan please... Saya cuma ada awak je. Awak tahu kan awak kebahagiaan saya. Tanpa awak hidup saya hampa Farhan, saya perlukan awak" rayu Raisya lagi. Sememangnya lelaki itulah kebahagiaan seorang Raisya Adriana
Bagi Raisya lelaki itulah segalanya, dia mencintai Farhan dengan sepenuh hati meskipun sudah berkali-kali Farhan menyakiti hatinya. Raisya sanggup mengabaikan segala rasa sakit itu demi mendapatkan kasih sayang daripada Farhan
Dia hanya mampu mengemis kasih sayang daripada Farhan sahaja. Keluarga? Keluarganya sudah lama hancur
"Kau bodoh ke? Siapa suruh kau jadikan aku kebahagiaan kau? Come on la Rai... Kau sedar tak apa yang kau tengah cakap ni" ujar Farhan sambil memetik jari di hadapan wajah Raisya. Tindakan itu benar-benar membuatkan hati Raisya sakit
"Kenapa awak jadi macam ni Farhan? Kenapa awak asyik berubah? Apa lagi yang tak kena? Apa salah saya?"
"Perlu ada sebab ke untuk aku jadi macam ni? Kau kenal aku macam mana kan? Aku cepat bosan Rai... Kau yang bodoh sebab masih terima aku walaupun kau tahu aku akan tetap pergi"
Hati Raisya serta merta remuk tepat ketika mendengar apa yang Farhan katakan. Ya, memang betul... Semua yang Farhan katakan adalah betul. Raisya mengaku dirinya bodoh apabila melibatkan Farhan
"Farhan tolong la... Saya sayangkan awak sangat-sangat"
"Sayang? Aku sikit pun tak sayang kau Rai"
Sinar di mata Raisya kian menghilang. Bibir bawah di gigit kemudian wajahnya bertukar dingin
"Kalau kau tak sayang aku, kenapa kau muncul dalam hidup aku berkali-kali?! Kenapa?!" Kesabaran Raisya sudah lenyap. Inilah dirinya yang sebenar.... Dia sudah muak dan penat mempertahankan hubungan mereka. Tiada guna jika sebuah hubungan itu hanya berat di sebelah
Dengan nada yang kuat Raisya menengking Farhan. Dada Raisya berombak laju ketika itu kerana ini merupakan kali pertama dia menengking Farhan. Selama ini hanya sifat baik sahaja yang ditunjukkan kepada Farhan, sifat panas baran dan kurang ajarnya di sorokkan
Itulah kesan apabila mencintai seseorang. Kita hanya mahu mereka melihat sifat kita yang baik sahaja. Namun, dari mana datangnya sifat panas baran dan kurang ajar Raisya?
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Romance𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...