Sudah tiga hari sejak kejadian itu, tiada lagi mesej dari Taehyung. Video callnya semua aku tidak jawap. Biar la, bukan nk menderhaka tapi layak ka aku dilayan macam ni sebagai isteri? Dua tahun aku diamkan diri tak melawan. Bila minta nak balik kampung terus palau macam ni.
"Angah, ada kawan datang ni." Jerit mak dari luar rumah. Apa lagi, cepat-cepat aku sarungkan tudung dan keluar melihat siapa 'kawan' yang mak cakapkan tadi.
"(y/n)." Panggil satu suara lelaki dengan nada yang lembut. Aku memandang gerangan itu atas dan bawah.
"Jay?" Tanya aku.
"Ya Jay, kau dah lupa aku ka (y/n)?" Balas lelaki yang bernama Jay tadi. Jay sebenarnya rakan dari universiti aku dulu. Muhammad Jamal Azli, nama sebenarnya. Umur setahun lebih tua dari aku.
"Eh tak aku ingat, cuma itu la pelik macam mana kau boleh ada kat sini?" Soal aku hairan. Aku dan Jay tidak rapat sehingga boleh datang ke rumah bergini. Tapi aku pun tak tahu apa yang dia ni nak.
"Aku dah lama cari kau, ramai cakap kau duduk Korea. Aku pun tinggal sana banyak kali jugak pergi syarikat kau. Tapi itu la tak pernah terserempak jadi aku cuba cari kat Malaysia pula. Rezeki tak salah alamat, aku dapat jumpa kau kat sini mungkin jodoh kuat." Jelas dia sambil ketawa kecik. Aku anggukkan kepala tanda faham.
"Nak apa jumpa aku? Kenapa tak tanya suami aku ja dekat syarikat tu? Suami aku memang ada situ ja kalau tak pergi meeting kat luar. Lagi senang kau nk berurusan." Sahaja aku tekankan perkataan suami sebab ayat terakhir si Jay ni macam sesuatu sangat, pelik rasa macam nak tumbuk ja.
"Tak da la aku nak jumpa kau terus, tak nak ada kaitan dengan orang lain. Aku nak jumpa kau sebab dah lama tak jumpa, teringat zaman belajar dulu." Balas Jay.
Aku sudah tiada idea nak berborak dengan dia. Alasan dia nak berjumpa aku sangat tidak masuk akal. Ada ka pulak macam tu.
"Er Jay, aku rasa elok kita jumpa borak-borak dekat Korea jelah. Aku ni isteri orang, lebih manis kalau ada suami aku sekali. Lagipun kita bukannya rapat sangat pun masa belajar dulu. Seingat aku kita pernah bercakap dua kali ja itu pun kau yang datang tanya aku dulu." Jelas aku yang sangat boleh difahami oleh orang yang normal ada otak dalam kepala.
"Aku dah kat sini, buat apa nak jumpa nanti. Lagipun aku bukan nak jumpa suami kau. Aku nak jumpa kau (y/n)." Mood aku dah la tak dak lepas gaduh dengan Taehyung, ini datang pulak beban yang tak faham bahasa melayu. Jangan sampai aku buat bunyi monyet depan dia kang lari lintang pukang pula.
"Maaa! Maaa! Aaaaa nakk maa!" Amanda yang tengah menangis berlari kearah aku sambil dikejar oleh abah dari belakang. Baru bangun tidur, mesti mengamuk aku tak ada dekat sebelah.
"Ya ya sayang mama, ni mama here. Why are you crying baby? Mama here kan?" Aku angkat anak aku sambil mengelap air matanya.
"Emm maa beogocipeo." Kata Amanda dengan pelat babynya.
"Kau balik la dulu, anak aku nangis ni. Aku nak bagi dia makan. Nanti kita jumpa lagi." Aku bergegas masuk kerumah sambil memberi isyarat mata kepada abah untuk uruskan mamat ni.
"Tapi (y/n)- Belum sempat dia habiskan abah sudah memotong.
"Balik la dulu, tak manis datang rumah isteri orang masa suami dia takdak ni. Nanti raya datang la boleh jumpa suami (y/n) sekali." Kata abah yang masih boleh didengari oleh aku yang berada di ruang tamu.
YOU ARE READING
[C]Bangun Sahur Sayang | KTH
Romance[Readers cakap Sweet] Cabaran bagi seorang lelaki mualaf dari korea untuk berpuasa penuh tahun ini. ❤️ The more you read the bitter it can be. Chapter- Sweet Special i - Slayyyy Special ii - Sad