Nelysa memandang dirinya di hadapan cermin yang tegak berdiri itu. Baju nikah dia dan Harraz cumalah simple. Tidak terlalu berlebihan kata orang. Baju yang dipakainya hari ini juga baju pilihan Harraz. Lelaki itu sudah siapkan segalanya termasuklah kursus kahwin yang mereka hadiri pada ahad lalu.
Gementar itu yang dia rasakan tika ini. Terasa bahunya disentuh daripada belakang menyebabkan Nel memusingkan badannya.
Sahabatnya iaitu Absareena, Athalia dan Jasmeen yang ada dengannya sejak mereka sekolah rendah bersama . Semuanya mereka lakukan bersama termasuklah ke sekolah menengah yang sama . Cuma di universiti memang mereka terpisah haluan.
"Nel, kau yakin ini keputusan yang terbaik untuk kau?." Soal Absareena yang kini berada di atas kerusi cermin. Selamba je ek dia duduk.
Absareena sememangnya sejenis yang tidak percaya sangat pada lelaki dan bertanggapan bahawa lelaki ini semuanya sama.
"Reen this is my choice okay. Aku rasa Harraz yang terbaik untuk aku. Kau jangan risau."
"Betul tu Reen. Cuba kau tengok Harraz tu tadi. Dia okay sahaja kan. Rupa ada dan badan pun tegap semacam sahaja aku tengok."Tambah Athalia. siap memuji suami orang kau ya.
"Haah betul tu. Kaya pun kaya juga kan. Komersial welder babe. Of course 70 ribu dalam tangan." Sokong Jasmeen. Haih Jasmeen si mata duitan.
Nel hanya menggeleng kepala memandang tiga orang rakannya itu. Jasmeen dan Athalia tidak pernah serius dalam apa pun disebabkan itu lah mereka ini tidak mempunyai teman lelaki. Kalau ada pun si Athalia itu pun dia cakap secret admire.
"Okay jom. Ukail dah Whatsapp aku ni cakap pengantin lelaki dah sampai. " Ujar Jasmeen.
Nel dan Absareena memandang pelik dekat Jasmeen. Abang Ukail mesej Jasmeen? Pelik sahaja bunyinya. Kenapa tidak mesej sahaja dia sendiri? Macam mana Jasmeen dapat nombor abangnya?.
"Bunga Jasmeen, Macam mana kau dapat nombor abang aku and kenapa dia mesej kau?." Jasmeen kelu apabila dia sudah diasak oleh Nel sendiri. Bagaimana dia mahu menjawab persoalan Nel itu sendiri. Ini semua Ukail punya pasal. Naik sahaja lah ke bilik Nel ini untuk beritahu bahawa Harraz sudah sampai . Ini dipaksanya dia untuk beritahu Nel. Dasar orang tua gemuk.
"Aku.. Aku haa .. Tadi ..erm.."Sejak bila pula Jasmeen gagap ni .
"Sejak bila kau ada masalah percakapan ni Jasmeen?" Soal Athalia pula.
"Sebenarnya.."Belum sempat Jasmeen memberitahu perkara yang sebenar tiba-tiba bunyi pintu bilik dikuak. Keempat-empat mereka berpaling.
Datin Qaseeh rupanya.
"Nel jom turun. Pengantin lelaki dah sampai tu. Daripada tadi tunggu ingatkan pengantin perempuan pengsan." Gurau Datin Qaseeh menyebabkan Nel tergelak.
"Kau hutang kami satu cerita Jasmeen." Bisik Nel tapi masih cukup untuk didengari oleh mereka sekawan.
"Jom mama." Jarinya dipimpin oleh Datin Qaseeh sambil menuruni tangga. Absareena, Athalia dan Jasmeen mengikutinya daripada belakang .
Gementar yang tadinya hilang kini muncul kembali. Mata Hazel yang sedari tadi memerhatikannaya sejak dia turun tangga membuatkan dia tidak berani mengangkat muka.
Nel duduk bersimpuh di atas kusyen pelamin yang diletakkan di atas lantai itu. Datin Qaseeh pula berada di sebelahnya.
Mata Harraz seperti terpaku melihat Nel yang duduk bersimpuh di sebelah mamanya. Cantiknya dia Ya Allah. Sungguh Bidadari itu benar-benar wujud di dunia ini. Nel yang hanya mengenakan makeup nipis tidak menjejaskan langsung kecantikannya malah bertambah cantik dia mata nya.
YOU ARE READING
SURI HATI HARRAZ AL-QADRI
Romantik-takdir mempertemukan kita- Perkenalan mereka di bumi London dalam masa yang agak singkat namun telah membuatkan hati seorang Harraz Al-Qadri tidak keruan. Pada mulanya, dia beranggapan bahawa hatinya keliru antara cinta dan kasih. Namun, tekaannya...