Chapter 44🌹

1K 26 1
                                    

" dah siap dah kemas? yakin takde barang yang tertinggal ni ? " soal nek timah sambil memandang ke arah cucu cucunya yang sibuk mengangkat beg untuk diletakkan di dalam bonet

" dah nek..kalau ada pun lain kali kitaorang boleh datang ambil sekali dengan kad jemputan kahwin kitaorang bagi " usik aidan sambil menjeling sepasang kekasih yang sedang sibuk mengemas itu

" kad kahwin? siapa pula nak kahwin ni? " soal orang tua itu dengan hairan

" siapa lagi nek kalau bukan luwis dengan vina tu..tengoklah nek asyik berkepit je kan elok diaorang ni kahwin cepat cepat takdela banyak sangat dosa kan " sapuk rayden

" bertuah punya cucu..kalau tepi kain orang sibuk aje kau ye..dosa laa apalaa tu kau perempuan keliling pinggang tak dosa macam tu ? " apa yang dikatakan oleh rayden itu betul tapi melihat perubahan pada wajah vina membuatkan nek timah serba salah,si rayden pun kalau nak ditegur jangan macam itu haish..

" apa ni nek ! ray cakap pasal luwis tu asal ray pula kena..sejak bila pula ray playboy nek !! " jeritnya kecil dengan suara dibuat buat merajuk

" tak payah nak tipu dengan aku..baru semalam aku terdengar kau bercakap dengan perempuan...Ramai pula tu..Sekejap sayang sekejap baby sekejap honey..macam macam la kau ni " Wajah rayden tiba tiba sahaja berubah apa yang dikatakan oleh nek timah itu betul..entah kenapa mulutnya terasa berat nak bercakap

" ta..takk nek..itu mungkin nenek salah dengar.."

Yang lain mengelengkan kepala melihat rayden yang serupa cacing kepanasan itulah buat kerja tak clean kan dah kantoi dengan nek timah

" aku tak pekak lagi" jeling nek timah

Rayden mengeluh pasrah tanda mengaku kalah nak berdebat dengan nek timah? esok belum tentu orang tua tu nak mengaku kalah ada saja celotehnya

" dah laa nek kitaorang nak gerak dah ni..layan si rayden ni sampai esok tak habis" celah luth sambil menyalami tangan nek timah,yang lain hanya mengikuti langkah luth

" elok elok bawa kereta tu dah sampai nanti call nenek tau " pesan orang tua itu dengan risau

" jangan risau nek nanti dah sampai terus aisy call nenek" nek timah hanya membalas dengan senyuman

Luth dan aisy satu kereta
Luwis dan Vina satu kereta
Jack,aidan, fareel dan rayden satu kereta

Cuma luwis dan vina sahaja yang bertukar itu juga luwis yang arahkan nak tak nak terpaksa mereka ikutkan kehendak tuan kereta


Perjalanan pulang mengambil masa yang agak lama membuatkan mereka mengambil keputusan untuk berhenti makan terlebih dahulu

" aku dah agak mesti ada kedai makan yang belum tutup punya" kata jack dengan bangga

" diam laa kau banyak bunyi betul,pergi laa oder cepat " celah rayden

jack hanya menjeling

" aku dah hantar list makanan dekat kau,kau oder je..satu lagi makanan tu bungkus kita makan dekat lain " arah luth sambil menyandar badannya di bonet kereta

Tanpa banyak soal jack dan fareel hanya mengikuti arahan ketuanya

Sambil menunggu  jack dan fareel membeli mereka santai bersembang tiba tiba ada satu suara asing berbunyi membuatkan mereka tertanya  tanya suara apa tu?

" kau dengar tak? " soal rayden

" byby..sayang takut.." luth menarik aisy di dalam pelukkan sambil itu dia melilau ke kiri kanan mencari arah bunyi tersebut

THE DEVIL BLOOD'S   (COMPLETED)Where stories live. Discover now