Vroom!
Vroom!
Vroom!
Kedengaran bunyi motor mula memasuki perkarangan rumah banglo Puan Arina dan Tuan Megat. Terlihat ramai anak buah di setiap penjuru rumah.
Seorang lelaki turun daripada motor. Helmet nya dilepas dengan perlahan lalu lelaki itu memberikan helmet nya pada salah satu anak buah nya.
"Selamat pagi Tuan Muda" Semua anak buah nya membungkuk badan sedikit, memberi hormat terhadap Tuan muda nya. Anak buah nya? Ya lelaki itu memerintahkan beberapa anak buah nya untuk menjaga Tuan Megat dan Puan Arina.
"Assalamualaikum" Lelaki itu menolak perlahan pintu rumah Tuan Megat. Dia mencari kelibat seseorang di ruang tamu namun tiada sesiapa.
Lelaki itu ingin melangkah ke arah sofa namun bahu nya di tepuk perlahan oleh seseorang. Lelaki itu menoleh ke arah belakang terkejut dia apabila melihat ada orang bermuka tepung di belakang nya.
Dush!
Dengan pantas Airin mengelak. Fuh nasib dia pernah di ajar bela diri. Kalau tak sia-sia je aku hidup selama ni.
"Abang Ryan dah kenapa! Kalau adik tak elak tadi, tak tahu apa jadi! Erghh!" Marah Airin Micelle kepada abang nya Aryan Mikael.
"Kau pergi tepuk aku apahal, tak reti nak bagi salam ke? pastu ni kau apahal pakai tepung macam kuntilanak." Kata Aryan dengan terselit nada perli.
"Ni bukan tepung abang Ryan ku sayang.. Ni bedak sejuk. B.E.D.A.K S.E.J.U.K." Ujar Airin dengan perkataan bedak sejuk ditekan kan satu persatu. Geram kau tahu dapat abang macam ni.
"Apa-apa je lah, ni mama papa mana? Tak nampak pun batang hidung mama papa." Kaki nya melangkah ke arah sofa. Penat lah nak berdiri dah lah baru balik daripada kerja.
"Mama? mama tengah masak kat dapur tu, papa pula pergi keluar dengan Tengku Qayyum. Adik nak cuci muka dulu, bye!" Airin berlari anak menuju ke tingkat 3 dengan menggunakan lif.
Aryan hanya menggeleng melihat perangai adik nya. Dah besar pun macam budak-budak. Umur Airin 17 bermakna Airin sama umur dengan Naura dan Naren.
"Ryan" Panggil Puan Arina dengan lembut. Puan Arina meletakkan air diatas meja. Aryan yang mendengar panggilan itu pantas dia bangun dari sofa lalu menyalam mama nya.
"Baru sampai ke Ryan?" Soal Puan Arina lalu Puan Arina ke arah sofa yang diikuti oleh Aryan di belakang.
"Haah, baru je sampai mama, ni mama panggil Ryan kesini ada apa?" Soal Aryan, dahi nya mula berkerut. Dia datang sini disebabkan Puan Arina yang telefon nya untuk ke sini. Katanya nak bincang sesuatu.
"Macam ni Ryan, besok Ryan ikut mama ke rumah kawan mama boleh?" Soal Puan Arina kepada Aryan untuk menyetujui permintaan nya.
"Untuk apa pula mama?" Semakin berkerut dahi Aryan apabila Puan Arina berkata begitu. Ada apa sebenarnya ni.
"Mama nak jodohkan kamu dengan anak kawan mama. Ryan ingat tak dengan anak perempuan nya Puan Anina Kaisha? Dia ada anak kembar tapi kembar tak seiras. Naura Kayla dengan Naren Karlfeith"
Riak wajah Aryan yang berkerut tadi bertukar jadi dingin. "Tak ingat and Ryan tak nak." Datar sahaja nada Aryan.
"Kamu ikut je lah mama esok" Tegas Puan Arina.
"Fine. Ryan ikut cakap mama." Pasrah Aryan.
"HALO EVERYONE! AIRIN MICELLE COMIN-!"
Aryan membaling bantal tepat ke arah wajah adik nya. "Padan muka kau. Orang tengah stress kau boleh jerit macam tak ada orang kat rumah. "Pazzo (Crazy)" Sejurus Aryan berkata begitu, dia bangun lalu melangkah ke arah lif untuk ke tingkat 4 dimana bilik kerja nya.
YOU ARE READING
ARYAN MIKAEL || OG
Romance"Saya Naura Kayla bersetuju untuk kahwin dengan Aryan Mikael" Ujar Naura dengan lembut. Dia sudah berfikir panjang. "Baiklah kalau macam tu, kamu berdua akan berkahwin dalam masa 2 minggu lagi. Jadi kamu Naura masih ada masa untuk study for your SP...