Episod 1 📚

12 3 0
                                    

Setelah mengemas barang di bilik hotelnya, Aeryna pun bersedia untuk pergi ke dobi hotel yang berada di tingkat 10. Kunci bilik hotel diambil lalu Aeryna bergegas ke lift.

"Akhirnya,dapat juga aku menginap kat hotel ni" ujar Aeryna sendirian.

Pintu lift dibuka. Hanya ada seorang pemuda yang berada di dalam lift itu. Aeryna pun masuk ke dalam dan menekan butang nombor 10. Pintu lift pun ditutup.

"Hi encik, encik nak pergi tingkat berapa? Saya tolong tekankan sekali" tanya Aeryna.

Namun,pemuda tersebut tidak mengendahkannya. Malah, mengeluh.

"Haihh"

'Dah kenapa orang ni, orang nak tolong je, tu pun mengeluh' rungut Aeryna dalam hatinya.

Pintu lift dibuka sebaik sahaja tiba di tingkat 10. Aeryna pun keluar sambil membawa beg pakaiannya

"Haihh, benci betul lah !" marah pemuda tersebut.

Aeryna tersentak. Dia berasa hairan. Mengapakah pemuda tersebut naik angin? Padahal dia tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.

...

"Berapa lama ya kena tunggu?"

"Dalam setengah jam camtu, puan dah boleh ambil baju puan" jawab pekerja dobi tersebut.

"Baiklah, terima kasih ya. Nah,bayaran" kata Aeryna sambil menghulurkan duit bayaran.

Setelah keluar dari dobi pakaian tersebut, Aeryna berasa pelik. Semua orang berada di situ memandangnya.

'Hm aku dah rasa tak sedap hati ni. Tempat ni ada 'sesuatu' ke? Atau aku je yang overthinking?" bisik Aeryna dalam hatinya.

Memanglah overthinking. Dari tadi asyik mengalami peristiwa pelik je. Lagi-lagi pasal pemuda tadi. Marah tak tentu pasal. Padahal orang nak tolong.

...

"Selamat datang, boleh saya bantu?"

" Hai, saya nak menginap kat hotel ni dalam seminggu camtu. Berapa kena bayar eh?" tanya Qaira.

"Ooo,kalau seminggu, RM 350 sahaja puan kena bayar. Tapi tidak termasuk makanan dan minuman restoran hotel kami." ujar pekerja kaunter tersebut.

"Ooo,ada bilik yang lebih murah tak? Minggu depan saya ada flight. So, duit saya pun dah tinggal sikit ni" rayu Qaira.

"Kami ada satu pakej promosi yang lebih murah. Tapi susah sikit la. Ada satu bilik hotel kami ni terpaksa kongsi. Dalam satu bilik tu , ada lagi dua buah bilik. So, kena kongsi dengan pelanggan lain. Macam mana? Puan okay ke kalau kongsi?" tanya pekerja tersebut.

"Kongsi eh? Kalau camtu berapa?"

"RM150 sahaja. Tidak termasuk makanan dan minuman restoran hotel kami. Puan boleh menginap selama seminggu."

"Baiklah,nah bayaran" kata Qaira.

"Terima kasih,bilik puan di tingkat 5 ya. Bilik nombor 4." kata pekerja tersebut sambil menghulurkan kunci bilik hotel.

Kunci bilik hotel pun diambil. Qaira membawa bagasinya dan menuju ke lift.

Pintu lift dibuka. Sebaik sahaja Qaira masuk ke dalam lift, tiba-tiba seorang pemuda menjerit.

" Tunggu saya !! "

Qaira cepat cepat menekan butang lift untuk menahan pintu lift daripada tertutup.

"Huh..huh... Terima kasih" ucap pemuda tersebut.

"Sama-sama, encik nak pergi tingkat berapa? Saya tolong tekankan" kata Qaira.

"Tingkat 5. Bilik saya nombor 3." ujar pemuda tersebut.

"Eh? Kita sama tingkat la encik. Cuma bilik saya dekat sebelah bilik encik. Saya bilik nombor 4. " kata Qaira dengan ramah.

Pemuda tersebut mengerutkan dahi. Namun, pemuda tersebut tidak berkata apa-apa.

Lift pun dibuka. Mereka berdua keluar dari lift dan menuju ke bilik masing-masing.

Semasa Qaira hendak membuka pintu bilik hotelnya, pemuda tersebut berkata, " Satu je aku nak pesan kat kau, hati-hati." pemuda tersebut memberi amaran kepada Qaira.

"Ohh, okay. Encik pun hati-hati juga !" jawab Qaira dengan ramah.

Qaira hanya berfikir bahawa pemuda tersebut berniat baik menyuruhnya hati-hati ketika berjalan. Namun, ada perkara yang Qaira tidak tahu mengenai hotel tersebut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DOBI PAKAIAN Where stories live. Discover now