PETANG JUMAAT-Selesai sahaja Naura solat, Naura melipat sejadah dan telekung, sejadah diletakkan di atas meja manakala telekung di sangkut dekat belakang pintu. Naura berjalan ke arah meja solek, tudung bawal di ambil lalu di lilit dengan gaya simple. Cantik.Jam dikerling sekilas, sudah pukul 4:50 petang, dengan pantas Naura berlari ke arah bawah. Ruang tamu di tuju, terlihat Puan Nina, Puan Arina, Tuan Megat sedang rancak berborak manakala Airin memainkan telefon dan Naren sedang berborak dengan Aryan.
"Aaa maafkan Naura sebab lambat, tadi solat sekejap" Lembut sahaja Naura bertutur. Naura mula mengambil duduk di sebelah Puan Nina. Serta merta semua yang berada di ruang tamu melihat ke arah Naura.
"Wahhh!! Cantik nya kakak Naura!!" Puji Airin. Peha Airin di tepuk kasar oleh Puan Arina. "Behave sikit Airin" Bisik Puan Arina kepada anak nya. Terdiam Airin, dia lupa hehe.
"Terima kasih" Balas Naura sambil tersenyum manis macam gula-gula.
"Nampak nya semua dah ada dekat sini, jadi kami kesini dengan berhajat untuk kahwin kan Naura dengan Aryan. Adakah Naura bersetuju untuk kahwin dengan anak saya, Aryan?" Tanya Tuan Megat kepada Naura.
Naura memandang wajah mami nya di sebelah. Puan Nina mengangguk perlahan untuk menyakinkan Naura. Naura tersenyum ke arah mama nya. Perlahan Naura memandang semula ke arah Tuan Megat.
"Saya Naura Kayla bersetuju untuk kahwin dengan Aryan Mikael" Ujar Naura dengan lembut. Dia sudah berfikir panjang.
"Baiklah kalau macam tu, kamu berdua akan berkahwin dalam masa 2 minggu lagi. Jadi kamu Naura masih ada masa untuk study for your SPM." Ujar Tuan Megat.
Aryan yang diam, hanya memerhati setiap pergerakan Naura. Wajah Aryan dingin sahaja tiada senyuman yang terukir di bibir nya. Naura memalingkan wajahnya ke arah Aryan dan anak mata mereka bertembung. Aryan terpanah dengan mata Naura. Warna hazel. Cantik.
"Ehem. Kalau nak tengok anak orang tu, tunggu halal dulu." Usik Airin. sengaja nak bagi abang nya sedar.
Aryan yang tersedar itu cepat-cepat dia mengalihkan pandangan nya. Sekilas Aryan menjeling ke arah adik nya. Sibuk betul.
Tuan Megat dan Puan Arina hanya menggelengkan kepala. Asyik bergaduh sahaja.
Naren yang hanya diam dari tadi mula bersuara. "Aaa boleh saya minta izin pinjam Aryan kejap?" Minta Naren.
"Panggil je mama dengan papa. Tak apa jangan malu. Kalau nak borak dengan Aryan lama-lama pun tak apa, ambil lah budak tu" Selamba sahaja Puan Arina berkata. Aryan memandang ke arah mama nya. Mama panggil aku budak? Wahh banyak cantik mama.
Naren dan Aryan meminta izin untuk duduk di depan luar rumah. Mereka berdua melangkah ke luar rumah.
"Kau nak apa?"
"Pasal Naura. Aku nak kau janji dengan aku sebelum korang dah sah jadi suami isteri." Ujar Naren begitu serius.
"Kau nak aku janji apa?"
"Aku nak kau jaga adik aku elok-elok, jangan bagi dia menderita, aku nak tengok dia bahagia dengan kau. Lepas je korang dah sah nanti, aku akan sambung belajar dekat luar negara selama 6 tahun. Aku harap kau akan jaga dia dengan baik. Aku nak kau janji" Bebel Naren panjang lebar. Dia harap Aryan akan menjaga adik nya dengan baik.
Tiada sebarang reaksi daripada Aryan. Lama Aryan berdiam diri.
"Naren, jom masuk ke dalam makan sama-sama, yang lain dah tunggu dekat meja makan!" Panggil Naura sedikit menjerit. Naura berada di sebalik pintu rumah.
"Ya adik, abang datang kejap lagi" Sahut Naren.
"Jom lah masuk, yang lain dah tunggu tu"
"Kau masuk dulu, aku ikut belakang" Ujar Aryan dengan nada datar.
YOU ARE READING
ARYAN MIKAEL || OG
Romance"Saya Naura Kayla bersetuju untuk kahwin dengan Aryan Mikael" Ujar Naura dengan lembut. Dia sudah berfikir panjang. "Baiklah kalau macam tu, kamu berdua akan berkahwin dalam masa 2 minggu lagi. Jadi kamu Naura masih ada masa untuk study for your SP...