HARI ini sudah genap seminggu berlalu sejak Ihsan memutuskan pertunangannya bersama Aira. Sepanjang seminggu itu juga bermacam-macam perkara yang terpaksa ditempuhi olehnya. Lebih-lebih lagi dia sendiri maklum bahawa Aira itu merupakan pereka fesyen yang agak terkenal di media sosial.
Sebelum ini pun wanita itu sudah mencanangkan persiapan perkahwinan mereka di semua media sosial. Rata-rata pengikutnya semua sudah tidak sabar mahu menunggu hari perkahwinan mereka tiba. Bila Ihsan membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka, mahu tak kecoh berita tersebut di halaman media sosial?
Jujur, Ihsan sebenarnya tidak selesa hidup sebagai tunang kepada pereka fesyen yang mempunyai ribuan pengikut di Instagram. Segala perkara hendak dikongsikan kepada pengikut. Bila dah jadi macam ni, dia juga yang terpaksa tanggung malu apabila namanya terpalit sekali.
"San, kau okey?" Gibran yang berada di sisi Ihsan menyoal rakannya. Sebaik sahaja diberitahu tentang pertunangan Ihsan yang terputus di tengah jalan itu, dia terus bergegas ke rumah lelaki itu.
Walaupun sudah seminggu berlalu, fikiran Ihsan nampaknya masih belum stabil lagi. Kejap-kejap lelaki itu akan termenung jauh, kemudian dia akan menyepikan diri di dalam bilik. Pun begitu, lelaki itu masih lagi menyibukkan diri di tempat kerja seperti tiada apa yang berlaku.
Walaupun luaran Ihsan nampak seperti dia tidak kisah, namun Gibran tahu hati lelaki itu masih terkesan dengan keputusan yang diambil oleh rakannya.
"Entahlah, Gib. Aku masih tak boleh terima apa yang dia cakap dekat aku. Aku ni jahat sangat ke Gib? Sampai dia sanggup buat aku macam tu? Aku tak pernah sekali pun burukkan dia, tapi dia? Semudah tu je dia canang pasal aku dekat semua orang." Ihsan meluahkan isi hatinya kepada Gibran. Kecewanya dia terhadap Aira hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Selama ini dia melayan Aira bagai puteri raja namun sekelip mata sahaja semuanya berubah selepas dia memutuskan pertunangan.
"Kau tak payah fikirkan sangatlah pasal dia. Dia langsung tak kisah pasal kau pun, Ihsan. Aku dah lama nasihatkan kau supaya nilai Aira tu betul-betul. Kau tengoklah apa jadi sekarang? Perempuan yang paling kau sayang sendiri yang buat fitnah pasal kau. Ya Allah, bersyukurnya aku kau tak jadi kahwin dengan dia." Sebagai kawan yang paling rapat, Gibranlah manusia paling gembira sekali apabila Ihsan akhirnya terlepas dari genggaman wanita itu.
Ihsan hanya diam mendengar tutur Gibran.
Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dia rasakan ketika ini. Hatinya sudah berkecamuk, tak tahu sama ada dia perlu rasa marah atau sedih ketika ini. Perasaannya sudah bercampur baur.
Mata Gibran dari tadi sibuk meneliti satu per satu komen di Instagram mengenai salah satu artikel yang memaparkan berita pembatalan pertunangan Ihsan dan Aira. Berkerut dahinya membaca setiap balasan komen yang ditinggalkan di ruang halaman media sosial itu.
"Ya Allah, diaorang ni masing-masing tak ada otak ke apa? Kau tengoklah diaorang cakap apa pasal kau."
Gibran mula membaca satu per satu mesej yang ditinggalkan di ruangan komen.
zilaalwi_ 2hours ago
"Ihsan tu nampak je muka baik, rupanya dalam diam pasang dua!"
3 likes Replymisscherry_98 5hours ago
"Stay strong, Aira. Jantan macam tu boleh pergi mampus jelah. Dia ingat dia bagus sangat ke?"
7 likes Replyleha.letop241 4 hours ago
"Eleh, dah kantoi ada perempuan lain terus mintak putus. Jantan memang tak pernah cukup satu. Cari jelah laki lain Aira oi..."
10 likes Replybawangrangers 3 hours ago
"Kita boikot jelah si Ihsan ni. Servis hotel dia pun takdelah best mana. Tak payahlah kita support lelaki curang macam ni."
15 likes Reply
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
RomancePrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...