"KAKLONG! Bangunnnnnnnnnn!" Jeritan lantang tanpa ada kawalan oktaf sampai pergi bertingkat-tingkat itu milik adik bongsu aku si Anis Nurnajiha. Aku terus merengus geram.
"Apehal jerit-jerit ni, dik?" Rasa bengang sungguh bila tidur nyenyak aku diganggu.
"Subuhlah kaklong. Bangun!" Dia tepuk pinggul aku berkali-kali.
"Kaklong period la."
"Oh, haah. Lupaaaa. Semalam kaklong ada bagitahu yang kaklong cuti solat."
"Okey, dah ingat kan? Jadi sila keluar sekarang and leave me alone."
"No, I won't leave you alone. Semalam kaklong janji apa?"
Aku tarik bantal peluk ke dada masa dengar soalan Anis itu. Dalam kantuk yang bersisa berat, aku cuba juga recall apa yang dia sedang tuntut dari aku sekarang.
Apa benda yang aku pasang janji dengan dia hah?
Mungkin disebabkan aku biar soalan dia bergantung tanpa jawapan, jadi dia pun menebak. "Kaklong janji nak join adik dengan Nazim pergi joging, tak ke?"
Oh, itu. Aduhduhduh... Betul laa. Semalam masa dengar Nazim ajak isteri dia pergi bersenam di kawasan di tasik depan sana tu aku terus mencelah cakap nak ikut. Beria pulak tu. Pastu aku jugak yang tetapkan masa bila yang sesuai untuk mulakan salah satu aktiviti kempen budayakan hidup sihat itu. Dan pukul 6.45 pagi yang aku cadangkan.
Tapi itulah...Semalam je semangat aku berkobar-kobar. Sekarang bila dah pagi, dah sampai waktu dan-dan semangat aku lesap. Kena sedut naik ke langit agaknya. "Boleh tak kita postpone esok je? Adik ada kat sini sampai lusa kan?"
"Ah! Takde, takde! Kaklong jangan nak bagi alasan eh. Kata nak kurus."
"Kaklong dah kurus."
"Kaklong kata nak ada perut flat macam adik." Pancing dia yang dah baring sebelah aku.
Berasa sempit dengan kehadiran dia, aku mengesot sedikit ke tengah katil. "Nak tidur. Esok jelah buat perut flat. Lagipun kaklong takdelah buncit mana pun." Aku kasi ayat untuk sedapkan hati. Padahal baru semalam je aku beria tanya dekat Anis apa tip untuk kempiskan perut.
Aku ni memanglah berat 46kg. Tapi disebabkan aku jenis yang tak suka bersenam dan suka bedal makanan tanpa kira waktu dimana kadang-kadang tu pukul dua pagi pun aku boleh bangun goreng nugget dan masak mi segera, jadi perut aku agak sedikit menggelebih.
Tak macam si Anis ni. Walaupun dia lagi berat dari aku, tapi badan dia fit yakmat! Perut dia siap ada abs lagi. Tapi tak hairanlah... kerja laki dia sebagai jurulatih kecergasan bola sepak universiti kot. Bukan pelajar aje, sekali dengan bini dia buat jadi trainee. Mujur dapat bini yang ada minat sama. Boleh dikatakan selain makan, minum dan solat...aktiviti yang menjadi rutin harian pasangan itu adalah bersenam. Apa aje running events dekat Malaysia yang laki bini ni tak join? Dari utara sampai selatan. Semua disapu habis. Kalau pergi rumah diorang aku boleh naik juling tengok medal-medal yang bergantung di satu sudut dinding. Penuh gila, dah macam wallpaper pun.
Adik aku yang sorang ni memang jenis gila sukan dari zaman sekolah lagi. Kiranya dulu tiap-tiap tahun hari sukan gelaran olahragawati sekolah memang muka dia je. Bola jaring, bola tampar, futsal, tenis tu semua makanan dia. Jarang melekat di rumah sebab kerja dia asyik pergi competition. Sebab itulah dia berjodoh dengan Nazim agaknya. Dua-dua jenis gila sukan. Dah ada anak pun tetap tak menghalang minat diorang. Sanggup hired pengasuh untuk jaga Nawwaf di rumah bila keduanya attend running event.
Kalau Anis gilakan sukan, adik aku si Pawa pulak jenis yang suka join charity. Dari zaman MRSM sampailah sekarang dah kerja, dah kahwin pun dia masih aktif. Entah berapa banyak NGO yang dia daftar jadi ahli. Bukan aje setakat dalam Malaysia, sampai ke luar negara dia pergi menolong. Negara Palestin tu ada kot tiga empat kali dia jejak kaki ke sana. Yang ini pun jarang jugak melekat di rumah. Sibuk pergi hulurkan pertolongan dekat insan-insan yang memerlukan.
YOU ARE READING
Mr. Dimple Yang Manis
Krótkie Opowiadania"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin...